Hari yang indah untuk Negara yang bertuah
;)
Bagaiman persiapan raya anda ? semua berjalan
dengan lancar ? dah shopping baju raya ? kuih raya ? perabot raya ? kereta raya
? pinggan raya ? oppssss awatlah merepek lagu tue ...
Sempena nak menyambut Syawal bulan
kemenangan umat Islam , marilah kita bersama-sama menyambut dengan penuh rasa
syukur kerana diberi kesihatan dan masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini
.
Keindahan menyambut lebaran amat terasa
tak kala , kedengaran lagu raya berkumandang di corong-corong radio dan juga di
mall membeli belah telah rancak di
dendangkan di sana sini .
Masa dahulu teringat zaman kanak-kanak
dimana situasi ini amat dinantikan dimana memasuki 10 Ramadhan yang terakhir
... mendengar takzirah dan cerita-cerita yang disampaikan menjadikan semangat
untuk mencari 10 malam yang terakhir itu ;) tapi nan hado sebab dah tidoq
akibat keletihan apabila balik dari terawih ;)
Dan untuk
kenangan itu juga pada malam 7 likur atau malam yang ke 27 kita berpuasa
, di masjid kami ( masjid lama zaman kanak-kanak , dah tak ade sebab dah roboh
) ada juga disediakan kuih muih untuk santapan jemaah .. seronok weiii habaq
kat hang. Rindunya waktu itu , tak payah nak dok serabut sangat , pagi pi
sekolah , petang plak sekolah petang, selepas berbuka pi masjid , balik terawih
tidoq ;) seronoknya zaman kanak-kanak .... ( waktu bulan ramadhan , mengaji dengan
pakngah cuti sebulan ) .
Dalam masa kurang seminggu pulak , tolong
sibukkan diri tolong mak buat kuih , waktu itu , tiada pakai oven macam zaman
sekarang , kena pi cari sabut kelapa untuk membakar kuih baulu yang menjadi
kemestian untuk setiap kali raya , merasa jugalah memukul telur untuk buat kuih
belanda a.k.a kuih semperit , kena jaga api bagai jangan sampai hangit , sampai merah-merah
tangan menggulung kuih hahahahaa indahnya ...sekarang tak ade lagi sebab semua
pakai jari jew huhuhuhuhu....kuih yang
menjadi kemestian kuih bangkit , maruku
, kuih bakawali (suka kuih nie ) tempeyek , rempeyek kacang hijau ...seronok
tolong mak buat ;) tapi sayang tak ambik resepi ... nanti nak pi tanya resepi
kat mak. Yang lain-lain tue kuih dah moden sikit , pas tue dah ade oven , semua
kuih kakak yang buat , kita tolong masukkan dalam balang jew hahahahaha.
Pada zaman itu (zaman saya waktu
kanak-kanak) , baju mak yang belikan , kita pakai jew ...pakai baju sedondon
dengan kakak , pas tue ade baju gaun lagi ....semua gambar waktu tue tak ade ,
poor me , tak ade kenangan nak tunjuk kat anak-anak . Bila dah masuk sekolah
menengah dah demand , pandai carik color sendiri ...
Malam raya lagi best habaq kat hang , 2
hari atau 3 hari sebelum raya memang tertunggu tunggu kakak yang sulung balik
sebab , kaklong masak sangat sedap , dan bila dia balik rumah jadi sangat
bersih dan kemas , pas tu kalau malam raya , dia boleh jahit langsir lagi ,
bukan untuk satu atau dua tetapi untuk satu rumah dia jahit , kaklong memang
hebat ;) malam raya tak tidoq , pasang langsir dan isi kuih raya , tapi yang
paling best malam raya juga mak selalu buat kenduri , panggil orang sekeliling
rumah untuk takbir raya dari rumah kerumah ;)
Selalunya pagi pagi subuh lagi mak
kejutkan pada pagi raya , lepas mandi , solat subuh , bersalaman dengan mak
bapak dan ahli keluarga yang lain , pas tue tunggu sedara mara datang
berkunjung , sebab mak anak sulung , so kita tunggu adik-adik mak datang beraya
;) nie sebelum solat sunat raya yer ...
Sekarang dah tak der cam tu , ( masih
praktik lagi kat umah mak ) lepas solat subuh jew bantai tidoq tidoq lagi ,
tunggu solat raya baru bersalaman ... tapi kat rumah sendiri ajar juga kat
anak-anak bersalaman sebelum solat raya ;) tak der la kelam kabut lepas balik
sembahyang , nak bersalaman dan juga dengan tetamu yang datang lagi kan kan kan ...
picture semua credit to encik google
p/s: Keindahan syawal sentiasa ada untuk kita yang meraikan nya
setiap tahun.Nukilan ini untuk
diimbau nostalgia oleh diriku .
Baca entri ini nostalgia kakak zaman kanak-kanak kembali semula. Dulu memang begitulah lebih kurangnya. Baju nak pilih tak adalah. Pakai aje apa yg dibelikan. Buat kuih sampai berpeluh-peluh sebab tak ada oven tapi kita dulu kuat kan... kalau budak sekarang rasa kakak ramai yg tak mampu berpuasa..
ReplyDeleteAssalam Fatty..ahakss..Fatty ko..terima kasih sudi singgah di blog JM tu..soada ole2 for u..emailkan alamat rumah ke JM boleh...nak pos something for u
ReplyDeletedulu zaman kanak mmg sgt BEST kalau raya mmgtak sabarlah nk tggu hari raya tu..beli baju raya kasut raya..pastu buat pelok tido..bila dah dewasa mcm ni..jgn kata baju raya..kasut raya pun x cari lagi..sbb? byk nk guna duit..dulu waktu kecik kutip duit raya bila dah keje hulur duit raya heee
ReplyDeletetiada raya yg lbh meriah melainkan raya ketika zaman kanak2
ReplyDeletezaman kanak2 memang banyak kenangan.. rasa macam raya dulu dan sekarang pon berbeza kan..
ReplyDeletetringat plak zman kanak2 aku., huhu
ReplyDeleteYa Allah, buatkan diri ini juga rindu dengan kisah-kisah kanak-kanak ketika beraya di rumah grandparents di Pahang dan Pulau Pinang. Zaman dulu lebih menarik berbanding sekarang...
ReplyDeleteNisa'
Selamat hari raya!
ReplyDeleteKenangan lama klu kita fikir2 balik mmg sweet sgt. Rasa rindu kan bila terringt.
ReplyDeleteSelamat hari raya.