Malam tadi korang tengok tak telefilem
kat TV9, yaaa, cerita AKU
MAHU HIDUP , kisah tiga beradik yang tinggal di
pinggir kawasan bandar dimana tanggungjawab digalas oleh Abang Sulung .
watak utama 'Aku Mahu Hidup' membawa watak dengan jayanya
Kisah ini amat menyentuh perasaan , tapi
aku tak tahulah kalau korang tak rasa ape-ape sebab masing-masing mempunyai
pandangan dan cara pemikiran yang berbeza . Hakikatnya hidup ini yang
memerlukan seseorang untuk meneruskan kehidupan , impaknya termasuklah
masyarakat dan diri sendiri . Pengorbanan Si Abang yang cuba melakukan pelbagai
kerja bagi membolehkan adik nya untuk meneruskan persekolahan dan juga untuk
memenuhi keperluan isi rumah mereka .
Kehilangan ibu bapa yang di rasa amat
memberatkan kehidupan yakni , ibu yang meninggalkan rumah tanpa menoleh sedikit
pun ke belakang lantaran ugutan dan juga untuk membayar hutang yang dibuat oleh
si suami yakni ketua keluarga , kisah ini sering berlaku dalam masyarakat kita
yang mana majoritinya terjebaknya dalam kancah dadah amat membimbangkan
masyarakat dan meruntuhkan insitusi keluarga . Ironinya anak-anak yang menjadi
mangsa, malahan beban mereka tidak berhenti disitu sahaja , namun diugut
menjual dadah untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapa mereka .
Krinduan terhadap belaian kasih sayang
ibu bapa dapat dilihat dengan jelas dimana anak yang tidak tahu apa-apa semasa
kecil ,amat memerlukan perhatian dan kasih sayang .
Namun yang menjadi persoalan di benak aku
ialah dimana agensi anggota kerajaan untuk melindungi dan membantu anak-anak
ini , inilah yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita hari ini atau agensi
ini tidak mendapat maklumat pon iyer juga. Akan tetapi , depa kan boleh jer cek
kalau anggota keluarga ditahan , macam mana dengan keluarga mereka untuk
meneruskan hidup kan ? Itulah titik persolannya dan mengapa perkara ini
berterusan tanpa henti.
p/s: pengajaran yang paling penting adalah 'dadah' adalah bom atom , biler dah meletup segala isi rumah akan hancur , bahkan seluruh kawasan or negeri akan binasa .
cerita sebeginilah yg patut diperbanyakkan agar masyarakat sentisa terbuka mata mereka akan bahaya dadah... sy sendiri dah saksikan bagaimana sengsaranya hidup seorg penagih dadah...
ReplyDeleteBetul tue dear
DeleteBagus kisah masyarakat ni. Dadah mmg musuh bangsa
ReplyDeleteMemang musuh nyata ...pemanah negara
DeletePemusnah#
DeleteHanis Kamal yang memeran watak si abang...sangat unggul lakonannya..
ReplyDeleteMemang terbaikk๐๐
DeleteTak tengok.... kadang kadang terlepas CB. Alih alih cite dah nak habis.....huhuhu...
ReplyDeleteMcm best jugak nampaknya jalan cerita dia tu. Hakak suka yg cerita cerita gini, pasal keluarga, pasal masyarakat....
CB pon kadang kadang terlepas jugak citer citer yg best
DeleteXtgk la aritu sbb layan patahnya sebelah sayap ๐. Hukhukhuk.. tp pelakon ni hebat2 . Msti ngs klu ena tgk
ReplyDeleteKitew pon nangis jugak๐ข๐ข
DeleteSaya tak tengok sebab tv rosak. Tak taulah kenapa tiba2 rosak. Dua kali jadi macam tu. Nampaknya kena keluar duit jugak untuk beli baru.
ReplyDeleteBeli tv baharu๐๐
Delete