Followers

Tuesday 26 September 2017

Review : Aku Mahu Hidup

Assalammualaikum Dunia ;)

Malam tadi korang tengok tak telefilem kat TV9, yaaa, cerita AKU MAHU HIDUP , kisah tiga beradik yang tinggal di pinggir kawasan bandar dimana tanggungjawab digalas oleh Abang Sulung .
 
 
                             watak utama 'Aku Mahu Hidup' membawa watak dengan jayanya

Kisah ini amat menyentuh perasaan , tapi aku tak tahulah kalau korang tak rasa ape-ape sebab masing-masing mempunyai pandangan dan cara pemikiran yang berbeza . Hakikatnya hidup ini yang memerlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan , impaknya termasuklah masyarakat dan diri sendiri . Pengorbanan Si Abang yang cuba melakukan pelbagai kerja bagi membolehkan adik nya untuk meneruskan persekolahan dan juga untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka .

Kehilangan ibu bapa yang di rasa amat memberatkan kehidupan yakni , ibu yang meninggalkan rumah tanpa menoleh sedikit pun ke belakang lantaran ugutan dan juga untuk membayar hutang yang dibuat oleh si suami yakni ketua keluarga , kisah ini sering berlaku dalam masyarakat kita yang mana majoritinya terjebaknya dalam kancah dadah amat membimbangkan masyarakat dan meruntuhkan insitusi keluarga . Ironinya anak-anak yang menjadi mangsa, malahan beban mereka tidak berhenti disitu sahaja , namun diugut menjual dadah untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapa mereka .

Krinduan terhadap belaian kasih sayang ibu bapa dapat dilihat dengan jelas dimana anak yang tidak tahu apa-apa semasa kecil ,amat memerlukan perhatian dan kasih sayang .

Namun yang menjadi persoalan di benak aku ialah dimana agensi anggota kerajaan untuk melindungi dan membantu anak-anak ini , inilah yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita hari ini atau agensi ini tidak mendapat maklumat pon iyer juga. Akan tetapi , depa kan boleh jer cek kalau anggota keluarga ditahan , macam mana dengan keluarga mereka untuk meneruskan hidup kan ? Itulah titik persolannya dan mengapa perkara ini berterusan tanpa henti.

p/s: pengajaran yang paling penting adalah 'dadah' adalah bom atom , biler dah meletup segala isi rumah akan hancur , bahkan seluruh kawasan or negeri akan binasa . 

Monday 25 September 2017

Ayam Goreng Mumia pandan😘😘

Assalammualaikum Dunia πŸ˜‰πŸ˜‰
Salam Isnin bersamaan 5 Muharam 1439 Hijrah . Ape Khabar orang di sane , orang di sini sihat Alhamdulillah πŸ€—πŸ€—
Meh akak kongsikan Ayam Goreng Mumia Pandan...

Ayam Goreng Mumia Pandan CB
2 begadik 😘😘

Okew kkengkawan, ayam nie korang bolehlah mΓ kan cam tue jew cacah sos , aataupun makan bersama nasi ayam yang korang suke.  

P/s : makan jew ape ape hidangan bersama ayam goreng mumiaπŸ˜‰πŸ˜‰


Friday 22 September 2017

Salam Maal Hijrah 1439

Assalammualaikum dunia😘😘
Korang cuti kan ari nie, best lar hari Jumaat pastu sambung ngan Sabtu dan Ahad.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi ini.
Ape pun Sempena tahun baru nie, kita pon mestilah bersama berazam untuk membina kehidupan dan akhlak yang lebih baik dari tahun sebelumnya ...iinsyaallah. ..Amin Amin Amin.

Salam Maal Hijrah tahun 1439H.

P/s: sorry picture nan Hado πŸ™„πŸ™„

Thursday 21 September 2017

Review : Rompin Beach Resort Pahang

Assalammualaikum Dunia ;)

Cuti hari Malaysia telah diguna dengan sepenuhnya , disebabkan perjalanan menuju ke Kampung , maka kami mebawa anak -anak berendam ke Rompin Beach Resort , Rompin Pahang .

RBR

Since budak-budak nie, memang tak boleh tengok air , mesti nak berendam jew kejenya , memang dah tahu dahhh , kena siap-siapkan dia punya baju renang masing-masing dalam satu beg khas . Sewaktu hari kejadian , ramai orang, faham dahh  (cuti kan ), dalam kolam pun ramai jugak , adik-adik dari sekolah Putrajaya ada buat kem kat situ , memang ramai lar orang . 







View amatlah cantik , dengan pandangan hijau , sebab kawasan memang ala-ala natural , back to natural kate orang putih , haaa memang korang akan dapat view hijau jew;) CB suke jew ,

 Sempatlah CB capture pictrure untuk tatapan ;)



p/s:  korang yang ingin bercuti menikmati keindahan alam semulajadi amatlah disyorkanπŸ˜™

Wednesday 20 September 2017

Review : Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Assalammualaikum Dunia ;)

Sape sini dah pi tengok rama-rama angkat tangan sikit , yessss kita sama la wakkk , kite pon dah pi , adeiii penat tau jalan-jalan mencari rama-rama orang putih kate butterfly , haaa.
Agak lama jugak larr tak pi ziarah rama-rama kecil berterbangan nie, memandangkan encik  hubby pecinta haiwan yer , maka anak-anak pun suka dengan haiwan , hohoho depa kalau boleh nak buat mini zoo kat rumah , jom kita menkaji rama-rama .

pintu masuk ke Taman Rama-Rama Melaka
Mana nak carik tempat nie, korang boleh jew guna waze, haaa nanti sampailah ke taman rama-rama tue,
akan tetapi untuk setiap kecantikan , haruslah ade bayaran atau nilai , haaaaa  tue untuk diaorang buat maintenan kat taman tue . oklah tak mo celoteh banyak meh akak hidangankan picture rama-rama yang sempat di capture ;)

 
 
  
Kat dalam Taman Rama-Rama tue bukan setakat rama-rama jew yer yang ade, segala binatang yang berbentuk reptilia cam ular , ikan koi , buaya , burung-burung , burung unta , iguana pon ade tau dan yang pasti yang paling banyak semestinyalah rama-rama dek non oiii !!!

aktiviti memberi makan ikan koi
Ada banyak spesis rama-rama dan yang paling popular mestilah Rajah Brooke , didalam taman nie korang pon boleh memberi makan kat ikan koi ,kena beli makanan kat kaunter yer , jangan korang bawak makanan dari rumah plak ') , masa nie lah dak Rayyan yang kalut tue jatuh kedalam kolam ikan koi , adeiii sib baik seluar jew yang basah , akibat keterujaan dia nak tengok ikan yang memang awesome baq hang , banyak giler ikan tue .

dak Rayyan yang kalut ')
Sebab tue lar namanyer Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary, dalam tue pon ade cafe jugak , kalau penat berjalan -jalan kat taman tue kan , bolehlah minum secawan kopi disamping hidangan lain , kopi tue contoh jew tau , banyak pilihan lain ,  sebab kawasan pun cantik dan kawasan lembap , pemandangan pon cantik jugak kat dalam tue , sejuk jew dengan air terjun buatan dan landskap yang sangat indah untuk santapan mata kita.

                                               rama-rama yang jinak dan mesra pengunjung

p/s: sebenarnya CB nak tulis banyak , dah macam karangan lah pulak , nanti korang bosan nak baca, untuk detail korang boleh jew pergi ke pusat pelancongan Melaka untuk dapatkan pamplet dan maklumat. Selamat datang ke Melaka korang !!! 

Thursday 14 September 2017

TANGISAN HARI INI

Assalammualaikum dunia;)


Al-fatihah untuk adik-adik tahfiz dan guru Darul Quran Ittifaqiyah


Hari nie Malaysia telah mendapat berita yang amat memilukan , tragis dan meyayat hati ,
akak tak tau nak type kat sini , namun bila jer berita ini tersebar dalam media sosial dan melihat anak-anak syurga nie , hati diruntum sayu, dan bagaikan alam terasa merintih menangis dengan kejadian di subuh pagi ini.

Wahai penghuni syurga , semoga tenang didalam syurga firdausi amin amin amin , hanyalah doa dari seorang kakak yang tidak pernah bersua muka , namun akak menangis dik melihat jasadmu , ya Allah ....

Al-fatihah buat adik-adik ku ,
salam takziah untuk adik adik tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Datuk Keramat kepada seluruh pusat tahfiz dan ahli keluarga .

2017 September 14
[lebih dari 20 orang adik-adik tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban dalam kebakaran subuh tadi termasuk guru ]

Friday 8 September 2017

Short vacation at Bayou Lagoon Resort

Assalammualaikum dunia 😍😍
Sempena cuti hari raya haji minggu lepas, kami mengabil kesempatan membawa anak anak berehat sambil mandi manda di Bayou Lagoon Park Resort πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

                          water theme park yang menjadi igauan anak-anak dan mak bapak
                                                           nice view ;)

                                                           hehehe wat kenangan


Perjalanan amat tenang sekali sebab ramai yang move out from Melaka, so so kereta tidak banyak di atas jalan raya memudahkan perjalanan kami.Akak suka jew, tiada langsung kesesakan lalulintasπŸ˜†
Tiba lah masa untuk checkin mak ai apa pasal ramai orang kat sini nie? punya lah bersesak dan menunggu turn sambil mata tak lepas tengok ticket dan nΓ³. yang naik kat sskrin. ..dah macam kat JPJ plak.....ade sistem nomor. ...Lama oiii akak tunggu, sampai encik Husband kata cancel kan  jew...memang tak lah kan...dah lah penat tunggu (dekat satu jam jugak ler kat situ)...nak suh cancel plak....buat dek jew....tahan telinga jew


...memang ramai sebab cuti kan....tabah jew...budak budak dah bising dan dah tak sabau nak berendam  dalam tue....dapat jew kunci, apa lagi salin baju dan  moh ler berendam😎😎



                                                 nie budak kalau dapat berendam tak mo naik dah....

so kesimpulannya, memang best , dan budak budak pon enjoyed , tak per kasi can kat depa enjoyed sebab bulan 10 dan nak periksa end year ... tak boleh nak enjoyed sangat-sangat yer

p/s: picture dalam bilik lupa nak snap ler ...adoiiii

Thursday 7 September 2017

Biler Rayyan naik Haji ')

Assalammualaikum dunia ;)

Musim Haji pun dah berlalu , kini menunggu kepulangan insan tersayang dari Mekah Mukarramah;)

pakai ihram sesiap kat umah

                                           
                                              peserta cilik haji yang riang gumbira




Dak Rayyan pon buat Haji juga tau tahun nie , al-hamdulillah , semoga diterima dan menjadi kenyataan satu hari nanti ..amin amin amin .
 
 



p/s: selingan gambar yang ade ;) wasap dari cikgunyer