Friday, 16 December 2016

Terbang Ke Tokyo bersama Traveloka secara PERCUMA

Assalammualaikum Dunia ;)
Hujung tahun adalah masa yang ditunggu -tunggu untuk berholiday , bershopping dan juga majlis kenduri kendara .

Untuk itu , Traveloka ingin membawa anda bercuti tanpa bayaran dengan destinasi pilihan anda sendiri , korang rasa , sape yang tak rebut peluang ni memang betullah kan , memang tolak tuah kan , akak pun menyelit juga cuba nasib , manalah tahu kan dapat juga akak merasa pergi bercuti ke tempat idaman akak , mana lagi kalau bukan Tokyo , Japan .

 
Lama sudah pendam , impian , moga-moga ada sinar yang menjelma ;) Tokyo dengar jer dah rasa gembira , sebab , teringin sangat nak tengok warga Tokyo yang sangat pembersih dan juga bandaraya yang maju serta kapasiti penduduknya yang ramai , nak juga merasa makan sushi kat sana sambil jenjalan menjelajahi Kota Tokyo yang tersergam indah dikala waktu malam dengan cahaya lampu yang bewarna warni .

Waktu yang ada, semestinya kita meneroka bandar Tokyo dan jalan-jalan sambil bershopping untuk kenangan dan tempat wajib adalah Akihabara , dunia komik dan manga ini untuk penggemar anime seperti Naruto , Gundam ,Final Fantasy(akaK kan peminat tegar anime dari Jepun)  .Sebab bukannya hari-hari kita pergi Tokyo kan , haruslah bergambar dan berselfie dengan ribuan gambar ;) Berharap sangat Traveloka membaca luahan dan impian CB ini .  #MyTravelokaEscapade

Anyones , berminat nak berholiday dengan percuma ? Please visit Traveloka website and joint the contest ! Semoga impian anda menjadi kenyataan seperti harapan CB .

#MyTravelokaEscapade

https://blog.traveloka.com/en/online-contest/



 
p/s: Tokyo mu tunggu CB datang !!!

5 comments:

  1. selamat berjaya tau... mn tau ada rezeki cik tim terbang ke tokyo kelak aminnnn

    ReplyDelete
  2. Biasa dgr org asik ckp psl traveloka ni tapi belum sempat nak terjah...

    ReplyDelete