Assalammualaikum Dunia.
Sesekali kita tengok sejarah pulak😀😀
Dalam Hikayat Hamg Tuah dan juga Sejarah Melayu, nama Tun Teja ada di sebut sebut dan dikenali sebagai perempuan yang sangat cantik pada abad itu👍
Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja jadi bualan setiap pedagang yang singgah ke Pahang, dan ini sedikit sebanyak perkhabaran cantik nyer Tun Teja sampai ke telinga Sultan Melaka pada waktu itu Sultan Mahmud Syah.
Terdapat dua versi yang berbeza tentang Tun Teja, versi Hang Tuah, Tun Teja dibawa oleh Hang Tuah ke Melaka, manakala versi Sejarah Melayu pula dikatakan Hang Nadim yang membawa Tun Teja ke Melaka.
Korang yang suka baca tue, bolehlah buka buku dan baca 🤗
Makam Tun Teja Ratna Benggala anak tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang, mangkat ketika Portugis membuat serangan ke atas Melaka dan Sultan Melaka ketika itu diperintah oleh cucunda Tun Teja iaitu Sultan Mahmud Syah yang sedang dalam perjalanan membawa rombongan Kerajaan Melaka berundur ke Muar.
Tun teja yang gering dan mangkat telah di makamkan di Pengkalan Samak, Merlimau.
Rujukan :Wikipedia
Semoga tenang rohnya disana
ReplyDeleteAminnnn 🤲🤲
DeleteBelum lagi dapat ke sana. Harap ada peluang.
ReplyDeleteInsyaAllah...
DeleteSeronok menggali Sejarah Kesultanan Melaka. Makin banyak dibaca, makin banyak yang baru tahu. Tq for sharing.
ReplyDeleteSama sama 🤗🤗
Deletenegeri penuh sejarah..
ReplyDeleteMelaka sekarang Negeri Paling Bahagia tau🤣
DeleteDulu dalam buku sejarah memang duk terbayang tun teja ni cantek. putih dan hidung mancung, bibir merah.
ReplyDeleteAlfatihah untuknya.
Macam pernah sampai ke sini..
ReplyDeletedepan makam ni (seberang jln) rumah kenalan keluarga kami... penah tggl berjiran dulu... lama dah x jumpa...
ReplyDelete