Nabi Akhir Zaman
Nabi Muhammad S.A.W
Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah
merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul
di dalam sejarah kehidupan manusia.
Dilahirkan pada pada subuh hari
Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW
merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin
paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.
Ketika
berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan
Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau
pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
Bapa baginda, Abdullah
bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya
Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya
meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah
datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa
saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa.
Muhammad SAW
digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan
akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat
Makkah Al-Mukarramah.
Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan
idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman;
Nama
:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin
Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin
Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin
Adnan. (Bani Hashim)
Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib
bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway
bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas
bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Nama ibu :
Aminah
binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin
Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
Tempat
lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Tarikh lahir
:
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali
sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang
kota Kaabah).
Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11
Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
Tempat wafat
:
Madinah Al-Munawwarah.
Usia ketika wafat :
63
tahun.
Nama isteri-isteri :
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2.
Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu
Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5.
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi
Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah
Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin
‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan
Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
Nama anak-anak :
1.
Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa
kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin
dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin
‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7.
Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
Bentuk fizikal :
Baginda
Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian
sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak
begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. Muhammad
SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang
lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian
dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. Riwayat
juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan
menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh
badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Selain itu,
Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi,
berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di
bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah.
Warna kegemaran
:
Merah, Putih dan Hijau.
Makanan kegemaran :
Kurma,
Bali, Buah Tin dan Anggur.
Sukan kegemaran :
Menunggang kuda,
memanah dan berenang.
Peperangan yang disertai :
1. Perang
Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5.
Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang
Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk
Demikianlah sebahagian dari biodata
ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal
memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.
Semoga kita
ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat
dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup
kita selamanya, wallahu’alam.
P/S: data diambil DI SINI
semoga kita sebagai umat yang terakhir akan dapat memanfaatkan kehadiran nabi junjungan semesta alam ini di dunia dan akhirat ..insyaAllah ..
selawat dan salam keatas baginda dan semoga kita peroleh rahmat ! amin ...
No comments:
Post a Comment