Followers

Tuesday 8 May 2018

Lima Tahun Sekali

Assalammualaikum Dunia.
Sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia, kita sebagai rakyat negara ini haruslah menggunakan hak kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin kita.
Negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi dan Raja Berpelembagaan dan sebagai rakyat negara ini kita memahami apa itu erti Demokrasi.
Semua dah tahu yaa, esok 9 Mei cuti dan korang haruslah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Yang pulang ke kampung tu, berhati-hati semasa memandu dan jangan nak rushing jew...

Sekadar hiasan 

Sebenarnya suka tengok musim mengundi nie, ya lar kan 5 tahun sekali kan ...masa nilah nak tengok semua bendera parti politik yang bertanding ada di mana mana ....dan juga perang poster.... ya lar... korang pon tak kenal sapa wakil korang kan ... 5 tahun sekali baru dapat tengok muka kan .
Apa apa pun korang mengundilah secara berhemah dan pastikan bawa kad pengenalan dan keluar awal untuk mengundi supaya proses mengundi berjalan dengan lancar.

Okew tue je nak entry ...#selamatmengundimalaysia

3 comments: