Followers

Tuesday 27 April 2021

Tragedi KRI Nanggala 402 April 2021

 Assalammualaikum Dunia.

Nanggala 402

Ya Allah, kita dikejutkan dengan berita kapal selam Indonesia yang yang hilang pada mula nya, kalau tak silap 21 April 2021,setelah misi mengesan kapal selam diketahui, bahawa ianya sudah tenggelam didasar laut Bali sedalam 850 meter dari dasar laut.

Kapal Selam KRI Nanggala 402 

Sesungguhnya para syahid, tidak mengetahui mereka akan syahid... Para satria negara yang menjaga kedaulatan Negara dan telah gugur untuk tanah air nya.

Berat sungguh dugaan untuk ditanggung oleh para keluarga dan sahabat handai, namun berat lagi bahu yang memikul, para ibu bapa yang kehilangan anak, para isteri yang kehilangan suami, anak - anak menjadi yatim.

Semua 53 para pewira Negara dilaporkan terkorban

Untuk satria KRI Nanggala 402, seramai 53 orang para syahid, pergi mu dibulan yang mulia ini, Ramadhan al kareem, semoga roh semua nya ditempatkan bersama golongan solihin dan para syuhada.

Semoga dipermudahkan urusan membawa jasad satria 🤲🤲

Al-fatihah (dibaca),.. Sedih tengok video yang dibuat, sewaktu mereka menyanyi sambil main gitar... Mungkin inilah yang menjadi tatapan untuk dikenang seumur hidup oleh para keluarga mereka. Banyak lagi video ysng dimuat naik oleh family. Allahu.. Ada juga para isteri yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata... Semoga bertabah 😭😭

#prayfornanggala402

Picture taken google 


9 comments:

  1. Salam takziah untuk 53 awak yang gugur. Kehilangan yang besar bagi negara Indonesia.

    ReplyDelete
  2. Innalillah. Moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat mereka... tak dapat byg kan macam manalah mereka hadapi saat2 getir tu...

    ReplyDelete
  4. salam takziah buat mereka, semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 beriman

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wainna ilaihi raajiun...

    ReplyDelete