Followers

Friday 30 October 2015

TERIMA KASIH LIEYALATIF !!!

Salam ...

Akak teruja sikit sebab blogger glamour LIEYA LATIF telah memasukkan cik Bunga a.k.a ciktim dalam blog list beliau ... hahahaaaa jangan tak tau ... akak nie exited bila tengokkk ;) lompat  bintang jappp ...

                                          nie header LIEYALATIF yang comel

Secara jujurnya akak memang akan setiap hari akan datang sini LIEYALATIF, sebab akak suka baca coretan yang bersahaja beliau , dan juga tengok perkembangan anak-anak beliau yang comel-comel belaka , dan yang paling besh ialah gambar pun cantik-cantik ...akak kagum dengan LIEYALATIF , kalau ikutkan dari segi kemampuan , akak rasa beliau memang mampu untuk ader pembantu rumah , tetapi beliau memilih untuk mengurus sendiri keluarga beliau .. kagumm, kagumm, kagummm

Part yang paling best juga akak suka tengok bento miamija yang comel dan cantik dengan hiasan kreatif beliau , bagi inspirasi buat akak buat bento juga.... korang patut terjah kat sini LIEYALATIF .
 
 
nie antara blog list LIEYALATIF  , blog akak pon ader ;)                                                    

Dan bila akak datang kat sini , akak akan melepak dibahagian susun atur rumah beliau yang cantikk yang menjadi idaman setiap orang .. ( I think so ) kalau bukan setiap orang , ianya memang menjadi idaman dan impian akak nak ade rumah yang luas dan mempunyai halaman ...hahahahah


ape-ape pun harap lieya akan terus menulis coretan di blog nyer http://lieyalatif.blogspot.my/  
sebab memang akan akan datang sini hari-hari ,

ok lah tue jew pon nak habaq kat semua  ;)

p/s: untuk pic tue akak ambik dalam blog http://lieyalatif.blogspot.my/ , diharap http://lieyalatif.blogspot.my/ tidak akan saman akak  okew ;)

Friday 23 October 2015

HARI INI HARI ASYURA - 10 MUHARAM

Salam Jumaat yang penuh barakah dan dimuliakan ;)

Korang tahu tak hari ini hari Asyura ? disunatkan puasa sunat , dan juga ada beberapa perkara sunat yang lain  , antara nya  ;_-

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura


  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah. 
  5. Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  6.  Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka). 
  7. Bersedekah. 
  8. Memelihara kehormatan diri. 
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak. 
  11. Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali. 
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.




p/s: akak tak puasa hari nie, tadi masa lalu kat jalan raya, ada masjid tengah sibuk buat persiapan nak   buat bubur lambok..

                                              pic ambik kat google untuk ilustrasi sahaja
pada yang berpuasa selamat berpuasa yer ;) dan salam Jumaat untuk semua !!!

Wednesday 21 October 2015

My WishList Life - CAR


Salam dan apa khabar semua ;)

tahu dah tak berapa nak sihat sebab dengan kualiti udara yang semakin membimbangkan ;(
well, meski pun begitu life must go on , yang kerja mesti kerja dan untuk anak-anak kecil yang sekolah termasuk juga warga tua lebih baik duduk berehat dirumah dari keluar bersiar-siar or do something you like , so  semua tue on hold dulu , outdoor punyer aktiviti jangan buat dalam keadaan semasa sekarang ... kat Melaka kurang sikit hari nie, that's why para guru-guru sudah mula start mengajar ...di harap keadaan ini akan berterusan . InsyaAllah.

apa laa akak merepek nie , tak kena ngan tajuk .... well akak nak minta ler pendapat korang yang bijaksana dan budiman , akak nie dah lama nak pakai kereta sendiri , but a little bit problem , so asyik postpone memanjang dan juga ada beberapa halangan ...

dulu-dulu akak berangan nak ambik KENARI , lepas tue bila on hold lama sangat akak berangan nak ambik MYVI ,,, but MYVI boleh tahan juga mahalnya ;(

lepas tue, bila ALZA dah mula memasuki pasaran , rase cam terbekenan lah pulak sebab boleh sumbat macam-macam things kat dalam tu ... huhuhuhu   .. poning kepala makcik nak fikiaq...

ape-ape pon semua bergantung kat my BANK ... ada berapa banyak RM huhuhuhuuhhu  ,

SAGA juga boleh tahan besh  kan ?






ok lah , sementara tue akak nak google dulu mana yang besh






pic semua credit kat encik google for reference only ;)

p/s: kalau ikut hati nak jew pakai kereta VIOS or HONDA  huhuhuhuhu tue , over budget lah pulak  plus ngan minyak lagiii .... semua tue kena masuk dalam listing jugakkk

Thursday 15 October 2015

Adik Firdaus Penghuni Syurga

Salam Khamis,

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1437 yang disambut semalam akan menjadi titik tolak kepada perubahan dalam kehidupan kita yang akan menjadi lebih baik . InsyaAllah .

Semalam kita semua maklum akan kehilangan adik Firdaus yang kembali kerahmatullah .. . Al-fatihah untuk adik Firdaus dan semoga kita semua akan mengambil ikhtibar dari kisah sedih perjalanan hidup adik Firdaus yang ditinggal seorang diri dan dikurung oleh ibunya sendiri lantaran tuntutan hidup untuk mencari nafkah . Namun begitu hanya doa dan al-fatihah yang mampu kita titipkan untuk adik Firdaus .


                                        al-fatihah untuk penghuni syurga adik Firdaus .



p/s: mengikut laporan HARIAN METRO  adik Firdaus akan dikebumikan pada hari ini selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said,

Thursday 8 October 2015

Tutorial Hijab by Fitri Aulia

Salam Khamis ;)

Petang semalam semasa nak balik kerja , hujan turun dengan lebatnyer , jadi tempiasnya kena pada pagi ini , maksudnya pagi ini sejuk sesejuknya ... hahahaaa ditambah lagi dengan aircond lagilah sejuk!

Seperti mana post semalam DI SINI , cikbunga ingin menambah sedikit pengetahuan dan kebolehan FITRI AULIA dalam fesyen muslimahnyer , cikbunga suka tengok dia menggayakan tudung dan juga baju-baju yang telah di designer nyer ;)



marilah kita layan gambar yer  ;)

                                                          cantik kan , Nampak simple jew

                                                                       cantik kan, kan, kan

 
 
 
 
 
 
 
 
p/s: pic semua credit to KIVITZ

Wednesday 7 October 2015

KIVITZ dan FITRI AULIA

Salam penuh kasih sayang ;)

Semoga semua nya sihat belaka takkala  negara dilanda 'haze' yang melampau dan kini mungkin ada sedikit penurunan bacaan IPU nya . Alhamdulillah , maaflah cikbunga tidak mempunyai masa untuk mengupdate nukilan-nukilan nakal di sini huhuhuhuhh;)
okew lah back to normal , mesti korang tahukan cikbunga punya tulisan tak berapa nak berbubga-bunga dan berbahasa-basi kita street to the point ngan tajuk kat atas 'KIVITZ dan FITRI AULIA .










FITRI AULIA sicantik manis owner KIVITZ



Cikbunga dah lama juga baca dan lepak kat website http://kivitz.blogspot.my . Kalau nak tahu Fitri Aulia nie designer tau untuk fesyen pakaian muslim . Agak terkenal juga beliau nie dan sangat cantik dan gaya penulisan beliau juga amat halus dan penuh ciri-ciri kesopanan oarang Asia gitew.
Kebanyakan pakaian yang beliau designer amat menepati syariat an sangat cantik, trendly dan ofcourselah bila designer yang menggayakannya memang amat cantik ... waaaa cikbunga teringin nak pi sana dan shopping kat butik KIVITZ.
                                                KIVITZ yang mempunyai tema purple

Memang tidak di nafikan bahawa KIVITZ ada membuka jualan atas talian dan juga facebook dan juga instagram, tapi kan kalau kita lihat depan mata lagi seronok kan, kan, kan
                       antara koleksi yang di designer sendiri oleh FITRI AULIA


InyaAllah , ada rezeki , cikbunga nak terbang ke sana .huhuhuh dan yang penting tag line dia ialah
                                                                'Sya'i &Stylish'

untuk pengetahuan anda semua semua baju yang di design oleh FITRI AULIA adalah khusus untuk muslimah , dan ianya sangat selesa kerana menggunakan material yang bagus dan berkualiti tinggi . Korang jangan pulak nak carik PALAZO or SELUAR bagai kat sini SEBAB memang tak akan jumpa  .

p/s : yeeeeaaa esok last keja , Jumaat Melaka cutiii .sempena hari birthday TYT Melaka.. selamat berhujung minggu semua ;)