Followers

Monday 20 October 2014

Saturday 18 October 2014

RUNNING MAN DATANG KE MALAYSIA !!!

Di sebalik kekecohan gara-gara protes di Hong Kong baru-baru ini, ia bukan penghalang buat peminat tegar program Running Man hadir memeriahkan konsert Running Man Fan Meeting Asia Tour 2014 ‘RACE START! di Dewan 10, Asia World Expo, Hong Kong. Lebih 5,000 penonton yang hadir nyata tidak mahu ketinggalan bertemu lima hos program popular Korea Selatan itu iaitu Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Ha Ha, dan Ji Suk Jin. googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1400558027982-0'); }); googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1382432798665-0'); });

Foto
KEbanyakannya turut membawa sepanduk dan memakai kemeja-T tertera gambar artis kesukaan mereka itu membuktikan masing-masing memang peminat fanatik.Mereka yang sebelum ini hanya menonton Running Man di televisyen, kegembiraan jelas terpancar di wajah penonton tatkala dapat berjumpa sendiri artis kegilaan mereka itu. HA Ha sempat bertemu penonton secara dekat. PEMINAT dan Ha Ha membuat cabaran makan ‘pepero’. KWANG Soo dan Ha Ha dengan aksi mencuit-hati mereka. Biarpun ada yang duduk jauh dari pentas, mereka tetap teruja apatah lagi dua skrin gergasi di kiri dan kanan pentas memaparkan secara jelas setiap aksi lima hos berkenaan. Berbanding konsert penyanyi, tentu sekali peminat tertanya apa pula yang istimewa sangat untuk mengikuti konsert mereka sedangkan tidak banyak boleh dilakukan.Maklumlah, bukannya mereka membuat rakaman sesi cabaran sebagaimana yang penonton lihat di setiap episod program itu Namun, konsert berkenaan ada penangannya tersendiri dan tidak keterlaluan dikatakan ia lebih berbaloi berbanding sekadar duduk menonton konsert.Mana tidaknya, sepanjang masa tanpa ada lapang dihabiskan mereka menghiburkan penonton baik dalam sesi permainan hinggalah persembahan nyanyian.Karakter masing-masing ternyata tiada bezanya sebagaimana dalam setiap episod Running Man.Tidak perlu berpura-pura bahkan ramai penonton bertuah dapat menyertai mereka di pentas menjadikan suasana konsert bermula jam 8 malam itu lebih meriah serta penuh warna-warni.Dimulakan dengan sesi pembukaan di mana kelima-lima mereka tampil menyanyikan bersama lagu berjudul My Destiny. Sorakan demi sorakan terhadap mereka menghangatkan lagi atmosfera dewan berkenaan sehingga penonton yang mulanya duduk terus berdiri.“Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Sesungguhnya kami sangat sukakan semangat peminat pada malam ini dan semestinya kami cintakan Hong Kong. Semoga sokongan sebegini berterusan dan tahun ini dapat mengumpul lebih pengikut sepanjang mengadakan siri jelajah Asia ini,” kata mereka.Menyusul terus dengan aktiviti permainan, 10 penonton bertuah pertama dibawa naik ke pentas yang mana setiap hos berkenaan diletakkan dalam satu kumpulan bersama dua penonton. Kemudian, setiap mereka diminta membuat pilihan tugasan apakah yang akan kumpulan berkenaan lakukan.Pada segmen pertama itu, dewan sudah bergema lantaran tugasan yang dilakukan sangat mencuit-hati ditambah pula lagak bersahaja setiap hos. Daripada mengalihkan kacang bendi menggunakan kayu penyepit ke pinggan lain, membuat ‘sit up’, menimang bola dan meletupkan belon di bahagian perut membuatkan penonton ‘pecah perut’ ketawa.Dalam pada itu, Ha Ha dan Kwang Soo turut ‘sporting’ apabila turun ke bahagian penonton bagi mencari yang bertuah untuk menyertai permainan seterusnya pula.Saat itu, penonton seolah tidak pedulikan apa-apa dan mengejar setiap hos berkenaan untuk melihat mereka lebih dekat. Hebat sebagai penyanyiSelain sesi permainan, persembahan nyanyian turut dilakukan dengan baik walaupun Ji Hyo dan Suk Jin bukanlah penyanyi berbanding Ha Ha, Jong Kook dan Kwang Soo.Pada saat itu juga, sisi lain mereka sangat terserlah apabila Suk Jin yang membuka persembahan menerusi lagu Isn’t She Lovely menukar suasana menjadi seperti konsert penyanyi sebenar.Tidak mengecewakan, nyanyiannya memang boleh dipuji apalagi tampil dengan aksi yang bersahaja serta kelihatan berseronok melayan peminat.Diikuti Kwang Soo yang memperlihatkan bakatnya bermain piano sambil menyanyikan lagu balada.Paling menarik Kwang Soo menerima sorakan paling kuat dan paling popular malam itu.Ji Hyo kemudian menakluk pentas dengan menyanyikan lagu santai. Biarpun tampak kekok dan hanya berdiri tegak, dia tetap melakukannya dengan baik.Bagaimanapun, dia serta-merta menjadi aktif sebaik Ha Ha dan Jong Kok muncul mengiringi nyanyiannya. Antara lagu lain yang turut dipersembahkan mereka termasuklah One Man dan Sunday Morning nyanyian Jong Kook sebelum tampil bersama-sama menyanyikan lagu Troublemaker dan Busan Acane.Sebagai lagu penutup, mereka mendendangkan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan 2PM dan tunduk mencium lantai sebagai penghormatan terhadap penonton yang hadir malam itu. Bakal ke Malaysia bulan depanPeminat Running Man di Malaysia juga bertuah kerana lima jejaka terbabit bakal singgah di negara ini menjayakan konsert pada 1 November ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur.Tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4) boleh dibeli menerusi Ticket Charge dengan menghubungi 03-9222 8111.’ Disiarkan menerusi saluran One HD (Astro 393) sejak tiga tahun lalu, Running Man ternyata mencetuskan impak tersendiri apabila menjadi program kegemaran Asia sehingga saat ini.Selain lima hos terbabit, ia turut dianggotai Yoo Jae-suk dan Kang Gary. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenanganRunningManberbaloi/Article/index_html#sthash.4RoRmDvo.dpuf

3000 Followers Giveaway

Greetings and Assalamualaikum to all Joining another giveaway. Secara rasminya, giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Nana Ameer, Norihan Yusof, Khairunnisa Hassan, Ayue Idris, Emi Amira, Miera Shafie, Annie de Yantie, Asha Hana, Nurul Imaniah, Farhana Ibtisam, Sya Nissa, Izwani Eliyana, Stylez Store House, Alsa Haslinda dan Etique
Senarai Hadiah Shawl/Tudung (9 pemenang) Baju tshirt (1 pemenang) Cash RM30 (1 pemenang) Body Shop product (1 pemenang) Fabric Brooch (5 pemenang) Novel (1 pemenang) Topup RM5 (4 pemenang) Mask (7 pemenang) Handmade Craft (2 pemenang) Banner/Fansign (2 pemenang) GAMBAR HADIAH Duration : 1 October - 21 October 2014!

DEKO RUMAH DENGAN BUDGET RENDAH BOLEH KER ?

Hi salam pagi , tajuk ari nie mendeko rumah dengan budget atau kos yang rendah , boleh ker .. zaman sekarang nie, semuanya pakai duit, dan duit plak macam dah kecil sangat nilainya berbanding mase kita zaman sekolah dulukan , oleh itu , jangan bimbang untuk menghias rumah , kita masih boleh nak cantikkan rumah dengan budget yang seminimum mungkin dan untuk rumah ku syurga nampak cantik , awesome gitu ee ;) apalagi , jom kita terjah disini..

Thursday 9 October 2014

Resepi Ayam masak merah menyala ngan soup ayam yang mudah !!!

Salam pagi yang indah ... 
hari nie entry pasal makan lagi ,,,,memandangkan ayam masih ada lagi dalam freser, so aku pon godek-godek lah buat ayam masak merah menyala versi aku .. hahahaha jangan marah yer makngah ;)
resepi nyer pon senang jer ,, gambar .. alamak masa masak sesibuk sorang-sorang , akak lupa nak snap picture nyer  ;) , meh sini akak sharekan resepinyer versi akak ;

Ayam Masak Merah Menyala
ayam dibersihkan - lumurkan kunyit ngan garam
biar kan ayam sebati ngan kunyit - biar dalam 10 minit
cili kering yang dimesin - ikut banyak mana
sos maggi
sos tomato
1 paket rempat campur - kayu manis, bunga lawang,dan macam-macam lagilah dalam tue 
asam keping
sedikit air , garam , gula, dan perasa ( option)
1 labu bawang dihiris bulat - akak suka letak bawang banyak
minyak untuk menumis
1 batang serai

caranyer ;
ayam digoreng separuh masak - kalo masak sangat nanti keras ayam tue ;)
tumis rempah campuran dan masukkan cili secukupnya .. biarkan cili garing
dan masukkan sos tomato dan sos cili - kacau kasi sebati
masukkan air asam keping,garam, gula dan perasa , sesuaikan rasa , masukkan ayam , dan masukkan serai yang telah diketuk , tunggu sampai masak merah menyala masak , masukkan bawang
tadaaaa dah siap ayam masak merah menyala ;)

nie pulak soup ayam yang senang jer
 tulang ayam atau isi ayam yang telah dibersihkan
air secukupnyer
rempah campuran - kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih
garam, gula, perasa
2 ketul kentang
1/2 ketul lobak merah
2 helai daun soup
2 helai daun bawang
caranyer ;
rebus tulang atas api- masukkan rempah campuran , bila soup agak- gak mendidih masukkan kentang yang dipotong 4@ 8, masukkn lobak merah yang dipotong bulat  @  dadu ( ikut suka hati korang lah ) biar semuanyer sebati dan empuk , masukkan garam, dan perasa, ( kalau ader kiub ayam masukkan seketul), hiris daun bawang dan daun soup - hiris halus dan masukkan kedalam soup ,
dah siap  ;)
okey, selamat memasak dan selamat berhujung minggu

Wednesday 8 October 2014

Korean drama “Feast of the Gods”

Slot Chamsarang di TV9,





drama nie ganti King 2 Heart yang baru habis minggu lepas , Nampak cam best jer citer ni,
apa lagi layan jer ler , setiap hari Selasa dan Rabu pukul 9.30 malam , bermula pada 7 October 2014.
selamat menonton ;)

Directed by Lee Dong-yoon

Details
  • Title: 신들의 만찬 / Shindeuleui Manchan
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 32
  • Broadcast network: MBC
  • Broadcast period: 2012-Feb-04 to 2012-May-20
  • Air time: Saturday & Sunday 21:50
  • Original Soundtrack: Feast of the Gods OST


Updated cast for the Korean drama “Feast of the Gods” (2012)





Updated cast for the Korean drama “Feast of the Gods” (2012)

Synopsis
Set within the backdrop of a traditional royal cuisine restaurant named Arirang, "Feast of the Gods" depicts how two women grow as chefs through competitions with each other.

sumber : google  http://wiki.d-addicts.com/Feast_of_the_Gods

have a fun watch this Korean drama ;)

Saturday 4 October 2014

Shopping Kat Nile.com.my !

Salam pagi Sabtu ...
today working ... sooo, tomorrow is Raya !! 

 jom layan gambar...since aku pon tak tahu nak tulis aper ari nie... (tension punyer pasal )
disebabkan semua pic aku letak dalam excel file , so ,jadilah gambar nyer cam gini , ini adalah antara barang yang aku borong dari pusat nile.com.my, memang jadi giler kejap , sebab semua barang murah giler , tp aku jadi giler kejap jew tau , sekarang dah jadi normal dah ..hahahaha

kalo nak tangkap satu -satu picture nyer alamatnyer entry bergambar lah jadinyer ... so kiter buat jew cam gini.... walaupon banyak , gambar nyer jadi 3 sahaja ...
 
ok , selamat menyambut hari raya korban dan semoga ibadah korban kita diterima olehNya ;_)
 
^^ minggu nie resepi semua berkisarkan daging lembu yang fresh ^^
mesti macam-macam resepi daging yang akan kita buat kan ;)
 
****