Followers

Friday 1 April 2016

Wordless Friday


Wordless Friday.

Assalammualaikum dunia  ;)

Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini ;)
Ok, sempena hari  Jumaat ini , saja jer aku nak catat catatan hanya untuk direnungkan dan difahami untuk diri sendiri .

Aku nie bukanlah marah ke apa tak niat pon , namun aku rasa segelintir mak bapak sekarang selalu menggunakan anak-anak untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga !!  segelintir okew ..

KES 1

Kenapa plak aku kata lagu tue , nie kejadian berlaku depan mata akhak ok , waktu tue , tengah order makanan kat sebuah gerai , sementara menunggu hidangan sampai , ade dua hingga tiga orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 higga tujuh tahun membawa buah-buahan dalam plastik .. antara buah tue adalah , buah mata kucing , buah delima dan juga buah jambu ...


Cuba korang  teka, agak-agak berapa hinggit satu plastik buah tue yer ?
hahahah , sepuluh ringgit tau !! ,tak kan lah buah Jambu 3 biji 10 ringgit !!! Ada lah juga beli atas dasar kasihan kat budak-budak tu , kalau korang , mesti rasa kasihan kan dan juga simpati kan , kan , kan ... pas tue , kami dok tengok perhati , budak-budak nie datang ngan saper kan . .. takut lah juga ada sendiget ker ape ... otak nie kan fikir yang bukan-bukan jer ;)


Rupa-rupa nya datang dengan mak apak nyer , depa dok tunggu kat dalam kereta, anak -anak pula disuruh menjaja .. what this is ? ohh come on dah ... itu satu kes ,
 

KES 2

Lokasi kejadian adalah berhampiran ngan tempat kerja aku okew , aku dah aim kat budak nie lama dah , sebab tiap-tiap petang memang aku nampak dia akan pikul keropok , dan mula menjaja ketika orang balik bekerja , memang lah baik tolong mak apaknyer , tapi ko tahu tak dia seorang diri , ko tahu bapak dia dok tang manA ? haa nie nak habaq, pak dia tunggu dalam kereta kat lokasi yang jauh sedikit dari orang ... Apakah ini ? memang bagus anak-anak menolong keluarga meningkatkan pendapatan tetapi aku rasa macam kanak-kanak tue diabaikan dan di pergunakan  , sepatutnya waktu itu dia berada dalam kawasan sekolah tau , sekolah petang atau dikenali sebagai kelas KAFA .
 

Bagi aku memang desakan hidup pada masa kini amat memeritkan dan memerlukan belanja yang tinggi , akan tetapi sebagai ibu bapa , tugas mencari nafkah adalah tanggungjawab sepenuhnya , janganlah kita mempergunakan anak-anak untuk meraih simpati dan belas kasihan dari oarng ... Walaupun kita mencari rerzeki yang halal, janganlah mempergunakan anak-anak kita sebagai batu loncatan untuk meraih kesenangan atau jalan mudah .. kerana berfikir kanak-kanak mudah mendapat simpati dari orang dewasa ...

Untuk itu , renung-renungkanlah dengan akal yang waras , fikir kat mana kita meletakkan anak-anak kita yang kita sayang di tempat yang sepatutnya ;)

wallah hu alam min sawab .


p/s: hari ni minyak naik !!!@@##$$&&
        picture semua sebagai hiasan tq google !!!!

2 comments:

  1. Rasanya mcm sendikit jer.ky pun pernah nmpk bebudak yg berjualan di kaki lima kedai..bila di perhatikan pergerakan mereka di pantau olih orang dewasa tak pasti mak pak mereka ka bukan..

    ReplyDelete
  2. Rasanya mcm sendikit jer.ky pun pernah nmpk bebudak yg berjualan di kaki lima kedai..bila di perhatikan pergerakan mereka di pantau olih orang dewasa tak pasti mak pak mereka ka bukan..

    ReplyDelete