Followers

Wednesday 31 December 2014

Berakhirnya 2014!!!

Salam dan Hallooooo ;)
Hari nie entry terkahir dibulan terakhir dan hari terakhir dan untuk tahun yang terakhir 31/12/2014.
haaa koo jangan tak percaya hari ini adalah hari terakhir (Rabu) bulan terakhir  (Disember ) dan untuk tahun terakhir (2014)

Lepas nie tak der lah lagi tahun 2014 (babai babai 2014) namun kenangan dan penangan yang ditinggalkan amatlah banyak dan menyayat hati, sanubari dan juga jiwa raga kita sebagai umat manusia yang tinggal dimuka bumi ini (percaya qada' dan qadar') sebagai umat Islam kita kena percaya yer ... jangan menyalahkan takdir yang menimpa atau apa jua bencana yang berlaku ...
'ko tak kena senanglah ko cakap cuba ko kena ko tahulah macam mana'
ayat nie biasa akan kedengaran tetapi tak mengapalah apa jua yang datang kita kena menghadapi jua ;)

Semua bencana dan musibah yang hadir dalam tahun 2014 akan dikenang seumur hidup kita .Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.
Ape-ape pun sebagai manusia yang kerdil yang hidup dimuka bumi ini cikbunga ingin mengambil kesempatan dihari terakhir , bulan terakhir dan tahun akhir ini untuk memohon kemaafan dari semua pelawat blog cikbunga jika ada coretan dan juga catatan yang telah di paparkan membuat anda tergores dan rasa sakit hati (minta maaf yer semua kengkawan hamba hanya manusia biasa sahaja )

Dan untuk semua tragedy yang melanda Negara, Negara jiran , dan juga untuk dunia secara amnya diharapkan akan dapat mematangkan kita semua untuk menuju kehadapan (tahun jew yang bertukar ) menjadi matang dan akan lebih success dimasa hadapan .

Walaupun sakit dengan ujian yang diturunkan namun hidup ini mesti diteruskan ..bak kata pepatah dunia ini hanya persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk dibawa  nanti (kita ini hanyalah pengembara (musafir) )

Selawat dan salam keatas Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat dan juga kaum baginda .

untuk itu selamat tinggal tahun 2014 dan almost welcome 2015 !

p/s: Jangan lupa sambut Maulidur Rasul yer kengkawan ;)

Coretan Akhir 2014
cikbunga
31 December 2014

Monday 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2015

Salam dan halloo ;)
sebelum tue nak ucapkan kepada  semua warga pantai timur terutama yang berada di Kelantan semoga tabah dalam menghadapi ujian / musibah yang melanda sekarang ini..
kami pun turut merasa sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang (ketika air surut) kesan nya boleh dilihat diseluruh negeri dan saya percaya ianya telah melumpukan sebahagian ekonomi masyarakat di sana . Saya doakan dan penuh harapan agar musibah ini berlalu dengan cepatnya .
Untuk itu , sesi persekolahan telah ditangguhkan iaitu pada 12 Januari 2015 dan untuk negeri -negeri yang terlibat dengan banjir (Kelantan,Terengganu, Kedah) sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015.
marilah kita bersama-sama membantu apa sahaja yang termampu untuk menyokong dan memulihkan keadaan negeri yang terlibat dengan banjir ini . Buat masa sekarang wang ringgit bukanlah keperluan yang utama , yang penting adalah untuk memulihkan emosi semua mangsa yang terlibat dan juga keperluan harian yang lain (tempat tinggal, makanan, air , ) yakni keperluan asas. wang ringgit juga penting juga untuk memulihkan ekonomi penduduk namun begitu emosi yang mengambil alih tempat utama .
Saya rasa tak wajar saya upload gambar , biarlah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri (gambar yang di tontonkan di kaca telivesyen ) semoga menjadi ikhtibar kepada semua ...

Uuntuk itu salam Isnin yang hening .

babai.

Saturday 27 December 2014

Postcards Giveaway from Czech & Germany

Assalamualaikum.

Jemput join semua!

http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html



Mangsa tag :

 

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)
 
Semoga berjaya!
 
^_^
 
p/s: teringin juga dapat poskad dari oversea (harap-harap ade peluang laa )

Simple GA: Friendship fridge magnet.

Salam dan selamat pagi semuaaa ;)
      jom ramai-ramai joint GA simple nie ;)

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.

 
p/s: ok korang mari kita pakat ramai-ramai joint this giveaway ( mana laa tau dapat fridge magnet ;) akak suka 3x)

Monday 22 December 2014

FATIN LIYANA BERTUNANG (honeykoyuki)

Salam
korang kenal tak blogger terkenal dan doctor yang paling glamour Fatin Liyana ?
dah selamat menjadi tunangan orang (tunangan Dr.Anwar Fazal) betul ker ejaan tue .. kalo salah harap maafkan yer

dah lama ikuti blogger yang cune nie dan blogger paling popular yang menjadi idola ramai blogger kat luar sana ;)
gambar saya ambil kat blog hazanis yang tengah meletop sekarang nie (mek cha )
 
Tahniah! kerana mendapat Anugerah Tokoh Srikandi Negara baru-baru ini.

semoga cepat-cepat naik pelamin yer  ;) akak doakan semoga jodoh ini berkekalan until to jannah
menyusuri kehidupan doktor Fatin anda akan dapat merasai pengalaman beliau merantau ke Negara orang untuk mencari ilmu kedoktoran dan juga teruja sesangat kisah travel nya diserata Negara ( sila pergi ke blog beliau untuk kisah lanjut )
akak paling suka tang resepi yang disharekan ... sangat simple dan mudah ;) suka 3x
 
ok lah tahniah sekali lagi kepada doktor Fatin Liyana kerana selamat menjadi tunang kepada Dr. Anwar Fazal

ok babai semua

p/s: gambar credit to blogger hazanis yang cantik jelita ;)




First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking

 

 
Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .


1st Anniversary Giveaway Mind Meld



Bismillahirrahmanirrahim.
 

Saturday 20 December 2014

Friday 19 December 2014

Simple GA: Vietnam Shawl.


     Salam u olzzz,
sila pergi ke blog dr.shikin yer semua
 

[Giveaway] Hello from Canada



Assalamulaikum.
 

Hello from Canada
[Giveaway] Hello from Canada

 
 

ni jawapan untuk soklan no.4;

ini link dia dear  )  http://herlifemanual007.blogspot.com

have a nice day ;)


 

Monday 15 December 2014

BILIK TIDUR GAYA IKEA

Salamm dan hollaaa .. sihat semua;)
aku nie kan sejak  Malaysia masuk final piala Suzuki AFF 2014 , asyik gelisah jew ... selagi game nie tak habis selagi tue aku tak berapa nak tenterammm .. mak aiii kemain lagi ko yer    hihiihih .. jangan marah yer korang .. dah minat mak macam nie ... redha jew lah ;)
okey , korang selalu bukak website IKEA tak ? aku hari-hari datang kat website dia ... memang marbelus tau susun atur dia ,buat aku rasa nak buat jew semua tue kat rumah aku .. perlahan-perlahan buat sikit-sikit dulu hehehehe  ..
selalunyer tempat yang aku suka terjah adalah didapur (kitchen cabinet), hall (ruang tamu) dan bilik tidur (bedroom) dan juga bilik air ( toilet)..wahhh susun atur sungguh mengujakan dan buat aku rasa wah cantiknya ,,,, cam dok dalam hotel lakk
okew lah taak mo tulis panjang jela-jela , apa kakta kita tinjau serba sedikit susun atur yang diambil dari website IKEA .. untuk dijadikan panduan dan juga sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri supaya menghias rumah jadi cantik seperti IKEA punyer stail;)

 cantik kan berlatar belakangkan warna merah mak ngah ;)
putih bersih hihihihh


IKEA nie letak ape color pon cantikk kan ;) sweet nyer



 sungguh ceria kan ;) nanti nak try kombinasi warna dan juga perabot ..
korang , pergilah website IKEA , kat sana banyak lagi design dan stail yang korang boleh try dan ilhamkan untuk rumah korang ;)
okew .. selamat bersusun atur yer


p/s: gambar semua dari website IKEA

Friday 12 December 2014

BILA MALAYSIA MASUK FINAL AFF SUZUKI 2014

Salam pagi Jumaat yang indah dan permai ... ;)
wahhh tajukkk tak menahan kooo .. memang pon ... aku nie nak kata obsess sangat ngan bola sepak pun iye jugakkk sebab aku minat semualah permainan sukan yang melibatkan Negara terutamanya Malaysia, ko letaklah bola ape pon kat depan tv tue aku mesti akan tengokkk .. even kalau game untuk piala Malaysia pon aku akan tengokkk walaupon Melaka tak pernah dapat tempat yang terbaikkk, tak kisah dalam  liga ke  ape pon janji aku akan melekap kat depan tv.. haa ko jangan tak percaya bukan lelaki jew yang suka bola ,,, aku pon suka jugakkk ;)
mungkin rezeki dan nasib menyebelahi pasukan Harimau Malaya setelah tempang sebelah di Stadium Shah Alam ,.. ape-ape pon terima kasih kepada semua player yang bermain kat Vietnam malam tadi kerana mengembalikan harapan dan senyuman yang pudar pada perlawanan yang pertama kat Shah Alam ..wei korang memang bestlah ,,,sampai aku pon menjerit sakan bila awal-awal lagi dah dapat gol.. terus semangat berkobar-kobar ko ;)
okey next game nak lawan ngan gergasi bolasepak kat Asia nie ... siapa lagi kalo bukan Negara gajah putih (Thailand) huhuhuhuhu depa tue memang banyak bermain untuk kelab-kelab dan kebolehan depa nie tidak boleh dipertikaikan , ape-ape pon bola itu bulat , pandai-pandailah korang adjustkan yer ;) ..
untuk sekian kalinya lagi aku ucapkan terima kasih terima kasih terima kasih untuk harimau Malaya sbb membawa cabaran bolasepak Negara sehingga ketahap ini ;) dan jangan lupa masih ade lagi perlawanan yang belum selesai dan ape-ape pon apalagi yang kami mahu ..even korang dah sampai stage nie pon kami bangga hooo;)
semoga success dan terus success dan bermain macam malam tadi eh.. barulah mood nak tengok bola tue melangit tinggi .. sungguh pon begitu , untuk second half amat menakutkan dan mengerikan pancaindera ... yelah , bila serangan bertali arus dari Vietnam dan semangat mereka yang meyala-nyala seperti mahu merobek gawang Malaysia ..banyaklah percubaan yang amat menakutkan dan very scary you no...
untuk menaikkan semangat kita yang dah berkobar-kobar nie, apakata kita flashback gambar tahun 2010... jangan marah yer sbb aku nak mengingati kembali memori 4 tahun lepasss ;)




semoga tahun ni kegemilangan akan berulang kembali lagiiii;;)
okew semua jangan bosan baca pasal bola huhuhuuuu ... babaii semua

Monday 1 December 2014

BR1M 2015

Salam pagi ,

apa khabau semua ... semoga sihat yer ...
saya sihat cuma selsema jerr dan hati ada banyak senang bila abang bola Berjaya menjaringkan 3 gol ari tueee .. suka tak terkat bila Malaysia melangkah keseparuh akhir ... walaupon perlawanan itu sangat mendebarkan dan mengusarkan ati dan perasaan ... itulah bola ;) okew lah kita cakap pasal hal penting nak bagitu, .. kepada semua rakyat jelata ;) kerajaan telah membuat pengumuman bahawa, mulai tarikh 1 Disember sehingga 31 Disember , anda semua boleh memohon untuk https://ebr1m.hasil.gov.m  dan sudah boleh mendaftar dan cek nama sekarang okew...
jangan tak semak pulak ..
2015 » Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015

Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015

 
Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01)

Pemohon baru yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember ini dan penerima BR1M sedia ada pula diminta mengemas kini semula maklumat peribadi.

Pemohon boleh mengisi permohonan secara online dalam talian menerusi portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di laman ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini.

Tarikh pembayaran BR1M 4.0 / 2015

Pembayaran BR1M secara berperingkat dimana penerima BR1M RM950 dibayar masing-masing RM300 pada ;

  • 28 Januari 2015
  • 28 Mei 2015
  • 28 September 2015

Waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015 dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel di i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/ 4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mel di br1m@treasury.gov.my.