Followers

Wednesday, 20 September 2017

Review : Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Assalammualaikum Dunia ;)

Sape sini dah pi tengok rama-rama angkat tangan sikit , yessss kita sama la wakkk , kite pon dah pi , adeiii penat tau jalan-jalan mencari rama-rama orang putih kate butterfly , haaa.
Agak lama jugak larr tak pi ziarah rama-rama kecil berterbangan nie, memandangkan encik  hubby pecinta haiwan yer , maka anak-anak pun suka dengan haiwan , hohoho depa kalau boleh nak buat mini zoo kat rumah , jom kita menkaji rama-rama .

pintu masuk ke Taman Rama-Rama Melaka
Mana nak carik tempat nie, korang boleh jew guna waze, haaa nanti sampailah ke taman rama-rama tue,
akan tetapi untuk setiap kecantikan , haruslah ade bayaran atau nilai , haaaaa  tue untuk diaorang buat maintenan kat taman tue . oklah tak mo celoteh banyak meh akak hidangankan picture rama-rama yang sempat di capture ;)

 
 
  
Kat dalam Taman Rama-Rama tue bukan setakat rama-rama jew yer yang ade, segala binatang yang berbentuk reptilia cam ular , ikan koi , buaya , burung-burung , burung unta , iguana pon ade tau dan yang pasti yang paling banyak semestinyalah rama-rama dek non oiii !!!

aktiviti memberi makan ikan koi
Ada banyak spesis rama-rama dan yang paling popular mestilah Rajah Brooke , didalam taman nie korang pon boleh memberi makan kat ikan koi ,kena beli makanan kat kaunter yer , jangan korang bawak makanan dari rumah plak ') , masa nie lah dak Rayyan yang kalut tue jatuh kedalam kolam ikan koi , adeiii sib baik seluar jew yang basah , akibat keterujaan dia nak tengok ikan yang memang awesome baq hang , banyak giler ikan tue .

dak Rayyan yang kalut ')
Sebab tue lar namanyer Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary, dalam tue pon ade cafe jugak , kalau penat berjalan -jalan kat taman tue kan , bolehlah minum secawan kopi disamping hidangan lain , kopi tue contoh jew tau , banyak pilihan lain ,  sebab kawasan pun cantik dan kawasan lembap , pemandangan pon cantik jugak kat dalam tue , sejuk jew dengan air terjun buatan dan landskap yang sangat indah untuk santapan mata kita.

                                               rama-rama yang jinak dan mesra pengunjung

p/s: sebenarnya CB nak tulis banyak , dah macam karangan lah pulak , nanti korang bosan nak baca, untuk detail korang boleh jew pergi ke pusat pelancongan Melaka untuk dapatkan pamplet dan maklumat. Selamat datang ke Melaka korang !!! 

8 comments:

  1. Bestnya Taman Rama- Rama...dah lain la...eh..nak bawak la anak- anak SA pi sini

    ReplyDelete
  2. nak tau x sy pegi sini 1st time ms darjah 5 hahahaha berkurun da... tp mmg seronok kan. mesti da byk spesis rama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dik๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ sesekali tenang kan fikiran dengan melawat taman taman๐Ÿค—๐Ÿค—

      Delete
  3. Sejak anak anak dah remaja belia ni mmg tak pernah ke tempat tempat gini. Bukan depa je yg boring....maknya pun sama boring hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali jew mak..hirup udara segar katenya๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

      Delete