Followers

Thursday 31 December 2015

HARI INI HARI TERAKHIR 2015

Assalammualaikum.

Tub tub tub dah nak habis 2015... sekojap jew masa setahun berlalu .. yer ke idok ? Setahun yang penuh cerita suka duka , senyum tawa , sedih dan juga duka lara yang melanda untuk dijadikan kengan , tauladan dan juga ikhtibar dan menjadi kayu pengukur serta panduan untuk melangkah ke tahun yang baru pulak ...

Hari ini , Khamis 31 Disember tahun 2015, Khamis terakhir dalam tahun 2015 ini ... semoga akan dapat berjumpa lagi untuk khamis yang seterusnya di muka bumi Ilahi ini ... amin amin amin yarabbal alamin ..

okew , untuk itu juga selamat menempuh satu tahun perjalanan yang akan menyusul bermula detik 12 tengah malam ini ....

Semoga tahun 2016 , akan memberi lebih kegembiraan , kemuafakatan , keharmonian , dan dimurahi rezeki dan kesihatan yang baik dan betambahnya amalan kita kepada pencipta yang maha Esa... InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat nanti :)

Bukak calendar baru , dan cerita baru , akan tetapi cerita lama jangan dilupakan pkew , tetap aka manis walau dalam nya ada pahit gitew...







salam 2016.
semoga ukhwah kita berpanjangan ... insyAllah ...

Wednesday 30 December 2015

TIME BACK TO SCHOOL !!!

Assalammualaikum .

How are you dear ? everything okew, huhuhuhuhu, alright , just to sharing today start back to school for standard 1 already back to school , orentasi katenyer ...

nie termasuklah anak cikbunga .... hahahaha dah darjah satu gitew .. berposak jugak lah nak kejutkan dia bangun , almaklumlah dah lama sangat cuti .... so far tak der drama di pagi hari , next week tak tahu pulakkk ... just to sharing lah , pepagi lagi dah buat cikbunga rasa system sekolah nyer tak berapa nak membantu mak bapak yang dating berduyun-duyun dengan anak -anak yang teruja nak masuk sekolah , yer lah darjah satu kan , mestilah mak bapak nyer teruja... akan tetapi dah sampai kat sekolah , nak pi cek namalah , kelas lah , pas tu , segala dokumen-dokumen bagai yang banyak ... adoi aii , tue belum lagi sekolah petang punya hall... petang nie baru nak pi register nama ... pening kepala cikbunga;)

diharapkan agat pihak sekolah akan membuat satu system yang lebih tersusun dan bersistematik , tak perlulah mak bapak nak terkejar-kejar kejap pi post A , pas tu balik post B, past tu lari balik kat post A.. dah lahh pepagi buta nak mengadap jalan raya tue.. pas tue nak bepasing batten plak .

tu lah cerita yang simple di pagi hari ini ...

Monday 28 December 2015

AZIZ DESA KEMBALI KERAHMATULLAH

Assalammualaikum .

Korang kenal tak Aziz Desa? Belaiau adalah pengacara popular TV3 untuk segmen Malaysia Hari Ini.

Akibat komplikasi penyakit yang dihidapi oleh beliau, semalam kalau saya tidak silap, iaitu pada 27 Disember 2015 beliau telah dijemput Ilahi. Innalillahhiwainnalillahhizrajiun ..

Marilah kita sedekah kan al-fatihah untuk saudara seislam kita.

Sebenarnya cikbunga amat mengkagumi saudara Aziz Desa , kepetahan beliau melontar intonasi dan butir-butir perkataan sangatlah teratur dan amat mengagumkan .. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman .

p/s:  maaf picture cikbunga tak letak .

Wednesday 23 December 2015

12 Jenama Dunia popular dari Malaysia

Assalammualaikum ;)

Sudah hari Rabu rupanya , maknanya arinie last kerja yer ke dok ? hhehehehehe

Masa tengah google tadi , cikbunga terjumpalah products / jenama yang selama ini cikbunga ingatkan datangnya datang luar negara , tetapi rupa-rupa ianya adalah buatan Malaysia yang telah membina jenama di mata dunia , kurlass you ... proud to be Malaysia yeaaa ... Inilah dia 12 jenama Malaysia yang memang terkenal di seluruh dunia pada hari ini;)

1) LEWRE - ini adalah jenama kasut tahu tak ?

2) CISCO COFFEE -  nie popular kat oversea -San Francisco

3) BONIA /SEMBONIA /CARLO RINO - nie memang terkenal kan,kan,kan,kan ,dulu pon ingat Italy punya brand

4) MANHATTAN FISH MARKET - cikbunga ingat nie francais cam KFC, rupa-rupanya Malaysia  punya product bai

5) 1901 HOT DOG - pertama kali cikbunag dengar ;) maybe kat KL popular

6) GARDENIA -  dulu ingat nie mat salleh omputih tu yang buat

7) FIPPER - ini jenama selipar getah tau ...

8) BERYL'S - jenama coklat yang sangat sodap

9) VOCHELLE - cam tak percaya jew Malaysia punya brands

10)  OGAWA - matik-matik ingat nie Jepun punya

11) BRITISH INDIA - cikbungat ingat nie negara India punya ... alahai rupanya Yasmin Ahmad yang membina jemana ini .

12) BUFORI - nie jenama kereta tahu ker dok mu nie ;) nie pun pertama kali dengar okew ..

Itu jew nak share sebelum esok semua bercuti sempena sambutan Maulidur Rasul esok, dan bersambung dengan cuti krismas dan campur dengan Sabtu dan Ahad .... selamat bercuti semua danj uga jangan lupa selawat dan salam keatas Nabi Junjungan kita MUHAMMAD S.A.W serta kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda ;)

p/s: untuk maklumat lanjut untuk senarai jenama yang telah disebutkan di atas, anda bolehlah merujuk di sinicilisos.my

Monday 14 December 2015

Siti Nordiana aka NANA juara Gegar Vaganza 2

Assalammualaikum ;)

Today is Monday ;)

just nak sharing malam tadi nana menang wei gegar vaganza 2015... tahniah Nana.. kamu memang berbakat ;)

dan tahniah juga kepada semua peserta kerana anda semua memang awesome ;- dan juga tidak lupa pada Astro kerana andalah kami semua dapat tengok penyanyi yang dah lama dah muncul kat kaca tv .. terima kasih naaa ;)
harapan cikbunga semua gegar vaganza akan diteruskan lagi .. harap Datuk Seri Vida akan terus support untuk menaja yer Datuk ;) terima kasih Datuk ;)

ok  ...hari nie banyak koje plak ... nanti kiter sambung ok ... no picture sorry tau !!!

Saturday 12 December 2015

Piala Malaysia 2015 Selangor VS Kedah Final MALAM INI !

Assalammualaikum .

Bila aku Bercerita ;)

Cerita tentang aku bola ..boleh tak ? Dulu aku pernah mention aku nie minat kat semua sukan , tak kiralah sukan ape pon janji aku akan leka dok tengok kat depan tv tue,,,,

Ok malam nie jangan lupa naa, walaupon aku bukan lah Orang Selangor ker Orang Kedah ker tapi aku tetap exited nak tengok bola malam nie ... seronok tau tengok bola nie.. kat rumah ni semestinyalah hijau kuning ... Kedah ler .....tp kalau nak sokong dua-dua pon bolehhh ;)

Jangan lupa yang telah beli tiket perlawanan , nak habaq berhati-hati sepanjang perjalanan dan di doakan semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik ... pandu berkhemah dan ingatlah orang yang TERSAYANG okew ... yang kat stadium tue , jangan lah buat hal .... nanti pasukan awak juga yang akan didenda ... nie kan sukan , ayuh semua kita nak tengok semangat kesukanan ...


Yang menonton kat rumah plak (macam aku ) kena masak awal sikit ,,huhuhuhh, dan tengok tv tepat opukul 8.30malam ....   okew

oke tue jew nak habaq kat hang pa !

Friday 4 December 2015

Koleksi Dorothy Perkins pilihan Fesyen Terkini

 


Jumaat yang Indah dan semoga keindahan nya akan dapat mendamaikan  kita semua tidak kira walau dimana kita berada .

Adakah kawan-kawan menghadapi masalah sama seperti Cikbunga ? Yakni setiap kali nak keluar atau pergi majlis perjumpaan kawan lama atau juga makan malam bersama orang tersayang , sering hati akan menjadi runsing lantaran tak tahu mana nak pakai baju , baju tak ada nak dipakai dan kesukaran untuk memilih baju yang sesuai lantaran keadaan semasa dan juga kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk membeli belah ? Jika jawapannya YA , maka kawan-kawan bolehlah bersenang lenang kerana 'Dorothy Perkins' ada jalan penyelesaianya . Jom kita berkenalan dengan 'Dorothy Perkins'





Established nearly 90 years ago, Dorothy Perkins Malaysia has had fantastic moments in the fashion industry with tons of great achievements, I must say. Over the years they have managed to successfully gain popularity among their customers even until today. How cool is that? Now this brand has almost 600 stores in the United Kingdom alone, and more than 50 outlets around the globe.


Cikbunga  amat berbesar hati kerana seorang teman telah memperkenalkan 'Dorothy Perkins'  kepada cikbunga apabila cikbunga tujukan masalah cikbunga . Oh ya, untuk pengetahuan kawan-kawan semua 'Dorothy Perkins'
bukan hanya tertumpu kepada baju sahaja , malahan anda akan diberi satu pusat hentian sehenti dimana koleksi dress, seluar, blouse, kasual , baju bersantai , untuk ke pejabat, kasut, beg tangan dan juga aksesori ada di 'Dorothy Perkins'

                                     pilihan fesyen denim yang santai tetapi sangat menawan





                                                                                        cikbunga memang gila bag ;)





Memang gila lah kalau pi Dorothy Perkins  sebab memang rambang mata dan banyak sesangat pilihan yang ada.. untuk itu sekarang ini sedang berlangsung jualan End Of the Year sehingga 50%yang memang membuatkan cikbunga nak beli semua  ;)
Apa lagi jom terjah Dorothy Perkins sekarang juga !!!,