Followers

Wednesday, 31 January 2018

A’famosa Resort Melaka Semua nya Ada disini

Assalammualaikum Dunia.

Hai guys!!
Setelah seharian penat lelah bekerja, mesti korang inginkan masa untuk bercuti dan
beriadah bersama keluarga kan? Tambah pula sekarang musim cuti sekolah, so inilah masa untuk kita
rapatkan serta eratkan hubungan dengan anak-anak dan ahli keluarga. Bagi yang belum decide nak
pergi bercuti kemana, apa kata korang bawak keluarga pergi bercuti ke Melaka.


                                                Selamat Datang ke A'famosa Resort


Pintu masuk menyambut kedatangan pengunjung

Bila sebut sahaja Negeri Melaka, semua orang tahu tentang keunikan dan tempat menarik di negeri
ini serta ratusan bangunan peninggalan sejarah yang lain. Antara tempat menarik yang patut anda
kunjungi di negeri ini ialah A Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan yang menarik selain dari penginapan yang selesa.Di sini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di Water Theme Park, Animal Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu, terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana.

 



Pada waktu siang, korang boleh la datang bermain di Water Theme Park . Water Theme Park dibuka
setiap hari dari jam 11.00am- 7.00 pm pada hari Isnin-Jumaat. Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan
cuti sekolah dibuka dari jam 9am hingga 7pm. Ia mempunyai berbagai permainan air yang menarik
untuk orang dewasa dan juga sesuai untuk kanak-kanak. Antara permainan air yang paling mencabar
dan menyeronokkan di sini ialah seperti High Speed Slides dimana pengunjung akan meluncur laju di
atas gelongsor yang setinggi tujuh tingkat. Manakala, bagi permainan air untuk kanak-kanak juga
turut disediakan seperti Arabian Village dan Kids Adventure Play Pool. Jika anda lapar, terdapat
banyak restoran dan cafe di Water Theme Park yang boleh dikunjungi seperti Side Walk Cafe, Fast
food Pavilions, Medan selera dan Bistro. Water Theme Park juga menyediakan

Taman tema air

cantik nyer view

              
                                                                  ini pun cantik alahai


kemudahan-kemudahan seperti bilik persalinan dan surau, sewaan untuk locker dan pelampung dan
terdapat juga kedai pakaian renang serta kedai barangan cenderamata.Selain Water Theme Park,
korang juga patut datang ke Safari Wonderland. Terdapat berbagai jenis spesis haiwan liar dan juga
jinak di Safari Wonderland dan antara aktiviti yang menarik di sini ialah melihat pertunjukan
binatang-binatang seperti gajah dan persembahan burung serta berpeluang menunggang binatang.
Selain itu, antara tarikan yang ada disini ialah Monkey Island iaitu pulau monyet yang terletak di
tengah tasik ini mempunyai berbagai jenis monyet dari seluruh dunia. Pengunjung perlu menaiki
tongkang yang akan membawa mereka ke Monkey Island.
menaiki bot ke 'Monkey Island'



Pada sebelah malam pula, korang boleh la lepak dan chills2 di Cowboy Town yang dibuka pada jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Di sini semuanya bertemakan cowboy. Antara yang menarik di sini ialah Red Indian Show, fireworks dan carnival. Disini juga terdapat beberapa aktiviti dan permainan yang menarik untuk pengunjung seperti 4D Theater, bowling, Children theme park dan Fun fair. Antara restoran dan cafe yang terbaik di A Famosa Melaka Cowboy Town ialah The Ranch Steak House dan Kopitiam. Selain keseronokan di taman tema, terdapat juga aktiviti sukan dan reakreasi yang lain disediakan di A Famosa Melaka. Antaranya ialah aktiviti memanah, menunggang kuda, paintball, rock climbing, go kart, paddle boat, pony ride, menaiki kereta kuda, junggle trekking, target shooting dan memancing. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti sukan seperti basketball, jogging atau berbasikal. Ok, berbalik kepada penginapan di A’Famosa Resort, ada empat jenis accommodation seperti A’Famosa Resort Hotel, Condotel, Villa, dan Villa’s Suite.


                                                         hidangan yang membuka selera

yummy pelbagai juadah makanan !!!

Pilih aje yang mana bersesuaian dengan bajet dan kehendak korang. Bagi yang nak tinggal macam hotel biasa dengan jumlah yang sedikit, lebih baik anda menginap di Hotel A’Famosa Resort, kat situ ada berbagai jenis bilik daripada standard room sehinggalah ke Suites. Lain pula jika anda memilih untuk menginap di Condotel, berkonsepkan gabungan kondominium dan hotel, anda boleh membawa jumlah keluarga yang ramai kerana Condotel ini mempunyai ruangan yang luas dan servis yang diberi sebiji macam kat hotel tu tau.

Selain itu, bagi yang datang dengan keluarga yang jumlahnya ramai dalam 2-3 family, korang boleh
try menginap di Villa A’Famosa ataupun Villa Suite A’Famosa, villa ni memang best sebab ruangnya
yang luas dan mempunyai private pool yang tersendiri. Beza antara Villa dan Villa Suite ialah tahap ke‘exclusive’nya itu.



Villa Suite berkonsepkan Villa mewah yang terdapat pelbagai fasiliti seperti jakuzi,kolam renang, tempat BBQ dan sebagainya. So, tunggu apa lagi? Book AFamosa Resort on Traveloka,segera sebelum terlambat !

8 comments:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. seronok nya
    tak pernah lagi berkesempatan ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh datang Melaka..book with traveloka senang jew...la nie ade promotion😃😃

      Delete
  3. We started off in the downstairs pub area and then moved to the upper level, many tables were already reserved at Seattle venues here but we commandeered some sitting space in front of a fireplace that was just the right size for our group of happy campers.

    ReplyDelete
  4. MELAKA!!! macam-macam ado..klau ke Melaka leh check in kat Villa cik bunga tak? hiihi..tak pun dapat jumpa cik binga pun jadilah hihhi

    ReplyDelete
  5. nmpk nyer dah ada mcm2 daa kat sini...maknanya dah lama sy x kesini hahah

    ReplyDelete