semua dah tahu kan pasal carnival Upin dan Ipin pada 21 hingga 23 November 2014... apalagi cuti sekolah dah pon start .. mari serbu ramai-ramai kat Putrajaya jer pon ... anak kita fan nombor satu ultraman heheheee.. di pon fan juga ngan upin dan ipin hahahaaa semua nyer diorang minat ... yg gegirl plak tak sabar nak tunggu cerita Puteri tueee .. meriah tau ...
gambar selingan
okey nie saya copy dan paste kat sini dia punya banner kat website Upin & Ipin .... congrate lah pada tokeh Haji Burhanuddin (harap tak salah eje nama nie yer kalo salah harap dimaafkan ) Les copaque sbb join adventure ngan Tsuburaya dari Japan( kite minat semua citer animasi dari Japan ) ... haaa ko jgn tak percaya plak dia dah pon tayangan animasai kerjasama ... hebat betul lah anak melayu ;) caya lah ...
meh tengok sini:))
Seperti yang telah diumumkan, Karnival Upin & Ipin akan berlangsung pada 21-23 November 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Lokasi ini dipilih kerana ianya begitu sesuai untuk penganjuran Karnival Upin & Ipin yang mengutamakan keselesaan pengunjung. Selain itu, pengunjung juga mudah untuk datang ke PICC kerana ianya terletak ditengah-tengah Putrajaya dan terdapat pelbagai pilihan laluan masuk. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana telah menjadi penaja lokasi karnival kali ini.
Alamat ke PICC :
Putrajaya International Convention CentreDataran Gemilang, Presint 5
62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production bakal menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B. Semestinya pelbagai tarikan menarik bakal disediakan buat pengunjung yang datang nanti. Terdapat juga persembahan istimewa dari Ultraman, Replika saiz sebenar rumah Opah dan yang terbaru adalah “Studio Tour”. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai Karnival Upin & Ipin.
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
Masuk adalah PERCUMA !
Putrajaya International Convention Centre
nak comment dekat blog upin ipin tu kena tekan read more, sis..;) good luck..
ReplyDeletedah try read more tp x der pon ruangan utk komen :(
Deleteyou're nominated...http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/liebster-award-dianeeya.html
ReplyDeletebest ni.. nak bwk anak pergi sana.. hehee
ReplyDeletemenarik nie....mmg kene pergi...lieya ni yg dok putrajaya pun mcm malas2 nak pergi...tapi teringat dayyan suke ultraman mcm nak gagahkan diri jugak...tapi tgk lee keadaan kemalasan kerajinan mcm mane....
ReplyDeleteMasa cuti sekolah memang banyak program-program camni...
ReplyDeleteYang penting kita spent masa bersama-sama dengan family...