Followers

Friday 7 October 2016

Review Lara Aishah kat Astro

Assalammualaikum Dunia ;)

Lara Aishah bersiaran setiap hari Isnin sampai Jumaat bermula pada pukul 6.00 Petang sehingga 7 Malam di saluran Astro 105 . (ade siaran ulangan )

 
Tengok tau !!!

                                    
                                      Gandingan mantap Fasha Sanda dan Nazim Othman
Lara Aishah berkisar kehidupan dan perjuangan anak angkat yang bernama Aishah untuk mempertahankan pasar Gombak yang telah diwakafkan oleh seseorang yang berpangkat Datuk kepada penduduk sekitar. Namun , pemilik tersebut , yakni isteri kepada pewakaf telah mengeluarkan notis supaya penduduk berpindah kerana pasar akan dirobohkan dan diganti dengan pembangunan komersil yang lebih menguntungkan .

Konflik keluarga dalaman Puan Seri Marina lakonan Dian Pramlee yang sanggup melakukan apa sahaja supaya menantu nya yang berasal dari orang kebanyakan tidak akan bahagia apabila berkahwin dengan anaknya .

Justeru itu , Zurin  (Yasmin Hamid) yang pernah berkahwin dan mempunyai anak bersama anak Puan Seri Marina, Datuk Nazri lakonan ( Eizlan Yusof) , ingin membalas dendam kerana telah dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan dan juga pencariannya nya untuk menjejak anaknya.

Episod kisah remaja yang jatuh cinta antara watak utama Lara Aishah, Aishah (Fasha Sanda) dan Iskandar ( Nazim Othman) dan juga ex boyfreind lakonan (shah Jaszle) disamping beberapa pelakon yang tidak kurang hebatnya dalam lakonan mereka .

Korang pernah tengok filem  IA WUJUD  , ala citer cari hantu tue... salah seorang tue, berlakon dalam drama ini yang memegang watak Daniel sebagai driver .. Ok lah kan , dulu berlakon suka-suka jew .. lepas tue berlakon dalam Tanah Kubur dan sekarang berkembang berlakon drama bersiri plak kan ....

Lara Aishah nie episod nya agak panjang juga , dan kalau tidak salah , drama ini diadaptasi dari siri Novela Mexico gitew ... Penerbitnya semestinya bos dari Memori Cinta Suraya . Dan untuk itu , beberapa lagu indah telah diambil untuk dijadikan background sound untuk cerita ini termasuklah lagu dari Datuk Siti Nurhaliza lar... 

Korang tengok jangan tak tengok tau , lakonan mantap Fasha Sanda dan pelakon-pelakon yang telah dinyatakan diatas.

p/s: Episode panjang sangat , tak dapat lar nak ikut secara berjemaah ;)
        pic ambik kat google lor.

1 comment: