Followers

Wednesday, 31 December 2014

Berakhirnya 2014!!!

Salam dan Hallooooo ;)
Hari nie entry terkahir dibulan terakhir dan hari terakhir dan untuk tahun yang terakhir 31/12/2014.
haaa koo jangan tak percaya hari ini adalah hari terakhir (Rabu) bulan terakhir  (Disember ) dan untuk tahun terakhir (2014)

Lepas nie tak der lah lagi tahun 2014 (babai babai 2014) namun kenangan dan penangan yang ditinggalkan amatlah banyak dan menyayat hati, sanubari dan juga jiwa raga kita sebagai umat manusia yang tinggal dimuka bumi ini (percaya qada' dan qadar') sebagai umat Islam kita kena percaya yer ... jangan menyalahkan takdir yang menimpa atau apa jua bencana yang berlaku ...
'ko tak kena senanglah ko cakap cuba ko kena ko tahulah macam mana'
ayat nie biasa akan kedengaran tetapi tak mengapalah apa jua yang datang kita kena menghadapi jua ;)

Semua bencana dan musibah yang hadir dalam tahun 2014 akan dikenang seumur hidup kita .Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.
Ape-ape pun sebagai manusia yang kerdil yang hidup dimuka bumi ini cikbunga ingin mengambil kesempatan dihari terakhir , bulan terakhir dan tahun akhir ini untuk memohon kemaafan dari semua pelawat blog cikbunga jika ada coretan dan juga catatan yang telah di paparkan membuat anda tergores dan rasa sakit hati (minta maaf yer semua kengkawan hamba hanya manusia biasa sahaja )

Dan untuk semua tragedy yang melanda Negara, Negara jiran , dan juga untuk dunia secara amnya diharapkan akan dapat mematangkan kita semua untuk menuju kehadapan (tahun jew yang bertukar ) menjadi matang dan akan lebih success dimasa hadapan .

Walaupun sakit dengan ujian yang diturunkan namun hidup ini mesti diteruskan ..bak kata pepatah dunia ini hanya persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk dibawa  nanti (kita ini hanyalah pengembara (musafir) )

Selawat dan salam keatas Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat dan juga kaum baginda .

untuk itu selamat tinggal tahun 2014 dan almost welcome 2015 !

p/s: Jangan lupa sambut Maulidur Rasul yer kengkawan ;)

Coretan Akhir 2014
cikbunga
31 December 2014

Monday, 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2015

Salam dan halloo ;)
sebelum tue nak ucapkan kepada  semua warga pantai timur terutama yang berada di Kelantan semoga tabah dalam menghadapi ujian / musibah yang melanda sekarang ini..
kami pun turut merasa sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang (ketika air surut) kesan nya boleh dilihat diseluruh negeri dan saya percaya ianya telah melumpukan sebahagian ekonomi masyarakat di sana . Saya doakan dan penuh harapan agar musibah ini berlalu dengan cepatnya .
Untuk itu , sesi persekolahan telah ditangguhkan iaitu pada 12 Januari 2015 dan untuk negeri -negeri yang terlibat dengan banjir (Kelantan,Terengganu, Kedah) sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015.
marilah kita bersama-sama membantu apa sahaja yang termampu untuk menyokong dan memulihkan keadaan negeri yang terlibat dengan banjir ini . Buat masa sekarang wang ringgit bukanlah keperluan yang utama , yang penting adalah untuk memulihkan emosi semua mangsa yang terlibat dan juga keperluan harian yang lain (tempat tinggal, makanan, air , ) yakni keperluan asas. wang ringgit juga penting juga untuk memulihkan ekonomi penduduk namun begitu emosi yang mengambil alih tempat utama .
Saya rasa tak wajar saya upload gambar , biarlah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri (gambar yang di tontonkan di kaca telivesyen ) semoga menjadi ikhtibar kepada semua ...

Uuntuk itu salam Isnin yang hening .

babai.

Saturday, 27 December 2014

Postcards Giveaway from Czech & Germany

Assalamualaikum.

Jemput join semua!

http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html



Mangsa tag :

 

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)
 
Semoga berjaya!
 
^_^
 
p/s: teringin juga dapat poskad dari oversea (harap-harap ade peluang laa )

Simple GA: Friendship fridge magnet.

Salam dan selamat pagi semuaaa ;)
      jom ramai-ramai joint GA simple nie ;)

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.

 
p/s: ok korang mari kita pakat ramai-ramai joint this giveaway ( mana laa tau dapat fridge magnet ;) akak suka 3x)

Monday, 22 December 2014

FATIN LIYANA BERTUNANG (honeykoyuki)

Salam
korang kenal tak blogger terkenal dan doctor yang paling glamour Fatin Liyana ?
dah selamat menjadi tunangan orang (tunangan Dr.Anwar Fazal) betul ker ejaan tue .. kalo salah harap maafkan yer

dah lama ikuti blogger yang cune nie dan blogger paling popular yang menjadi idola ramai blogger kat luar sana ;)
gambar saya ambil kat blog hazanis yang tengah meletop sekarang nie (mek cha )
 
Tahniah! kerana mendapat Anugerah Tokoh Srikandi Negara baru-baru ini.

semoga cepat-cepat naik pelamin yer  ;) akak doakan semoga jodoh ini berkekalan until to jannah
menyusuri kehidupan doktor Fatin anda akan dapat merasai pengalaman beliau merantau ke Negara orang untuk mencari ilmu kedoktoran dan juga teruja sesangat kisah travel nya diserata Negara ( sila pergi ke blog beliau untuk kisah lanjut )
akak paling suka tang resepi yang disharekan ... sangat simple dan mudah ;) suka 3x
 
ok lah tahniah sekali lagi kepada doktor Fatin Liyana kerana selamat menjadi tunang kepada Dr. Anwar Fazal

ok babai semua

p/s: gambar credit to blogger hazanis yang cantik jelita ;)




First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking

 

 
Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .