Followers

Wednesday 14 November 2018

KERANA NANGKA SEULAS TAMATLAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

Assalammualaikum Dunia ,

*Sekadar bacaan semata-mata sahaja *

Muzium Kota Johor Lama

Jika diteliti dengan mendalam filem 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' dapatlah dikatakan para cendiakawan dan para penyelidik Sejarah Melayu Kesultanan Melayu Melaka menzahirkan kekesalan yang amat mendalam akibat Peristiwa Nangka Seulas .. seulas ke sebutir erk ?

Makam Sultan Mahmud

Teknik penceritaan yang hendak disampaikan kepada para pembaca , khususnya para generasi yang amat suka Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, disebalik kejadian sebab dan munasabab dan di pengaruhi beberapa faktor iaitu faktor menolak dan juga faktor menarik .

Kota Johor Lama 

Percaya tak, keadaan Sultan adalah bergantung kepada orang yang berada disekelilingnya , yakni orang yang ada disekitar akan mempengaruhi keperibadian Sultan . Ini dapat di buktikan dengan Tun Bija Ali ( watak dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) menghasut Sultan agar menghukum Wan Anum kerana memakan seulas nangka kepunyaan Sultan . Perbuatan ini dianggap sebagai durhaka kerana memberi sisa makan kepada Sultan .

Keadaan dalam makam


Faktor menolak pula , ketiadaaan suami nya (Datuk Laksamana) yang terpaksa menjaga perairan Johor dari cengkaman lanun-lanun yang berleluasa.

Sememangnya , kita mengetahui , akibat hasad dengki dan dendam , manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya , dengan karya ini , dapat dilihat bahawa Tun Bija Ali berdendam kepada Datuk Laksamana yang mendapat pangkat dan kepercayaan Sultan kerana jasa menghapuskan lanun, justeru beliau telah mengatur langkah untuk membalas dendam .

Kemuncak tragedi ini adalah Sultan Mahmud yang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat menaiki tandu (kenderaaan diRaja pada waktu itu) telah ditegur oleh Datuk Laksamana dengan kata-kata yang kurang beradab (kata kata biadap laa) dan terus menikam Sultan Mahmud ii  . Disebabkan raja adalah berdaulat , maka denga hanya membaling keris dikaki Datuk Laksamana, Raja juga telah bersumpah agar anak Bentan yang datang ke Johor akan muntah darah. Maka Datuk Laksamana pun meninggal dunia akibat muntah darah , begitulah Raja yang berdaulat yang telah mangkat akibat ditikam oleh Datuk Laksamana .

nie laa pokok Nangka yer kengkawan

Pengajaran yang jelas dari cerita ini , sebagai rakyat jelata yang setia kepada sultan , ketaatan hendak diberi keutamaan , walau pun merasakan Raja zalim , sepatutnya berfikir secara rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan . Dan sebagai rakyat , alangkah bagusnya jika Datuk Laksamana membenarkan Sultan Mahmud menunaikan solat Jumaat dahulu sebelum mengkritik dan melontarkan  rasa ketidakpuasan hati beliau terhadap tindakan Sultan menghukum isterinya (Wan Anum)

rupa buah Nangka

Dan dengan jelas kita telah diberitahu , Sultan adalah pemerintah tertinggi dan berdaulat , dan mempunyai daulah (maksudnya daulah kata-kata sultan adalah benar) contoh sumpah muntah darah .

Dengan kemangkatan Sultan Mahmud yang mangkat ditikam oleh Datuk Laksamana , maka berakhirlah kesultanan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara , pada waktu itu tidak mempunyai pewaris kerana Sultan berumur 24 tahun semasa kemangkatan baginda . ( Sila baca sejarah Johor )

Oleh kerana , baginda tidak mempunyai pewaris, Bendahara telah mengambil alih tampok pemerintahan , dari Bendahara beralih kepada kuasa Temenggong , sehinggalah sekarang ini.

Sesekali kita kena berpaling ke belakang meninjau sejarah dan memahami etika dan makna kejadian nya . Janganlah leka dengan kehidupan yang lebih terdedah dengan dunia luar yang semakin hari semakin diluar jangkaan .



p/s: Ini adalah ulasan penulis mengikut kefahaman dan fikiran penulis sahaja ( berdasarkan filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang). Untuk kesahihan sila baca sejarah Johor Lama .


Rujukan : Filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang  & pembacaan
Gambar adalah milik peribadi cikbunga yer🌹🌹
Untuk gambar Nangka adalah dari cik google ;)

6 comments:

  1. Kebetulan, semalam dpt nangka dpd jiran, tapi malas nak kopek offer kat jiran lain yg nak hihi....

    Dulu dulu kalau rombongan sekolah mesti pergi tempat ni CB..., itu pun dah rasa best sangatlah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa...kite dah lama tak makan nangka awakkk ...tgk google jer ;)

      Delete
  2. seandai benarlah kisah / legenda ini benar2 wujud, pasti terselit hikmah dan pengajaran besar yg perlu direnung oleh kita... sesuatu sejarah tu x kan terjadi melainkan ia memberi peringatan kpd generasi seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie betui nie... ;)
      p/s: baca sejarah kejatuhan kesultanan Melayu Melaka

      Delete