Korang suka makan tak ? aku suka makan ,
semua makanan yang halal aku makan ;)
so , tak ade masalah ke aper , aku boleh
telan jerrr , Oleh sebab aku suka makan , aku juga rajin menggoogle resepi kat
internet . Dan selalunya aku cari respi yang mudah dan simple untuk disediakan
. Untuk itu , meh aku sharekan resepi paling senang popiah dan donat ;)
Untuk
popiah
kulit popiah secukupnya
inti
isi ayam/ daging / ketam
lobak merah
sengkuang
bawang
sedikit garam
toger / timun (option)
sedikit air untuk nak tampal kulit popiah
seketul kiub ayam - kalau ade nie tak payah taruk garam
Semua bahan untuk isi popiah
hendaklah dipotong atau diracik halus , panaskan minyak sesudu
tumis bawang, masukkan kiub ayam daging/ayam/ketam , biar sampai
masak sedikit , masukkan semua bahan yang diracik dan goreng sampai separuh
masak jew - tak yah lah sampai layu sangat
Ketepikan dan biar sejuk sedikit ,
ambil kulit popiah , dan mula mengisi inti popiah dalam sesudu kecil , jangan
banyak sangat nanti kalau di gulung akan pecah kulit popiahnya .
okew, lepas gulung popiah , ulang
balik sampai lah inti nya habis , nanti goreng separuh , separuh lagi simpa
dalam freezer , kalau nak makan m baru goreng , kalau goreng bebanyak sapa
pulak nak makan nanti - membazir jer kan .
goreng popiah sampai kekuningan dan
angkat .
Okew dah settle, untuk yang suka sambal, buat sambal manis sikit dan
goreng garing-garing , sapa yang tak suka sambal bolehlah guna sos jer atau
yang rajin tue bolehlah buat sosnya dengan cili besar yang di blender dan
masak sikit letak gula, garam dan asam
sikit untuk rasa manis dan masam ... hidang untuk minum petang bersama teh o
atau bersama air kegemaran ;)
Donat
senang
tepung gandum 3 cawan atau sampai
boleh buat doh
3 sudu susu pekat manis -ikut suka
hati kalo nak maniss lagii boleh tambah
gula 3 sudu
air suam kuku 1 cawan
sedikit minyak/ mentega ( cairkan dulu mentega ini)
telur 1 biji gred B
yis mauripan 1 peket
gula / coklat untuk tabur atas donat
Caranya,
Masukkan air , gula , susu kacau
sampai gula larut , masukkan yis dan kacau lagi , pecahkan telur dan kacau
bersama minyak atau mentega yang dicairkan , pas tue masukkan kan kedalam
campuran air dan yis tadi , biar yis nya naik berbuih ;)
Dalam bekas lain , masukkan tepung
, bila campuran air dah berbuih , masukkan kedalam tepung dan kacau sampai
menjadi doh, kalau doh lembik , masukkan jer tepung dan uli doh -
bulat-bulatkan doh menjadi donut atau kalau guna acuan buat lah mengikut sesuka
hati , kalau tak nak buat donat , bulat- bulatkan jer pass tue goreng pon boleh
.
Goreng donat , dan tabur gula yang
dimesin atau cooking coklat , dan taburlah keatas donut anda , boleh juga tabur
coklat rice if you letak coklat ;) dah boleh makan .
P/S: bila masak sendiri , dapat
banyak lah jugak dari kita beli kat luar tue , kekadang 2 ketul seringgit tapi
kalo dok 2 orang beli jew ;
Suka popia...biasanya letak udang ..sedap
ReplyDeleteelok sgt ni... my adik2 klu bukak puasa antara yg mesti ada popia la...
ReplyDeletesimple, dan ramai yg suka
ReplyDeletemudah!! terus copy resipi ni
ReplyDeleteDa lama xbuat benda alah ni...hikhik
ReplyDelete