Followers

Tuesday 26 September 2017

Review : Aku Mahu Hidup

Assalammualaikum Dunia ;)

Malam tadi korang tengok tak telefilem kat TV9, yaaa, cerita AKU MAHU HIDUP , kisah tiga beradik yang tinggal di pinggir kawasan bandar dimana tanggungjawab digalas oleh Abang Sulung .
 
 
                             watak utama 'Aku Mahu Hidup' membawa watak dengan jayanya

Kisah ini amat menyentuh perasaan , tapi aku tak tahulah kalau korang tak rasa ape-ape sebab masing-masing mempunyai pandangan dan cara pemikiran yang berbeza . Hakikatnya hidup ini yang memerlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan , impaknya termasuklah masyarakat dan diri sendiri . Pengorbanan Si Abang yang cuba melakukan pelbagai kerja bagi membolehkan adik nya untuk meneruskan persekolahan dan juga untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka .

Kehilangan ibu bapa yang di rasa amat memberatkan kehidupan yakni , ibu yang meninggalkan rumah tanpa menoleh sedikit pun ke belakang lantaran ugutan dan juga untuk membayar hutang yang dibuat oleh si suami yakni ketua keluarga , kisah ini sering berlaku dalam masyarakat kita yang mana majoritinya terjebaknya dalam kancah dadah amat membimbangkan masyarakat dan meruntuhkan insitusi keluarga . Ironinya anak-anak yang menjadi mangsa, malahan beban mereka tidak berhenti disitu sahaja , namun diugut menjual dadah untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapa mereka .

Krinduan terhadap belaian kasih sayang ibu bapa dapat dilihat dengan jelas dimana anak yang tidak tahu apa-apa semasa kecil ,amat memerlukan perhatian dan kasih sayang .

Namun yang menjadi persoalan di benak aku ialah dimana agensi anggota kerajaan untuk melindungi dan membantu anak-anak ini , inilah yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita hari ini atau agensi ini tidak mendapat maklumat pon iyer juga. Akan tetapi , depa kan boleh jer cek kalau anggota keluarga ditahan , macam mana dengan keluarga mereka untuk meneruskan hidup kan ? Itulah titik persolannya dan mengapa perkara ini berterusan tanpa henti.

p/s: pengajaran yang paling penting adalah 'dadah' adalah bom atom , biler dah meletup segala isi rumah akan hancur , bahkan seluruh kawasan or negeri akan binasa . 

13 comments:

  1. cerita sebeginilah yg patut diperbanyakkan agar masyarakat sentisa terbuka mata mereka akan bahaya dadah... sy sendiri dah saksikan bagaimana sengsaranya hidup seorg penagih dadah...

    ReplyDelete
  2. Bagus kisah masyarakat ni. Dadah mmg musuh bangsa

    ReplyDelete
  3. Hanis Kamal yang memeran watak si abang...sangat unggul lakonannya..

    ReplyDelete
  4. Tak tengok.... kadang kadang terlepas CB. Alih alih cite dah nak habis.....huhuhu...
    Mcm best jugak nampaknya jalan cerita dia tu. Hakak suka yg cerita cerita gini, pasal keluarga, pasal masyarakat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. CB pon kadang kadang terlepas jugak citer citer yg best

      Delete
  5. Xtgk la aritu sbb layan patahnya sebelah sayap ๐Ÿ˜Š. Hukhukhuk.. tp pelakon ni hebat2 . Msti ngs klu ena tgk

    ReplyDelete
  6. Saya tak tengok sebab tv rosak. Tak taulah kenapa tiba2 rosak. Dua kali jadi macam tu. Nampaknya kena keluar duit jugak untuk beli baru.

    ReplyDelete