Followers

Friday, 29 December 2017

Suka suki di Playground Park

Assalammualaikum Dunia.

Yessa Jumaat sudah...ya kengkawan...Jumaat terakhir 2017...wahhhhh sekejap jew dah berakhir 12 bulan...
Well...sambil  tue akak tempek picture....
Babai  2017

Ape eh yg ditengok tue

Dan sampai sini... tak moo balik umah plak

Yaaaaa welcome 2018

Pose cam getis jap 
Begitulah kisahnya...mase nie tak ramai budak.. so fefeling macam kita Punya. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Wednesday, 27 December 2017

MELAKA BIRD PARK -Intro Part 1

Assalammualaikum Dunia .
Melaka Bird Park terletak dikawasan Ayer Keroh merupakan taman burung yang terbesar di Asia. Dengan kos pembinaan kira kira 30 juta ringgit dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Secara rasminya telah dibuka kepada  orang awam pada 1 April 2013.
Pose jap
Everyday open from 9.00am to 6.00pm
Tinggi  weyy gayat akak sekejap...tinggi same macam 5 tingkat bangunan. Dah tue lif tidak boleh digunakan...terpaksalah naik guna tangga.
Mari tengok picture sempat diambil.
Dapat gelang merah
Kadar bayaran Dewasa RM 17.90
Kanak Kanak RM 11.90
Mari mari makan

Bird Park on shoulder


Tangga yang perlu didaki 
 
Tunggu sambungan yer , sebab banyak jugak gambau yang akak snap kat Melaka Bird Park .
 
 
p/s: sebenarnya ade jew lif untu naik ke atas, namun semasa akak pi , tidak boleh digunakan , terpaksalah memanjat tangga dik non.





Tuesday, 26 December 2017

IKIA Aquaria & Pet Melaka 2017

Assalammualaikum Dunia.

HUjung minggu pergi mana yer , kalau anda berkunjung ke Kota Melaka , silalah singgah salah satu tempat yang anda hendak lawati adalah IKIA Aquaria & Pet  ;) . sebut betul betul IKIA bukan IKEA yer , kat Melaka IKEA tidak ada.
Main entrance to IKIA 

Dimanakah terletaknya IKIA ini , yaaaa, meh akak bagitau  yer , terletek di :,


IKIA Aquaria & Pet

Pet store in Batu Berendam, Malaysia


Address: Lot 15943,Jln IKS M7,Tmn IKS Merdeka, 75350 Batu Berendam, Malacca

Hours:
Open everyday · 9:30AM–7:30PM
Tuesday9:30AM–7:30PM
Wednesday9:30AM–7:30PM
Thursday9:30AM–7:30PM
Friday9:30AM–7:30PM
Saturday9:30AM–7:30PM
Sunday9:30AM–7:30PM
Monday9:30AM–7:30PM

Phone: 06-337 2082
Apa yang menarik sangat kat IKIA ni, adik adik , kakak kakak , abang abang , tempat ini memang menjadi kesukaan kanak kanak dan juga kaki pancing ;) dan juga kome yang suka dengan haiwan peliharaan yang menjadi peneman kat rumah tue seperti ikan yang pelbagai jenis dan macam macam hado, rambang mata ko nak pilih nanti , terdapat juga unggas seperti burung, ada baby kura kura, arnab, kucing, ular juga ade kalau mahu ,terdapat hiasan untuk rumah pet dan juga makanan untuk pet dan juga bahan penjagaan untuk pet.
Ikan besar
Ikan kecik

Baby kura kura

So comel rabbit

Birds

Untuk makluman semua , tiada kadar bayaran yang dikenakan untuk pengunjung ;) silalah pergi dengan suka hati yer .
Dak miau

Sekian dari cikbunga ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐ŸŒท⚘๐Ÿฅ€๐ŸŒน๐ŸŒบ๐Ÿ



Thursday, 21 December 2017

Jonghyun kemurungan punca kematian

Assalammualaikum Dunia.

Yaaa ..dia kacak, ternama, jutawan,mempunyai jutaan pengikut dan peminat dari seluruh dunia , juga penghibur yang popular k-pop dari Shinee yang mempelopori industri hiburan Korea pada masa kini.


Semuanya dia ada...namun tiada siapa menduga yang Kim Jong-hyun mengalami kemurungan, kesunyian yang amat dalam walau hidup sebagai superstar dan digilai ramai perempuan.



Kim Jong-hyun 27 tahun


Kemurungan dalam hidup telah membuatkan Jonghyun mengambil keputusan yang drastik untuk menamatkan hidupnya dalam dunia yang penuh glamour dan indah ini.

Walau dia masih muda belia , yaa baru 27 tahun je dia hidup, tanpa menoleh kebelakang dia membuat keputusan itu.


Tarikh 18 Disember pasti akan diingati oleh semua peminat Jonghyun seluruh dunia. Kim Jong-hyun adalah penyanyi utama kumpulan kpop Shinee, penulis lagu , radio host , dan author.

p/s: kita boleh ikut teknologi dari Korea yang pesat membangun tapi awas yaaa jangan ikut cara tradisi orang Korea yang satu itu...depa tak der pegangan agama so itu memang cara depa .

Wednesday, 20 December 2017

Cara Jimat Beli Barang Sekolah 2018 !!!

Assalammualaikum Dunia .

Happy Wednesday !!1
Dah habiss cuti sekolah , minggu depan adalah minggu terakhir unutk anak anak bercuti cuti sekolah , tibalah masa untuk membeli belah barangan sekolah , yuran sekolah , buku sekolah dan semua yang berkaitan dengan sekolah , moh kita sekodeng kat jimat.com untuk dapat cara jimat untuk membeli barangan sekolah .

picture credit to google


Cara Jimat Beli Barangan Sekolah 2018

1. Senaraikan Barang Yang Mahu Dibeli
Ini penting untuk mengelakkan kita ‘terbeli’ barang yang bukan dalam bajet. Sebelum keluar membeli, senaraikan dulu apa kita nak beli. Lagi bagus kalau kita boleh sertakan anggaran harga barang tersebut. Ini bagi mengelakkan kita terlebih bajet.

2. Tak Semestinya Semua Mesti Baru! 
Baju, beg dan kasut  sekolah tahun sebelumnya yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Tak perlu beli baru semuanya. Kenalpasti peralatan serta kelengkapan sekolah yang masih boleh digunakan & hanya beli barang-barang yang sudah tidak ada atau sudah tidak boleh digunakan lagi sahaja. Contohnya seperti beg atau alat tulis, kadang-kala, beg yang ada masih elok dan boleh digunakan, jadi tak perlulah nak beli baru.

3. Survey Harga Di Beberapa Kedai / Pasaraya
Ini agak penting juga. Walaupun banyak pasaraya terkenal menawarkan harga diskaun tetapi kadang-kadang harga di kedai biasa, masih lebih murah. 
Kualiti juga tak banyak beza. Kasut sekolah contohnya, di pasarayaKU / HariHari cuma berharga RM12.90 sepasang dengan kualiti setanding yang dijual di pasaraya terkenal (Giant/Tesco/Parkson dll) dengan harga RM25.
Boleh tanya kawan2 juga tentang kedai mana yang menawarkan harga lebih berbaloi.

4. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal
Yup. Jenama terkenal tidak menjamin apa-apa pada persekolahan anak kita. Takdenya bila pakai baju jenama terkenal, maka anak kita pasti akan jadi pandai dan pasti dapat no 1 dalam kelas. Jika anak kita dapat no 1 pun, ianya bukanlah disebabkan baju yang dipakai... jadi tak perlu terpengaruh dengan iklan baju sekolah jenama itu dan jenama ini. Tak perlu ikutkan jenama beg yang paling gah.
 
p/s: 4 tips diatas adalah telah dicopy dan dipaste dari
www.tipsjimat.com



                           

Tuesday, 19 December 2017

Tuesday Bloom

Assalammualaikum Dunia.
Pinky roses

Bloom 

New geng ๐Ÿ’†‍♀️๐Ÿ’†‍♀️in house

Saturday, 16 December 2017

Suatu pagi di hari Sabtu

Assalammuakaikum Dunia.
Hari nie Sabtu...malas laaa haii...apa lagi ambik kunci start motor dan pi carik sarapan..๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Secawan old town white coffee 

Yang siap sedia di beli

Nie jugร k tunjuk jew...

p/s:selamat beristirehat yer semua dan selamat mengunjungi kenduri kendara๐Ÿค—๐Ÿค—


Friday, 15 December 2017

Salam Jumaat 26 Rabiul Awal 1439H

Assalmmualaikum Dunia .

Jumaat yang terakhir dalam Rabiul Awal tahun 1439H bersamaan 15 Disember 2017 Masihi.
Harapan semoga Jumaat hari ini , penghulu segala hari akan menjadi hari yang di nanti nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia untuk berdoa dikala berjemaah solat ari ini.

Doa yang baik baik , minta yang baik baik , fikirkan yang baik baik dan berprasangkalah yang baik baik sahaja , walau hati dan perasaan mu jauh melayang di awang awangan sehingga di langit membiru dan memutih laksana salji yang bertebaran di sesetengah negara yang beriklim 4 musim itu .

Bahagia nyer dia ๐ŸŒท๐ŸŒท

Walau pun semekar dan seharum bunga yang berkembang dan mewangi tidak dapat menghentikan musibah dan derita  segelintir saudara kita yang ditindas dan dibunuh dengan sesuka hati tanpa ihsan dan belas .

Wahai Jumaat penghulu segala hari , dengarlah rintihan hati dan doa kami , peliharalah saudara saudara kami yang teraniaya di seluruh muka bumi Allah ini . Dengarlah tangisan penuh hiba dan ratapan merintih memohon doa kepada Nya . Kabullah permintaan kami ini .aminamin aminnnn .

Thursday, 14 December 2017

Not Feeling Well

Assalammualaikum Dunia .

This weeks I'm not feeling well . So to my dear friends , sorry because not BW anywhere .
this weeks also rained in early Morning and when time back to home . Drive safety and be peace. 


picture tak der kena mengena pon๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Wednesday, 13 December 2017

A Legend Of Princess LanLing (Chinese Drama)

Asslammualaikum Dunia .

Memang dah jadi tabiat (habit) tengok citer drama cina , lebih lebih lagi kalau ade pelakon yang best best (handsome handsome dan lawa lawa).

Citer nie tahun 2013, tapi kat 8TV Malaysia baru jer ditayangkan , suke jer tengok since since yang pakai baju zaman dulu kala ( yang ade citer raja-raja okew ). tak tau lar kalau korang tak suka , tapi kitew sukew jew .
 
 
 Sinopsis Copy jer
The Prince of Lan Ling is one of the four most handsome men in ancient Chinese history. Known as the God of War, he led his army into battle and vanquished his foes while wearing a fearsome mask to hide his face. His real name was Gao Changgong, a famed general during the Northern Qi period who is wise and loyal, and treats his soldiers with great generosity and respect.
A prophecy foretold that victory would go to the one who has the priestess blessing. Yang Xuewu, the last priestess of her clan, unwittingly becomes embroiled in a war between Northern Qi and Northern Zhou. Although she foresees a tragic fate for the Prince of Lan Ling, the military general of Northern Qi, she falls in love with him and helps him win the war against Yuwen Yong, the Emperor of Northern Zhou. However, her attempts only bring him closer to his fate. As his standing among his people grows, so does the murderous jealousy in Crown prince’s heart. Can she protect him when it’s his family who wants him dead?[4]


Peng Guan Ying as Yuwen Yong




Baby Zhang yang gojess

 
 
p/s: memang main actor Gao Changgong tapi lagi suka watak Yuwen Yong .
 

Tuesday, 12 December 2017

Riding & Swimming

Assalammualaikum dunia.

Cuti-cuti sekolah nie wat gapo yer kangkawan .

Nak wat teaser boleh ?





Cuti cuti sekolah punya aktiviti๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Monday, 11 December 2017

Khabar Penghujung Tahun 2017

Assalammualaikum Dunia .

Sedih, marah , geram , benci , rasa nak bom jer , dan rasa nak antar peluru berpandu antara yang ade dalam kotak fikiran CB bila mereka cuba untuk menjadikan hak orang lain sebagai hak mereka .

Apakah yang mereka cuba buktikan kepada dunia ini ? Memang mereka selalu merperlakukan agama dan orang Islam sewenang wenangnya dan sering menunding jari kearah Islam apabila berlakunya perbalahan , peperangan saudara, dan pertelingkahan .

Wahai umat Muhammad yang bertebaran di bumi Allah ini , marilah kita bersatu dan bertekad untuk mementang segala tipu daya dan helah mereka dalam untuk menyerang dan bermain psyko keatas umat Islam . Lupakan lah segala pertikaian dan salah faham dan marilah bersatu . Kita di sini tidak dapat untuk mengangkat senjata, namun yang pasti senjata yang satu itu pasti akan diminta hari-hari setiap saat dan setiap ketika nya . Ya senjata orang mukmin ialah berDOA .

p/: Ya Allah selamatkan lah bumi PALESTINE .