Followers

Wednesday, 14 August 2019

RESEPI KEK BATIK CIKEPAL

Assalammualaikum Dunia .

Yaaa entry masakan datang lagiii.... kali nie kita sekodeng blog CikEpal yang famous deamous tue ... best nyer jadi cam blogger cikepal ... dah jadi OKB , moga kita semua pun boleh jadi seperti dia ;)

Kek batik in the house ๐Ÿก

Tengok tepi plak ๐Ÿ˜Š


Okew , sebab tengok barang kat rumah nie macam ngam-ngam jer nak buat kek batik , jom ler kita celup resepi CikEpal . 

Okew jom sekodeng barang-barang untuk buat kek batik : (copy and paste ayat cikepal)
  • 1 paket milo  (yang paling kecik tau)
  • 1 paket biskut marie (dipatah-patah dan karate kan kepada 4 bahagian)
  • 1 ketul butter 250g (yg saiz kecik, kalau beli saiz besar 500g tu bahagi lah dua)
  • 1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)
  • 1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah , kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis )   

Ni dalam bekas kecil

Yummy

Zoom sikit 


Caranya nyer adalah ,  

Masukkan seketul butter, sepeket milo kecik tu (habiskan je terus)  dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok . Sebab menda alah nie senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)

Pastu kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih mengelegak tue, masukkan biskut marie . Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat. Tutup api. 

Amaran : jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak . 

Masuk kan dalam loyang , pastu tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu , kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan saksama .

Masuk dalam peti sejuk semlamam ;)

Rujukan :CIKEPAL

Dah boleh makan๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜


Ok bye tue jer nak letak resepi sini , bila nak  makan boleh bukak blog untuk tengok resepi :

4 comments: