Kesibukan mak dan bapak bekerja juga
mengundang kerisauan dihati anak-anak zaman sekarang , dimana segala urusan
anak-anak telah di berikan kepada pengasuh sepenuhnya .... dan ramai ibu bapa
yang pulang lewat malam dan kadang-kadang tidak sempat pon nak menyembang
dengan anak-anak sebab anak-anak dah masuk tidur . Hanya bersua muka di awal
waktu pagi sahaja .....memang tidak salah mencari rezeki untuk keluarga yang
tersayang , tetapi AWAS yer jangan sampai mengabaikan orang yang
kita sayang terutamanya anak-anak yang kian membesar dan memerlukan perhatian
dan sokongan dari kedua ibu bapanya .
Situasi ini semakin menular dikalangan
masyarakat hari ini, istilah skandal dan juga kekasih gelap atau boleh ker kita
panggil kekasih haram yang sering kali
memusnahkan insitusi kekeluargaan . Apakah yang mendorong perkara ini berlaku ?
Secara fizikalnya , mak-mak yang bekerja
amat stress dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja dirumah , dan
bertambah stress dengan kebisingan anak-anak yang membingitkan telinga apabila
pulang dari kerja , oleh itu hasil dorongan dan perhatian dari seseorang teman
sekerja amatlah dirasakan istimewa dan dari teman bicara menjadi teman berWasap
gitew .... ini adalah tanda-tanda awal si isteri atau si suami mempunyai
gilrfriend or boyfriend or kekasih gelap , ... selalu juga kita lihat atau
perasan wanita atau mak yang bekerja membelek cell phone dan tersenyum
sendirian amatlah menakutkan ...
Persoalannya, adakah cara hidup kita
mencari rezeki ini mengundang masalah yang melanda sekarang ? atau ianya
sebagai hiburan untuk merawat hati yang lara kerana mendapat teman yang pandai
mengambil hati dan menghibur dikala hati yang sedang kusut ...
Al-kisahnya adalah seorang teman
menceritakan perihal yang berlaku di officenya , mak yang mempunyai 4 orang
anak boleh menjalin cinta dengan bapa yang mempunyai 4 orang anak . Kasihan kan
kepada mereka ... tidak sayangkah mereka akan keluarga yang di bina atas dasar
cinta itu ? Anak yang baru melihat dunia , dan suami yang bekerja siang malam
untuk memastikan semua keperluan dipenuhi , dan juga seorang isteri yang
kerjanya menguruskan anak-anak dan rumah yang hanya mengharapkan lakinya
memberi wang belanja setiap bulan . Jika
mereka tahu akan perihal laki dan bini mereka di tempat kerja , apakah yang
akan bermain di kotak fikiran mereka pada ketika itu ? Salahkan takdir ?
Salahkan waktu ? Salahkan Perempuan itu
? Salahkan Lelaki itu ?
Apakah ada jalan penyelesaian untuk
masalah ini ? Jawabnya selagi ada perempuan dan selagi ada lelaki yang hanya
tahu untuk menghiburkan hati sendiri , pasti gejala ini tidak akan berakhir ...
ini kerana di dalam hati mereka keluarga bukanlah keutamaan dan yang paling
penting mereka ada orang kesayangan yang mengambil berat dan menghiburkan
hati... ohhhhhh ... tidak kah mereka takut ? Sebagai bapa orang dan sebagai mak
orang , satu tempat kerja pula tue .huhuhuhuhuhu.. bagi mereka sekarang adalah
masa yang indah dan sangat bahagia , mereka tak tahukah bahawa pasangan mereka
menderita ? Apabila semua keperluan dihujung jari dan teknologi berlari seiring
masa , mana nilai mak bapak sekarang .
Hanya untuk seronok seronok sahaja . Mana
pegangan agama ...opppsss (Jangan jaga tepi kain orang, sila jaga tepi kain
sendiri ) namun sebagai insan seagama
kita layak untuk menasihatnya walaupon terdapat suara suara sumbang , Jadi
apakah tindakan anda ... Diam , hanya pemerhati , biarkan jew lah asal kan dia
bahagia , dah tua bangka tak tau nak fikir ke ? jangan sibuk hal orang , jaga
diri sendir jew .. sendiri mau ingat laaa ...
Jadi kesudahan nya , tiada noktah . ok
lah aku tak mau bercerita lagi sebab ini semua adalah mengenai diri
masing-masing dan semuanya sudah berumahtangga dan beranak pinak ;)
picture sekadar hiasan dari google
Nota: - kasihan kat anak anak yang masih
kecil tak tahu apa apa
Setiap kita adalah bersaudara. Pada kakak teguran yg dibuat kepada kawan pada hakikatnya dia adalah saudara kita. Mahukah kita melihat saudara kita membina jalan utk ke neraka? Hakikatnya juga menjadi tanggungjawab bersama utk membenteras. Sekurang-kurangnya kalau kita dikatakan jaga tepi kain dia kita dah terlepas dari tanggungjawab kita utk memperbetulkan yg salah. Wallahu'alam.
ReplyDeleteaduhai...sedih kalau mcm tu..bila dah berkahwin..masing2 tahu tangjungjawab..apa yg boleh pe yg tak boleh..kalau nka hibur diri sendiri n tak nk ada komitmen baik hidup sendiri ye dok
ReplyDelete