Followers

Friday, 30 November 2018

ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA

Assalammualaikum Dunia

Cerita setiap negeri memang berbeza dan perbezaan itulah yang melambangkan sesebuah negeri untuk didekati dan dikenali.

Nak masuk Istana pun kena daki tangga tau๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Ampun tuanku izinkan patik  mengabadikan potret Istana Tuanku untuk tatapan anak cucu patik...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Setelah dipekenankan oleh Sultan ....maka jom kita explore  Istana Kesultanan Melร yu Melaka.

Kawasan Istana yang dijaga rapi

Posing kat dalam Istana Melaka

 Korang , Istana ini hebat sesangat sebab 100% adalah dari binaan kayu dan lagi satu tanpa menggunakan paku .. haaa hebat kan orang zaman dulukala , seni pertukangan yang sangat halus ... rugi kalau generasi zaman sekarang tidak mewarisi seni ini .

Balai mengadap

Sudah la tu Tuah Jebat jangan gaduh

Untuk pengetahuan rakyat jelata sekalian , Istana ini dibina semula di tapak asal Istana Kesultanan Melayu Melaka yakni semasa zaman kemasyuran Empayar Kesultanan Melayu Melaka .. korang saksikankan lah Istana Kesultanan Melayu Melaka ini umpama korang balik ke zaman silam yakni zaman hulubalang-hulubalang dan Empayar Sultan Melaka yang memerintah .


Jom lawan congkak sape terer

Apakata korang tengok gambau gambau yang sempat dirakamkan dengan hanya menggunakan telephone Samsung  jew...cikbunga lom ade lagi camera lagi ...sejak my camera kena curik ...lom ade pengganti lagi.

Dik nampak tak Jambatan Emas untuk Puteri Gunung Ledang ...


Nampaknya sampai sini jer laaa citer Istana Melaka ...jumpa lagi yaaa...

P/s:Jangan pernah lupa akan sejarah .



Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Assalammualaikum Dunia.

Gambar waktu malam wak

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 


Ok ok...nie last ok pasal historical Melaka ...tapi jangan lupa banyak lagi tinggalan sejarah jajahan-jajahan dari Portugis, Belanda, Inggeris, Belanda ,Inggeris,Jepun balik pada Inggeris sampailah lah kita merdeka....nampak tak berapa banyak dah kena jajah...untuk Portugis jer dah kena 130 tahun....memang sukar untuk hilangkan kesan-kesan jajahan tersebut sehingga terbentuk komuniti Portugis di Melaka sehingga sekarang ini.

Posing jew laaa...tak leh masuk dah tutup


Sesungguhnya sejarah itu menjadi kayu pengukur dan sebagai panduan untuk kita menilai dan memahami jatuh bangun sesebuah negeri atau bangsa itu adalah ditangan anak bangsanya sendiri..


Suasana di waktu malam 

P/s: ok tamat sudah citer sejarah..

Thursday, 29 November 2018

Bukit St. Paul Melaka - Apa ada kat atas Bukit

Assalammualaikum Dunia.

Yayyy mari kita sambung citer sejarah Melaka...kisah penjelajahan orang Portugis dan bagaimana tragisnya Empayar Melaka yang begitu gah jatuh ke tangan Portugis.


Ade kapal Belanda lahh sedang menghampiri Pelabuhan Melaka  
 

Nie sisi popular ambik gambau kat atas Bukit St Paul

Benda pertama sekali yang Portugis buat selepas berjaya menawan Melaka adalah membina kota Afamosa yang dikelilingi mariam (sebagai kubu untuk menangkis serangan balas dari penduduk Melaka pada masa itu)

Coretan atas batu tinggalan Portugis

Yang uniknya kawasan kubu ini adalah diatas bukit dan dari atas bukit kita boleh nampak kawasan perairan Melaka...pada masa tue depa  boleh nampak kapal dagang yang berlabuh di Melaka .

Korang yang dah belajar sejarah mesti tau pasai apa Portugis belayar kan..tujuan utama adalah 3G ...Gold, Glory dan Gospel
..yaaa waktu inilah bermulanya penyebaran agama Kristin di Melaka.

Aiii dah macam buat tesis sejarah laaa pulak...tengok gambau jer laaa..untuk details korang boleh jer google sejarah Melaka .

Tangga ni la nanti korang kena naik dan turun ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Ok bye bye....nanti ade sambungan lagi tau ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

P/s:all picture taken by Mr Hubby.

Wednesday, 28 November 2018

Kota Afamosa Melaka Tinggalan Portugis

Assalammualaikum Dunia.

Dah terlanjur pi Dataran Pahlawan kan...moh ler kita jelajah kota Afamosa sekali ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Kota Afamosa

Picture waktu petang  nie

Di waktu malam

Lama dah tak pi sini๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...yer laaa kawasan penuh ngan bukit bukau dan apatah lagi kalau musim tak der ujan...memang panas memanjang kot....tapi kali nie...pi laaa jugak sebab dah dekat sangat....rugi kot kalau tak pi explore...saja je bawa bebudak nie...biaq kenai sejarah sikit๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Kami anak Melaka ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tak payah laa CB buat coretan...semuanya ade dalam buku teks sekolah๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ korang memang dah bijak pandai kan...cuma CB tempek gambau jer sebagai kenangan gitew...

Bahagian dalam kota Afamosa 

Kawasan sewaktu dengannya๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Dah jom balik balik balik...

P/s:Korang minggu nie memang entry dan picture sejarah jew.

Tuesday, 27 November 2018

Hoye-Hoye Kat Dataran Pahlawan Melaka

Assalammualaikum Dunia .

Dataran Pahlawan

Sapa kat sini dah pi Dataran Pahlawan kat Melaka , angkat tangan sikit ...haaaa sapa dah sampai tue kabau-kabaukan berita nie kat kengkawan yer , suh datang Melaka yer ...
Dua ketul budak sedang explore DP

Kawasan yang amat tenang ini dikelilingi bangunan pusat membeli belah yang amat popular kat Melaka , apalagi kalau bukan Mahkota Prade , Dataran Pahlawan Mall, Hatten Square ... dan terdapat juga disekitarnya kawasan bersejarah , ollaaa korang jalan kaki jer deq non ... boleh kembara dan mengenali sejarah Melaka gitew... apa-apa pon jangan lupa bawa air mineral... memang haus kot , nak naik tangga turun tangga ... dan menjelajah dari satu port sejarah ke port sejarah ...

Kat dalam Hatten Square

Dataran Pahlawan Mall


Yang penting , kenangan itu tidak ade dijual dimana-mana... korang kena lalui dan merasai pengalamannya sendiri dan akan menjadi  memori indah korang ... amacam , ade berani nak datang Melaka tak ?   Kami warga Melaka mengalu-alukan kedatangan tuan hamba sekalian ... harap korang berpuas hati dengan keindahan Negeri Laksamana Hang Tuah ini ...

Dalam mall (gelap la pulak)

Pasal makan , jangan risau , buka mate jer dah Nampak makanan .... haaaaa ... memang laaa ...

Oh yer pasal , Dataran Pahlawan tue .. tue dulu kawasan padang bola yer .... tempat anak-anak muda main bola sepak dan juga tempat kereta lembu ( dulu-dulu sesapa yang nak rasa pengalaman naik kereta lembu memang akan naik kat sini.. pusing-pusing kat padang bola nie ) .. tu lah citer nyer ... haaa korang apa lagi , sekarang nie cuti sekolah kan , apa kata korang datang ke bumi Melaka ini .. dan  explore sendiri sejarah nyer ... ๐Ÿ˜€

CB dan Dataran Pahlawan 

ok bye nanti akak sambung lagi yer .. citer Bandar Melaka Bersejarah .

P/s:picture taken by Mr Hubby.

Monday, 26 November 2018

Annual Concert & Graduation Day 2018 - WACECE MUMTAZ KIDS

Assalammualaikum Dunia .

Main entrance 

Dewan yang dihias

Hujung-hujung tahun nie, memang akan ada majlis-majlis penyampaian hadiah, pelajar cemerlang , jamuan perpisahan dan tak lupa juga majlis habis sekolah ... waaaaa... dak Rayyan tahun depan masuk darjah satu ... dah besaq dahh !!!

Bacaan selawat

Doa dan surah lazim

Fitting room

Back to 60'

Majlis diadakan di dewan Kolej Yayasan Melaka (KYM) , pada sebelah petang dan semestinya meriah dihadiri para pelajar yang dah nak habis sekolah diiringi para ibu bapa dan juga sanak saudara .
Masa inilah korang akan dapat melihat bakat anak-anak kecil nie diterjemahkan dan dipertontonkan kepada ibu bapa kerana kebanyakan masa anak anak ini adalah disekolah dan diajar oleh guru serta mendapat bimbingan terus dari guru . Kalau kat rumah tak mahu dia nyer nak ikut cakap ibu bapa membuat sesuatu seperti menari , menyanyi , berlakon dan sebagainya ... terima kasih cikgu semua kerana kesabaran mendidik anak-anak ini menjadi anak yang cemerlang dan mendengar kata .

Dance muda mudi

Memang gelihati melihat telatah budak-budak nie kat atas pentas , memang mencuit hati dan menghiburkan , walaupun majlis agak panjang sehingga pukul 6.30 petang , masa terasa pantas jer seiring dengan telatah anak-anak ini diatas pentas . Sebagai ibu bapa , mesti rasa , wow .. berani erk duduk kat pentas dengan disaksikan para tetamu yang hadir ... memang 'amazing' .

Dah konvo

Untuk itu , diabadikan sebahagian moment-moment indah sewaktu majlis berlangsung .



Dak abang

Ok bye bye

 Semoga Rayyan akan mengingati detik-detik ini untuk dijadikan cerita di sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar di sekolah nanti ;)

Tuesday, 20 November 2018

Puding Roti Sempena Maulidur Rasul

Assalammualaikum Dunia.
Hallo korang....pepagi nie tengok ade roti dah nak expired...cecepat akak buat puding supaya tak membazir...
Senang jew kot...resepi korang boleh google jew...

Dak abang ade kelas ari nie

Rupa tak berapa nak cantik laaa tapi rasa boleh laaa ...
Jeng jeng jeng ...nampak cam hangus kan

Jom makan ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Korang boleh makan nie bersama sos kastad
tapi akak tak buat pon...minum bersama air kegemaran korang...๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž


Salam Maulidur Rasul yer korang.


Review Skirtbysisters by CikBunga

Asslammualaikum Dunia .

Hai korang , suka pakai skirt tak ? CikBunga pun suka jugak , tapi kebanyakan CikBunga pakai seluar jenis jeans , palazzo , sebab ape sebab senang nak gerak gitew, nie kang pakai skirt ala-ala princess laa pulak kan ..

sapa dah try nie... best bau die ....



pilihan warna yang menarik dan memukau

ok , let me story about one brands dalam pasaran , CikBunga rasa special kot sebab brands nie bertapak melalui jualan secara on line or atas talian ... korang patut click website dia kat sini http://www.skirtbysisters.com/

Lagi pilihan warna yang ado


Skirtbysisters nie adalah 100% bumiputera punya... at lest we support each other kay ... CikBunga beli pon sebab dah terpengaruh ngan blogger atyfared  http://vanillapink3113.blogspot.com/
atau lebih dikenali sebagai aku bukan bidadari ... sekarang nie susah sikit nak klik blog atyfared, sebab dia dah private kan blog dia ... well no worries okew, korang boleh jer pergi kat Facebook atyfared dan ig atyfared okew...
Nie box dia ...alahai sweet kot

ok lah , akak beli 2 helai dik non, korang pon boleh grab dan dapat harga special gitew....beli 2 dapat harga murah sikit ... okew korang tengok picture nie ...

Yaayyy dah ade koleksi

Ade banyak pilihan warna yang korang suka ... apa lagi pilih lah yang mana satu pujaan hati korang ,

Didatangkan dalam boxes yang menarik sesuai dijadikan sebagai hadiah unutk sesiapa pon ... okew selamat membeli belah dan kelihatan seperti princess . )

P/s:salam maulidur rasul ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ