Followers

Thursday, 16 November 2017

OPEN DAY WAJA CEMERLANG & KANTIN DAY 2017

Assalammualaikum Dunia ;)

Diam tak diam dah sampai bulan November , adoiii dah setengah bulan pon ... itu makna nya , tidak lama lagi sekolah akan bercuti panjang .... dan bulan November adalah bulan yang sangat sibuk untuk para guru-guru dan anak-anak sebab depa ade buat macam-macam aktiviti dan anak-anak pon kena joint sekali .

khemah yang disediakan untuk para tetamu

Archery port

Gerai buah buahan

Memang happening

Begitulah jugak citer dak Rayyan , kat sekolah dia ade buat 'Open Day' dimana terdapat sesi jual beli dan anak-anak terlibat dalam aktiviti jual beli ini . Dak Rayyan jual buah-buahan ngan kawan-kawan dia sambil dibantu oleh teacher . Selain daripada aktiviti jual beli , terdapat coloring contest untuk anak-anak, acara memanah dan sesi beramah mesra antara ibu bapa .

Cuaca pada hari itu pada awal pagi memang cantik disinari limpahan cahaya sang suria , akan tetapi menjelang tengah hari , mutiara indah dari langit pon berguguran membasahi bumi ;)
aktiviti memanah yang dijalankan 
Okew , kejadian nie pon pada bulan November , yar lar kan dah nak tutup sekolah , pihak sekolah pon menganjurkan 'Hari Kantin' . Budak budak nie amat teruja sebab nak masuk 'rumah hantu' macam best jer kan , haaa bila dah masuk semua mengeluh 'laaaa, tak der pon hantu' budak-budak kan , semasa hari kejadian banyak lah gerai-gerai makanan yang dijaga oleh cikgu dan dibantu oleh para pelajar , memang meriah lar, selain rumah hantu , terdapat permainan menguji minda seperti PS4, bola, memanah dan karaoke . Budak-budak sekarang nie yang trademark 'Budak Baru Nak Up' memang power biler nyanyi, semua tak rasa malu dan segan .
jamuan dalam kelas sempena hari kanak-kanak


 Korang tahu tak yang paling panjang beratur sekali semestilah nak masuk 'rumah hantu ' , jenuh nak tungggu biler nak masuk .

Cuaca pulak dari pagi memang hujan renyai-renyai , semua pon gembira dan kami balik awal sikit sebab dah tengah hari semakin ramai pulak umat kat sini . Haaaa tue lar citer bulan November yang menjadi penutup sekolah pada tahun 2017.
Dak Rayyan tengah asah skill memanah


p/s:Tinggal sebulan je penutup tahun nie, semoga tahun  2018 akan lebih indah dan lebih banyak rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta bertambah tambah amal kita Insyaallah.

6 comments:

  1. Replies
    1. Yaaa.. cikgu,hujung hujung tahun nie mcm mcm aktiviti

      Delete
  2. Betullah CB...mcm tak sangka dah hujung tahun kan. Terasa cepat betul masa
    berlalu. Masih ada budak kecik mmg kena layanlah kan aktiviti mcm ni. Hakak dah lepas hihi

    ReplyDelete
  3. bla dah hujung thn ni mcm2 aktiviti sekolah sediakan...

    wahhh siap ada memanah tu... yg si kecik tu pun x nk klh jg yaaa ;-)

    ReplyDelete