Followers

Monday 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2015

Salam dan halloo ;)
sebelum tue nak ucapkan kepada  semua warga pantai timur terutama yang berada di Kelantan semoga tabah dalam menghadapi ujian / musibah yang melanda sekarang ini..
kami pun turut merasa sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang (ketika air surut) kesan nya boleh dilihat diseluruh negeri dan saya percaya ianya telah melumpukan sebahagian ekonomi masyarakat di sana . Saya doakan dan penuh harapan agar musibah ini berlalu dengan cepatnya .
Untuk itu , sesi persekolahan telah ditangguhkan iaitu pada 12 Januari 2015 dan untuk negeri -negeri yang terlibat dengan banjir (Kelantan,Terengganu, Kedah) sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015.
marilah kita bersama-sama membantu apa sahaja yang termampu untuk menyokong dan memulihkan keadaan negeri yang terlibat dengan banjir ini . Buat masa sekarang wang ringgit bukanlah keperluan yang utama , yang penting adalah untuk memulihkan emosi semua mangsa yang terlibat dan juga keperluan harian yang lain (tempat tinggal, makanan, air , ) yakni keperluan asas. wang ringgit juga penting juga untuk memulihkan ekonomi penduduk namun begitu emosi yang mengambil alih tempat utama .
Saya rasa tak wajar saya upload gambar , biarlah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri (gambar yang di tontonkan di kaca telivesyen ) semoga menjadi ikhtibar kepada semua ...

Uuntuk itu salam Isnin yang hening .

babai.

2 comments:

  1. semoga semua mangsa2 banjir tabah dan harap byk lg pihak yg sudi menghulurkan bantuan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Ciktim, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan setakat yang mampu.

    ReplyDelete