Followers

Wednesday, 15 October 2025

Masjid Quba - Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

 Assalammualaikum Dunia. 

Ini adalah Tentative kami pada 30 April 2025.

Termasuk dalam zirah luaran Madinah 

Tersegam indah Masjid Quba 

Alhamdulillah 

Selfie..napa lah muka nampak.besau erk

🌹Assalamualaikum wbt, esok kita ada ziarah luar 

( madinah)

30 APR 2025

Hari Rabu

6.00 pagi berkumpul di lobi hotel

( kita ziarah dgn menaiki bas ye, jgn lambat)

Tempat2 ziarah

1) masjid Quba'

2) ladang kurma

3) masjid qiblatain

4) masjid tujuh

5) jabal uhud

6) muzium almoudi

Dijangka sampai di hotel semula 11.30 pagi

* mohon kerjasama jemaah untuk semua berkumpul di lobby pukul 06:00 pagi (Tepati masa)

* Sebelum subuh dah siap mandi dan pakai pakaian untuk pergi ziarah

* Pastikan semua ada wuduk semasa pergi ziarah. Kita akan pergi masjid quba'.* "sesiapa yg ambil wuduk dari hotel(rumah) dan solat 2 rakaat di masjid quba akan mendapat pahala umrah yg sempurna"

Sekian terimakasih🌹

Masjid Quba 

Masjid Quba ,masjid pertama dibina di Kota Madinah. Masjid ini diasaskan oleh baginda.nabi apabila sampai dari kota.Mekah yakni senasa peristiwa hijrah.

Sebelah tue pasir color merah

Kami datang ziarah Masjid Quba 

Masjid Quba 

Jom jalan jalan 

Kawasan luas

Antara para jemaah 

Sabda nabi : sesiapa yang bersuci mengambil wuduk dirumahnya dan kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan sembahyang , ganjarannya sama seperti pahala ibadah umrah.  Sumber : Wikipedia 

Oleh kerana jemaah rombongan datang awal pagi kan, memang kawasan tidak betapa ada orang..untung sebab boleh sembahyang ...tak payah rebut rebut ..masa sampai tue ya Allah inilah masjid yang.Nabi bina bila.sampai kat Madinah...Allahu 

Bismillah...dalam Masjid Quba 

Ngan budak comeiii

Hamparan karpet dalam Masjid Quba 

Tak der orang kan...Kita orang yang pertama sampai

Tenang dah syshduuu

Jom gerak 

Lagi dalam masjid quba 

Ya Allah kau berilah rezeki untuk kami kembali lagiii disini aminnn..

Kawasan sekitar masjid berpasir dan juga kelihatan  tanaman pokok tamar ...nak.masuk dari tempat bas.berhenti ke masjid agak jauh sedikit...marilah kita briswalk sama sama ♥️ 

Terima kasih ya Allah sebab bagi cikbunga sekeluarga sampai kat masjid Quba ini❤️

Kita orang para jemaah punyalah jaga wuduk...nak dapatkan pahala umrah kan...berzikir tak henti henti ..janganlah batal wuduk 🤣

Alhamdulillah ,Allah perkenankan...selepas.solat berdoalah wahai anak adam , doa sepuas puas nyer ...oh yer kat sini juga ada yang penjaga yer macam kat masjid Nabawi...rasa pekerja dari indonesia..lebih lembut sikit... jemaah semua dibawa  melawat.kawasan sekitar...

MasyaAllah tabarakAllah , dulu Masjid Quba asal nya adalah masjid pertama dimana tiang masjid ditegakkan menggunakan batang pokok kurma dan tapnya dari pelepah kurma yang telah dicampur denga tanah liat❤️

Itulah sedikit sebanyak,.ohh sekarang sudah  cantikk yer ...alhamdulillah 

Till then

🌹🌹




Tuesday, 14 October 2025

Cikbunga Pertama Kali Masuk Raudah 🤲🤲

Assalammualaikum Dunia. 

Alhamdulillah,  setelah selesai hari pertama di Kota Madinah Al munawwarah...malam nie selepas isyak semua jemaah wanita akan masuk Raudah,  syurga Dunia dan tempat paling mustajab untuk berdoa...aminnn doa yang baik baik dan minta yang baik baik insyaAllah... Allah akan perkenankan...aminnn..ingat yakinlah dengan doa ...insyaAllah 

Alhamdulillah ❤️ 

Masuk Raudah pukul 10.40 malam

29 April 2025


Seperti mana yang telah cikbunga terangkan dalam coretan sebelum ini, kena ada telefon untuk masuk Raudah...macam mana ngan dak akak? 


Sesungguhnya pertolongan Allah itu ada dan Allah permudahkan segala urusan..
Untuk para jemaah yang tidak ada daya upaya yakni, menggunakan kerusi roda, maka yang bawa nyer tidak perlu tunjuk telefon...
Dengan ini dak akak pun boleh masuk Raudah..

Dak akak bawa acik yang duduk kat wheels chairs 

Para jemaah wanita berkumpul kat lobby pukul 10 malam

Mutawwif Titim kat depan sekali 

Masjid Nabawi 

Ya Allah jemputlah kami kesini Lagiiii 

Maha suci Allah yang.menciptakan alam ini 

Adalah juga yang jemaah yang telefon rosak , tak boleh download Nusuk...
Mereka ini boleh masuk Raudah dengan cara membawa jemaah lain dengan menggunakan kerusi roda.

Antara jemaah wanita kat Raudah 

Rindu sama kamu semua 

Simpan sini untuk kenangan terindah 😍

Mereka ini pun masuk melalui laluan khas yer tak sama dengan kami...tak per yang penting semua dapat masuk Raudah ❤️



Till.then 🌹🌹

Monday, 13 October 2025

Tadarus Al-quran Di Masjid Nabawi Untuk Tokwan

Assalammualaikum Dunia. 

Alhamdulillah selesai sudah ziarah dalaman Masjid Nabawi....Allahu syukur ya Allah nikmat yang diberikan untuk hambamu...

Tadarus Al-quran 

Dak akak

Alhamdulillah ❤️ 

Masa.ni dah habis baca dahh

TabarakAllah 🌹🌹

MasyaAllah, kat kota Madinah kesihatan masih lagi baik..hanya terdapat beberaoa jemaah yang mula batuk batuk manja githew..

Jangan risau atau khuatir yer...farmasi banyak jew keliling dan juga terdapat juga klinik kesihatan...kalau nak pergi klinik, kena bagitahu dekat mutawwif yer, anda akan diiringi oleh mutawwif dan juga untuk serahan passport. 

Waktu solat Madinah 

Dak akak ambik gambau...

Selfie dulu 

Kat bahagian luar

Dengan dak akak...pintu berapa tak ingat 😆

Ada jemaah Arab yang tolong ambilkan😍

MasyaAllah tabarakAllah 

Lihat langit itu

My beautiful daughter ❤️ 

Hehehehee 🌹🌹

Cikbunga sekeluarga dah ada Tentative nak masuk masjid Nabawi nak baca al-quran...bertadarus untuk tokwan...semoga pahala terus mengalir untuk tokwan...aminnn tadarus dengan adik beradik bapak bunga 🌹 nak kena habiskan beberapa juzuk 🌹

Alhamdulillah diberikan kesihatan dan dilancarkan segala urusan...ini pun satu rezeki yang Allah berikan ...aminnn 


Till then 
🌹🌹 


Friday, 10 October 2025

Masjid Nabawi : Ziarah Dalaman Bersama Mutawwif Titim ♥️♥️

Masjid Nabawi 

Masjid yang kedua paling suci bagi kita umat Islam. Masjidilharam adalah yang paling suci dan.masjid al-Aqsa yand ada dekat Palestine merupakan Masjid yang ketiga paling suci bagi umat Islam.


Merakamkan gambar kenangan disini

Memori tercipta

Makbunga ngan anak bunga🌹

Dalam pukul 8.30 pagi ,semua jemaah diminta berkumpul di lobby untuk mengikuti perjalanan ziarah dalaman Masjid Nabawi. 
Ziarah ini penting juga bagi para jemaah yang pertama kali sampai di bumi Madinah sebagai rujukan dan mengenal pasti serta melihat kawasan sekitar dan kawasan Masjid Nabawi ...

Jom gerak 

Snap gambar laluan supaya senang kan

Ok Selfie satu 

Tanda arah jalan 

Ngan dak Rayyan ♥️

Oh yer korang tak boleh ambik gambar sembarangan yer, ada kawasan yang tidak boleh ambil gambar dengan kamera atau buat secara live...nanti kena tegur dengan askar..
Jangan dia rampas kamera sudahhh...nasib dia bagi teguran jew...mana lar kita nak tahu kan...

Antara kawasan sekitar

Pemandangan indah

Captured satu

Bersama para jemaah 

Jemaah yang kelihatan teruja

Kubah hijau @ makam Rasulullah s.a.w 

Qalbi fil madinah 

Kawasan sekitar perkarangan masjid Nabawi 

"Assalammualaikum Ya Rasulullah, kami datang ya Rasul Allah, kurniakanlah syafaat ke atas.kami serta keturunan kami dan seluruh umat manusia ya Rasulullah, wahai kekasih Allah "

Para jemaah 

Ok semua nak bergambar ramai ramai

Sekali lagiii

Baru dapat yang betul betul ready 

Gambar random nieee

MasyaAllah 

TabarakAllah 

Alhamdulillah ...dah jomm balikk hotell

Tengok lah juga kawasan raudah, kubah hijau, kawasan perkuburan baqi' (hanya jemaah lelaki sahaja yang boleh masuk) jemaah wanita tengok dari celah celah pagar dan tembok...
Kalau dah sampai dekat hujung nie dah boleh nampak.kawasan berbatu dan berbukit...apa nama nyer...jap...jap...nak google jap..
Ok jumpaaa...Jabal Uhud ..atau bukit Uhud...


Selepas puas.meronda.ronda ziarah kan, marilah kita balik hotel nak.makan dan juga kemas kemas apa yang patut...nak juga mendobi  baju bajan setta misi untuk ingat jalan dan laluan kan...


Till then 
🌹🌹