Followers

Wednesday 22 May 2019

Nuzul Quran 2019

Assalammualaikum Dunia.

Hoooyeee hari nie 17 Ramadhan...hari Nuzul Quran ...Melaka tak ambil cuti yer...kita orang dah ambil masa 1 Ramadhan hari tue...kepada yang cuti hari nie , selamat bercuti..
Apakah makna hari Nuzul Qur'an? Bulan Ramadhan yang mulia lagi barakah ini...menyaksikan peristiwa turunnya mukzikat Nabi Muhammad S.A.W...Al Quran iaitu kitab suci umat Islam.
Yeee....Al Quran di turunkan pertama kalinya pada 17 Ramadhan ...ayat pertama yang Allah turunkan kepada Nabi junjungan besar kita ialah surah Al-Alaq...

Surah Al- Alaq ihsan google 

Perkara pertama yang Allah perintahkan adalah membaca....sangat penting untuk kita sebagai umat akhir zaman ini membaca dalam menuntut ilmu....
Cikbunga tak nak mengulas panjang lebau...marilah kita sama-sama membaca kitab suci Al Quran mukarim....mungkin ada sesetengah masjid atau surau akan mengadakan majlis khatam Al Quran malam nie sempena peristiwa Nuzul Qur'an.
Kita bacalah sikit  kat rumah yer selepas solat...dapat satu muka surat pun dah Alhamdulillah...
Oklah Selamat Menyambut Nuzul Qur'an korang๐ŸŒน๐ŸŒน

1 comment:

  1. alhamdulillah thn ni msk thn ke 4 org KL cuti pd nuzul quran ;-)

    ReplyDelete