Cabaran Bulan Februari.
Aku memang bercita-cita nak pergi Jepun satu hari nanti ;) oleh kerana ada penaja yang baik hati , maka aku cuba jew nasib kat sini untuk suka-suka memeriahkan majlis heheheee
ini adalah senarai betapa uniknya Jepun dimata aku ;)
1) Penduduk
Jepun yang bersopan santun dan lemah lembut gitew
korang perasan tak masyarakat Jepun yang
bercakap sambil tutup mulut dan penuh dengan
kesopanan dan membuatkan aku kagum dengan cir-ciri yang dikekalkan
sehingga kini .Begitu ayu sekali dan memang penuh dengan budaya kesopanan yang
tinggi , setiap kali pun mesti tunduk dan merendah diri dan sentiasa tersenyum
.. dan sehingga ke hari ini mereka masih mengekalkan tradisi dengan pakaian
kimono yang cantik sangat .
2) Berdisplin
yang tinggi
Disiplin
yang tinggi dimana seawal usia anak 5 tahun (bagi kita kat Malaysia nie hantar
TADIKA ) mereka telah diajar untuk menguruskan diri dan menghormati orang lain
- di sekolah ini mereka diajar tatatertib semasa didalam kelas dan belajar
memasak , menyediakan makanan untuk kawan-kawan dan juga membersihkan
pinggan makan dengan diawasi oleh guru .
Dengan ini tiada masalah untuk generasi baru menghormati orang yang lebih tua
contohnya beratur semasa naik bas (tak macam kat Malaysia berebut-rebut ) dan
juga sentiasa berfikir untuk kegunaan orang yang seterusnya (next user) memang
terbaik lah mereka nie contoh bila makan dekat restoran segera mereka akan
mengemas sendiri dan akan memasukkan kerusi yang mereka duduk itu kembali
ketempat asal (moral yang tinggi ) kalau kita lepas makan tinggalkan begitu
sahaja dekat atas meja tue huhuhuuu.
3) Bahasa
Jepun adalah yang utama
Mereka
amat menitik beratkan penggunaan bahasa ibunda mereka dan meletakkan ditempat
yang tinggi . Walaupun dengan penggunaan bahasa ibunda , mereka telah Berjaya
dalam bidang elektronik dan juga menjadi Negara yang maju dan pintar di dunia
.Apa yang pasti mengikut pengetahuan aku yang cetek ini , dan juga pernah lah
belajar sedikit bahasa Jepun yang
di ajar oleh sensei (panggilan guru untuk orang Jepun) mereka sangat ikhlas dan
bersungguh-sungguh untuk mengajar bahasa Jepun tanpa mengira masa dan penat
lelah dimana sanggup mengadakan kelas untuk kami
selepas waktu
kerja tanpa mengenakan bayaran walau satu sen pun ( baik nya hati sensei
Hayashi) jasa mu amat dikenang sampai bila-bila .
Dari segi pemerhatian aku , kesungguhan
mereka dalam sesuatu bidang itu memang amat tinggi dan memang patut kita
contohi dan tidak hairanlah mengapa mereka boleh berjaya dan bangkit dengan
cepat walau pun telah ditimpa bencana , mereka akan cepat pulih semula .
4) Sangat
menepati masa dan menjaga kebersihan
Masyarakat Jepun amat menepati masa
kerana bagi mereka masa itu amat penting , apa yang pasti setelah sekian lama
aku bekerja di salah sebuah syarikat Jepun dan memerhatikan segala tindak
tanduk mereka , memang tidak dinafikan masa amat penting dan mestilah ditepati
( pernah juga terjadi dimana mereka yang menunggu untuk kita heii malu weii)
Kebersihan memang boleh dikatakan yang paling utama , memang dekat tempat kerja
aku ini kebersihan memang terbaik (kami ada hari 5S dan sekarang 6S dan setiap
bulan Managing Director akan rounding satu company untuk menilai kebersihan) .
5)
Negara Jepun itu sendiri unik
Negara
Jepun itu sendiri yang unik dan keunikannya telah menarik minat ramai
pengunjung diserata
dunia untuk mengunjungi Jepun dan merasi sendiri keunikan makanannya semestinya
sushi , tradisinya, bahasanya, kehidupan masyarakatnya walaupun maju tetapi
masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi dan kesopanan yang tinggi . Bila
bercakap mengenai Jepun secara automatik kita akan terbayangkan pakaian kimono
, dan juga cerita animate-animate yang
amat popular ( aku pun minat dengan animate seperti Naruto, Kamenrider, Bleach
dan banyak lagi ) dan juga fesyen jalanan yang amat popular dan juga menarik
minat orang serata dunia untuk melihat sendiri keunikan fesyen tersebut.
Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
Ini adalah serba sedikit huraian
aku mengenai Jepun , dulu masa sekolah menengah aku tak berapa suka sejarah
Jepun sebab banyak nak ingat nama dan tarikh tetapi al-hamdulillah lah paper
sejarah aku tak pernah failed dan biasanya aku dapat A atau B sahaja .. biar
betul kau ... memang betul pun percayalah ..
Aku pun tak pasti masih releven tak
tak huraian aku nie , diharapakn panel pengadil akan membaca contengan aku ini.
nak tunggu cabaran bulan March pula
;) .
tq for sharing
ReplyDeletejepun oh jepun..diorang punya sistem memang terbaik =)
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeletex diakui segala sistem di jepun sgt teratur n canggih./.
Jemput join segmen saya yg terbaru ni ye..
ReplyDeleteSegmen Mencari Bloglist blogahbar
best of luck :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi memeriahkan contest ini.. :)
ReplyDelete5 perkara unik tu mmg betul. Saya pun kagum dgn budaya masyarakat jepun :)
ReplyDelete5 perkara yang awak highlight-kan tu memang betul.. memang tak diragukan lagi..hmmm.. tapi dalam semua benda yang indah ini... banyak benda tersirat yang kita tak tahu... hehehe..
ReplyDeleteSaya nak cerita panjang pun macam penat je nak taip...
based on pengalaman duduk kat sana... setiap yang indah pasti ada sedikit calitnya..
but still Japan is one of the worth country to visit... but despite visiting regular city such as Tokyo... why not try Miyagi/Sendai/Fukushima area..
anyway... moga2 awak menang contest ji.. :)