Followers

Saturday 21 March 2020

Hari Ke Empat "Lock Down" Di Malaysia

Assalammualaikum Dunia.
Salam sejahtera untuk saudara saudara ku sekalian.
Lama tak mengetuk papan kekunci nie... Kekok laaa pulak πŸ˜…πŸ˜…
Ada nie haaa tak kemana mana... Before lock down sempatlah bawa bebudak nie naik flight ✈️... Nanti cikbunga ciritera yer..

Teaser sikitπŸ˜…πŸ˜…

Lihatlah awan tueπŸ™„


Sejak hari Rabu yang lalu yakni 18 March 2020...kerajaaan Malaysia telah mengenakan sekatan perjalanan kepada rakyat Malaysia dan juga penutupan sekolah dan semua pusat pengajian tinggi dan juga pusat tahfiz... Dan pekerja sektor awam dan swasta juga.... Maka bermulalah rutin harian duduk di rumah sehingga 31 March 2020.

#stayathome

Tujuan adalah untuk menyekat rantaian Covid 19...haaaaa...apa yang berlaku... Memang tak disangka sangka wei... Semua warga kota berpusu pusu nak balik ke kampung dan berlakulah kesesakan dekat lebuh raya... Haaaa dah macam balik raya wei... Hari pertama jew... Orang ramai... Yer.. Rakyat marhean macam kami nie laaa... Pi shopping barang asas like beras, minyak, telur dan makanan dalam tin... Takut wei....

Masa nie ramai giler orang shopping 

Selepas kerajaan menyatakan tidak ada keperluan untuk balik ke kampung dan jangan panik..... Makanan mencukupi... Barulah ada slowdown sikit nak berpusu pusu ke market πŸ˜…
Dalam sejarah juga laaa sepanjang cikbunga hidup nie... First time tiada solat Jumaat 😭😭 hanya solat Zohar dibenarkan itu pun kat rumah masing masing.

Selama 2 minggu nie... Cikbunga dok rumah... Marilah kita bersama berdoa semoga Covid 19 nie cepat berakhir dan salam takziah untuk keluarga Covid 19 yang telah meninggal dunia... Setakat entry ini ditulis seramai 3 orang... Alfatihah...

8 comments:

  1. ehehe da mula rasa bahang nyeeee ha duduk rumah. serba x kena tapi tabahlaa kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahhh... Dah Pening kepala nie haaaπŸ˜…

      Delete
  2. Ek tak perasan cik bunga ada pos tulisan hari Sabtu.
    Oho lama tak menulis sebab pergi melancong ye? Nasib baik sempat balik rumah sebelum PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuuu.... Kemalasan melanda jejari cikbunga 🌹🌹

      Delete
  3. Stay safe and semoga covid 19 ini hilang..
    Memang pelik bila hari Jumaat tak ada solat Jumaat.. Syahdu rasanya..

    ReplyDelete