Followers

Wednesday 20 December 2017

Cara Jimat Beli Barang Sekolah 2018 !!!

Assalammualaikum Dunia .

Happy Wednesday !!1
Dah habiss cuti sekolah , minggu depan adalah minggu terakhir unutk anak anak bercuti cuti sekolah , tibalah masa untuk membeli belah barangan sekolah , yuran sekolah , buku sekolah dan semua yang berkaitan dengan sekolah , moh kita sekodeng kat jimat.com untuk dapat cara jimat untuk membeli barangan sekolah .

picture credit to google


Cara Jimat Beli Barangan Sekolah 2018

1. Senaraikan Barang Yang Mahu Dibeli
Ini penting untuk mengelakkan kita ‘terbeli’ barang yang bukan dalam bajet. Sebelum keluar membeli, senaraikan dulu apa kita nak beli. Lagi bagus kalau kita boleh sertakan anggaran harga barang tersebut. Ini bagi mengelakkan kita terlebih bajet.

2. Tak Semestinya Semua Mesti Baru! 
Baju, beg dan kasut  sekolah tahun sebelumnya yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Tak perlu beli baru semuanya. Kenalpasti peralatan serta kelengkapan sekolah yang masih boleh digunakan & hanya beli barang-barang yang sudah tidak ada atau sudah tidak boleh digunakan lagi sahaja. Contohnya seperti beg atau alat tulis, kadang-kala, beg yang ada masih elok dan boleh digunakan, jadi tak perlulah nak beli baru.

3. Survey Harga Di Beberapa Kedai / Pasaraya
Ini agak penting juga. Walaupun banyak pasaraya terkenal menawarkan harga diskaun tetapi kadang-kadang harga di kedai biasa, masih lebih murah. 
Kualiti juga tak banyak beza. Kasut sekolah contohnya, di pasarayaKU / HariHari cuma berharga RM12.90 sepasang dengan kualiti setanding yang dijual di pasaraya terkenal (Giant/Tesco/Parkson dll) dengan harga RM25.
Boleh tanya kawan2 juga tentang kedai mana yang menawarkan harga lebih berbaloi.

4. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal
Yup. Jenama terkenal tidak menjamin apa-apa pada persekolahan anak kita. Takdenya bila pakai baju jenama terkenal, maka anak kita pasti akan jadi pandai dan pasti dapat no 1 dalam kelas. Jika anak kita dapat no 1 pun, ianya bukanlah disebabkan baju yang dipakai... jadi tak perlu terpengaruh dengan iklan baju sekolah jenama itu dan jenama ini. Tak perlu ikutkan jenama beg yang paling gah.
 
p/s: 4 tips diatas adalah telah dicopy dan dipaste dari
www.tipsjimat.com



                           

6 comments:

  1. betul. tp pada pada tu kena hati2 jg... baju sekolah tu kalau boleh check betul2 jahitannya. takut nnt baru je nk try sarung dan krakkk..

    ReplyDelete
  2. Bagus sgt tips ni..leh guna jgk utk beli brg dapo 😬

    ReplyDelete