Followers

Tuesday, 25 November 2025

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

Assalammualaikum Dunia. 

Sambung citer yer...dah nak.habisss..tinggal 1 atau 2 citer lagii....
Cerita manis di kota Madinah tak kan ada di mana mana,  event dah pergi banyak kali pun situasi pasti berbeza.

Kawasan perkuburan baqi 


Setiap orang lain pengalaman. ..dan pengamalan itulah yang menginsafkan kita.

Jemaah lelaki depa ada ziarah tambahan..ziarah perkuburan baqi..Jemaah wanita tidak boleh ikut serta yer....

Alfatihah dibaca 🤲 🤲 

Insaf diri ini

Luas yer kawasan perkuburan baqi 

Sebab kemungkinan semasa ziarah tue ..ada pemakaman jemaah yang meninggal dunia.
Duduk lar kat hotel atau buat jew aktiviti bebas
..depa pergi dalam pukul 3 lebih....
Yang wanita boleh lar merayap...dah kenal semua jalan dan kedai kan...

Ada jew jemaah yang pergi raudah,  membeli belah dan ke masjid nabawi.
Petang cuaca baik jew...sila.bawa topi kalau nak berjalan jalan sekitar kota Madinah .

Ada satu kedai nie memang pihak Titim akan bawa jemaah untuk membeli belah kurma, coklat dan pelbagai manisan yang nak hantar pakai courier pun boleh...berhampiran kedai ini juga terdapat kedai souvenir dan juga jubah serta selempang...apa tah nama nyer.

Perkuburan baqi terdapst dua bahagian kiri dan kanan

Beruntuglah yang dimakamkan disini

Setiap hari dan setiap jam pasti ada jemaah yang meninggal 

Kalaunbernasib baik ,anda.mungkin bersama menolong kebumikan jenazah

Mutawwif dan para jemaah 

Kedai itu namanya Ahmad Albab. Pemilik nyer bukan orang Arab rasa nyer, macam Pakistan ...boleh berbahasa Melayu lagiii...kalau datang kedai dia memang akan dijamu dengan manisan dan kurma...korang makanlah sampai kenyang dan silalah beli...selepas makan yer...

Gambar gambar semasa ziarah perkuburan baqi, dak Rayyan ada ambik...semasa jemaah pergi ziarah tue memang ada jemaaah dikebumikan di situ.
 
Till then 
🌹🌹





Monday, 24 November 2025

Cikbunga Masuk Raudah lagiiii

Assalammualaikum Dunia. 

MasyaAllah tabarakAllah insaf diri. 
Balik dari masjid quba,  kan cikbunga sekeluarga naik teksi kan...yang bawa tu muda lar juga...boleh tahan juga dia memandu...kemain. lajuuu kooo...pas.tue...sepanjang jalan main honnn jew

Alhamdulillah dalam Raudah ❤️

Punyalah tamai kaum hawa 

MasyaAllah tabarakAllah 

SubahanAllah maha suci Allah 

Dah keluar Raudah 

Cikbunga macam...apakah...kereta jammed dia honnn, Kereta nie bukan teksi sebenar macam.kereta sapu lah kat Malaysia...cam tuee..
Depa memang tunggu jew standby kat masjid quba. 

Kami sampai hotel , terus masuk.bilik aktiviti bebas. Yang mana dah mandi nak pergi masjid Nabawi pun boleh...baiklah....

Keluar dan masuk masjid Nabawi...insaf diri dan mengagumi kebesaran Ilahi dengan ada nya alam ini. Memandang langit indahnya ciptaan Allah....syukur atas segala nikmat yang diberikan ...

Para jemaah yang nak masuk raudah slot subuh

 AllahuAkbar 

Selesai sudah...sayuuu pulakkk

Semoga amalan cikbunga diterima olehNya 

Fajar nak muncul

Kepada mu ya Allah aku memohon pertolongan 

Makam Rasulullah 

Menggunakan masa yang ada ini untuk beribadah kepadaNya...di tanah haramain.
Tanah haramain adalah untuk istilah Islam untuk dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. 

🌹Mekah kota suci lertama kerana terdapat masjidilharam 
🌹Madinah kota suci kedua te.pat nabi Muhammad s.a.w berhijrah dan dimakamkan

Di tanah haram inilah minta dan berdoalah sepenuh hati kerana ditanah haram ini adalah tempat yang paling mustajab untuk menadah tangan dan memohon doa kepada Allah. Tanah haram ini juga diharamkan dari berlakunya pertumpahan darah sehingga hari kiamat. 

Antara momen momen dalam Raudah 

Semoga berjumpa lagi.....

Dah sampai hotel Royal Madina 

Cikbunga pergi Raudah waktu subuh...dapat slot subuh..selepas solat subuh masuk Raudah..itupun dah ramai beratur....

Minta yang baik baik doa yang baik baik insyaAllah Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat Maha Kaya serta Maha Mengetahui.

Till then 
🌹🌹

Friday, 21 November 2025

Masjid Quba - Kali Kedua Pergi Naik Buggy

Assalammualaikum Dunia. 

Salam Jumaat yang barakah. Kita sambung citer yer perjalanan umrah cikbunga sekeluarga yang pertama ❤️

Sebelah petang ada aktiviti. Seronok wei nak pergi masjid lagiii.kali pertama kan naik bas,...kali.ini jemaah naik buggy.

Berkumpul nak naik buggy 

Sekitar masjid Nabawi 

Tunggu buggy datang 

Tempat yang akan selalu diingati

Tak sabau nak pergi  masjid quba 

Apalah yang dibincangkan kan tuee.yer

Tiada paksaan ,jemaah yang nak pergi tambang 10 riyal jew...untuk pergi sahaja ...balik pun 10 riyal. Cikbunga dan keluarga pergi naik buggy balik naik teksi pak Arab. 

Berkumpul di lobby pada pukul 5.30 petang dan jemah boleh mengambil wuduq sesiap..jom gerak pergi ke masjid Nabawi, sebab naik buggy kat masjid Nabawi. 

Antara laluan buggy 

Pak Arab nie merempit tau 

MasyaAllah tengok kawasan ini

Tempat penduduk tempatan lepak lepak

Dak abang dalam buggy 

SubahanAllah waktu petang nie

Allahu AllahuAkbar 

Nampak tak tanda jalan

Alhamdulillah best jugak naik buggy nie..
Mak datuk bukan main laju ini budak Arab bawa buggy...main redah jew...
Sepanjang jalan, seronok jew...laluan pulak menyusuri lorong lorong dan deretan deretan kedai yang pelbagai.Nampak ada butik pengantin...amboiii kemain pak Arab yer baju pengantin macam ala ala barat githew. 

Masjid quba 

Berhampiran kawasan Masjid Quba 

Nampak ada cafe...air 1 cawan 10 riyal 

Meh beli ...waktu malam.jew buka...siang panasss baiii

So cantikkk.kan

Lagiiii.....

Boleh refer sini kalau nak pergi mana mana 

Ya Allah jemputlah kami kesini Lagiiii aminnn 

Dari sisi jauh sikit

Apa yang paling penting ialah dapat menunaikan ibadah maghrib dan isyak si masjid quba. Alhamdulillah ❤️ solat sunat juga..semoga amal ibadah cikbunga sekeluarga diterima olehNya...aminnn aminnn...

Masa pertama kali pergi waktu pagii kan...waktu.malam lagi cantikkk pemandangan masjid quba...

Meh tengok gambau yer.

Till then 
🌹🌹


Tuesday, 18 November 2025

Kedai Pakistan Di Madinah

Assalammualaikum Dunia. 

Satu hari lagi yang indah dibumi Madinah. Aktiviti biasa ...pergi masjid Nabawi seusai subuh...oh yer seperti mana yang sedia maklum ,makan memang disediakan...balik dari masjid tue, bolehlah sarap dulu...jangan lambat takut depa dah kemas sesiap...

Inilah kedai nyer

Tunggu makanan

Boleh duduk juga

Snap satu sini

Selepas makan jom jalan terokai  apa yang ada kat sekitar masjid Nabawi. Korang yang nak beli emas pun boleh...berderet jew.kedai emas kat sini...berhadapan masjid Nabawi...cikbunga masuk laaaa...tengok..
Besau besau beb emas.dia...

Pandangan dari sisi lain

Buat kenangan

InsyaAllah selepas ini datang lagii

Lama jugak la Pakistan nie masakk

Sepanjang deretsn kedai emas terdapst juga kedai.menjual tasbih...yang ini agak mahal sikit...kalau jalan ke belakang lagi akan jumpa pasar raya Bin Dawood...suka nau cikbunga datang sini.

Balik dari Bin Dawood, singgah kedai Pakistan, beli ayam..
Tak tahulah ayam masak ape..ingat kedai pak Arab, ghuper nyer Pakistan...beli lah untuk buat rasa rasa kan...beli.bungkus makan kat bilik. 

Sebab siang kan...petang nie ade program...jom lar kita jenjalan ikut jew mana kaki nak pergi. 

Till then.