Followers

Wednesday 31 December 2014

Berakhirnya 2014!!!

Salam dan Hallooooo ;)
Hari nie entry terkahir dibulan terakhir dan hari terakhir dan untuk tahun yang terakhir 31/12/2014.
haaa koo jangan tak percaya hari ini adalah hari terakhir (Rabu) bulan terakhir  (Disember ) dan untuk tahun terakhir (2014)

Lepas nie tak der lah lagi tahun 2014 (babai babai 2014) namun kenangan dan penangan yang ditinggalkan amatlah banyak dan menyayat hati, sanubari dan juga jiwa raga kita sebagai umat manusia yang tinggal dimuka bumi ini (percaya qada' dan qadar') sebagai umat Islam kita kena percaya yer ... jangan menyalahkan takdir yang menimpa atau apa jua bencana yang berlaku ...
'ko tak kena senanglah ko cakap cuba ko kena ko tahulah macam mana'
ayat nie biasa akan kedengaran tetapi tak mengapalah apa jua yang datang kita kena menghadapi jua ;)

Semua bencana dan musibah yang hadir dalam tahun 2014 akan dikenang seumur hidup kita .Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya .Sesungguhnya Dia lebih mengetahui.
Ape-ape pun sebagai manusia yang kerdil yang hidup dimuka bumi ini cikbunga ingin mengambil kesempatan dihari terakhir , bulan terakhir dan tahun akhir ini untuk memohon kemaafan dari semua pelawat blog cikbunga jika ada coretan dan juga catatan yang telah di paparkan membuat anda tergores dan rasa sakit hati (minta maaf yer semua kengkawan hamba hanya manusia biasa sahaja )

Dan untuk semua tragedy yang melanda Negara, Negara jiran , dan juga untuk dunia secara amnya diharapkan akan dapat mematangkan kita semua untuk menuju kehadapan (tahun jew yang bertukar ) menjadi matang dan akan lebih success dimasa hadapan .

Walaupun sakit dengan ujian yang diturunkan namun hidup ini mesti diteruskan ..bak kata pepatah dunia ini hanya persinggahan kita untuk mencari bekalan untuk dibawa  nanti (kita ini hanyalah pengembara (musafir) )

Selawat dan salam keatas Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat dan juga kaum baginda .

untuk itu selamat tinggal tahun 2014 dan almost welcome 2015 !

p/s: Jangan lupa sambut Maulidur Rasul yer kengkawan ;)

Coretan Akhir 2014
cikbunga
31 December 2014

Monday 29 December 2014

SESI PERSEKOLAHAN 2015

Salam dan halloo ;)
sebelum tue nak ucapkan kepada  semua warga pantai timur terutama yang berada di Kelantan semoga tabah dalam menghadapi ujian / musibah yang melanda sekarang ini..
kami pun turut merasa sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang (ketika air surut) kesan nya boleh dilihat diseluruh negeri dan saya percaya ianya telah melumpukan sebahagian ekonomi masyarakat di sana . Saya doakan dan penuh harapan agar musibah ini berlalu dengan cepatnya .
Untuk itu , sesi persekolahan telah ditangguhkan iaitu pada 12 Januari 2015 dan untuk negeri -negeri yang terlibat dengan banjir (Kelantan,Terengganu, Kedah) sesi persekolahan akan bermula pada 11 Januari 2015.
marilah kita bersama-sama membantu apa sahaja yang termampu untuk menyokong dan memulihkan keadaan negeri yang terlibat dengan banjir ini . Buat masa sekarang wang ringgit bukanlah keperluan yang utama , yang penting adalah untuk memulihkan emosi semua mangsa yang terlibat dan juga keperluan harian yang lain (tempat tinggal, makanan, air , ) yakni keperluan asas. wang ringgit juga penting juga untuk memulihkan ekonomi penduduk namun begitu emosi yang mengambil alih tempat utama .
Saya rasa tak wajar saya upload gambar , biarlah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri (gambar yang di tontonkan di kaca telivesyen ) semoga menjadi ikhtibar kepada semua ...

Uuntuk itu salam Isnin yang hening .

babai.

Saturday 27 December 2014

Postcards Giveaway from Czech & Germany

Assalamualaikum.

Jemput join semua!

http://jindrisska.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-germany-czech.html



Mangsa tag :

 

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)
 
Semoga berjaya!
 
^_^
 
p/s: teringin juga dapat poskad dari oversea (harap-harap ade peluang laa )

Simple GA: Friendship fridge magnet.

Salam dan selamat pagi semuaaa ;)
      jom ramai-ramai joint GA simple nie ;)

HADIAH: FM x 5 pemenang.
* FM seperti gambar di atas.
* Hadiah akan bertambah jika sambutan menggalakkan.

 
p/s: ok korang mari kita pakat ramai-ramai joint this giveaway ( mana laa tau dapat fridge magnet ;) akak suka 3x)

Monday 22 December 2014

FATIN LIYANA BERTUNANG (honeykoyuki)

Salam
korang kenal tak blogger terkenal dan doctor yang paling glamour Fatin Liyana ?
dah selamat menjadi tunangan orang (tunangan Dr.Anwar Fazal) betul ker ejaan tue .. kalo salah harap maafkan yer

dah lama ikuti blogger yang cune nie dan blogger paling popular yang menjadi idola ramai blogger kat luar sana ;)
gambar saya ambil kat blog hazanis yang tengah meletop sekarang nie (mek cha )
 
Tahniah! kerana mendapat Anugerah Tokoh Srikandi Negara baru-baru ini.

semoga cepat-cepat naik pelamin yer  ;) akak doakan semoga jodoh ini berkekalan until to jannah
menyusuri kehidupan doktor Fatin anda akan dapat merasai pengalaman beliau merantau ke Negara orang untuk mencari ilmu kedoktoran dan juga teruja sesangat kisah travel nya diserata Negara ( sila pergi ke blog beliau untuk kisah lanjut )
akak paling suka tang resepi yang disharekan ... sangat simple dan mudah ;) suka 3x
 
ok lah tahniah sekali lagi kepada doktor Fatin Liyana kerana selamat menjadi tunang kepada Dr. Anwar Fazal

ok babai semua

p/s: gambar credit to blogger hazanis yang cantik jelita ;)




First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking

 

 
Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .


1st Anniversary Giveaway Mind Meld



Bismillahirrahmanirrahim.
 

Saturday 20 December 2014

Friday 19 December 2014

Simple GA: Vietnam Shawl.


     Salam u olzzz,
sila pergi ke blog dr.shikin yer semua
 

[Giveaway] Hello from Canada



Assalamulaikum.
 

Hello from Canada
[Giveaway] Hello from Canada

 
 

ni jawapan untuk soklan no.4;

ini link dia dear  )  http://herlifemanual007.blogspot.com

have a nice day ;)


 

Monday 15 December 2014

BILIK TIDUR GAYA IKEA

Salamm dan hollaaa .. sihat semua;)
aku nie kan sejak  Malaysia masuk final piala Suzuki AFF 2014 , asyik gelisah jew ... selagi game nie tak habis selagi tue aku tak berapa nak tenterammm .. mak aiii kemain lagi ko yer    hihiihih .. jangan marah yer korang .. dah minat mak macam nie ... redha jew lah ;)
okey , korang selalu bukak website IKEA tak ? aku hari-hari datang kat website dia ... memang marbelus tau susun atur dia ,buat aku rasa nak buat jew semua tue kat rumah aku .. perlahan-perlahan buat sikit-sikit dulu hehehehe  ..
selalunyer tempat yang aku suka terjah adalah didapur (kitchen cabinet), hall (ruang tamu) dan bilik tidur (bedroom) dan juga bilik air ( toilet)..wahhh susun atur sungguh mengujakan dan buat aku rasa wah cantiknya ,,,, cam dok dalam hotel lakk
okew lah taak mo tulis panjang jela-jela , apa kakta kita tinjau serba sedikit susun atur yang diambil dari website IKEA .. untuk dijadikan panduan dan juga sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri supaya menghias rumah jadi cantik seperti IKEA punyer stail;)

 cantik kan berlatar belakangkan warna merah mak ngah ;)
putih bersih hihihihh


IKEA nie letak ape color pon cantikk kan ;) sweet nyer



 sungguh ceria kan ;) nanti nak try kombinasi warna dan juga perabot ..
korang , pergilah website IKEA , kat sana banyak lagi design dan stail yang korang boleh try dan ilhamkan untuk rumah korang ;)
okew .. selamat bersusun atur yer


p/s: gambar semua dari website IKEA

Friday 12 December 2014

BILA MALAYSIA MASUK FINAL AFF SUZUKI 2014

Salam pagi Jumaat yang indah dan permai ... ;)
wahhh tajukkk tak menahan kooo .. memang pon ... aku nie nak kata obsess sangat ngan bola sepak pun iye jugakkk sebab aku minat semualah permainan sukan yang melibatkan Negara terutamanya Malaysia, ko letaklah bola ape pon kat depan tv tue aku mesti akan tengokkk .. even kalau game untuk piala Malaysia pon aku akan tengokkk walaupon Melaka tak pernah dapat tempat yang terbaikkk, tak kisah dalam  liga ke  ape pon janji aku akan melekap kat depan tv.. haa ko jangan tak percaya bukan lelaki jew yang suka bola ,,, aku pon suka jugakkk ;)
mungkin rezeki dan nasib menyebelahi pasukan Harimau Malaya setelah tempang sebelah di Stadium Shah Alam ,.. ape-ape pon terima kasih kepada semua player yang bermain kat Vietnam malam tadi kerana mengembalikan harapan dan senyuman yang pudar pada perlawanan yang pertama kat Shah Alam ..wei korang memang bestlah ,,,sampai aku pon menjerit sakan bila awal-awal lagi dah dapat gol.. terus semangat berkobar-kobar ko ;)
okey next game nak lawan ngan gergasi bolasepak kat Asia nie ... siapa lagi kalo bukan Negara gajah putih (Thailand) huhuhuhuhu depa tue memang banyak bermain untuk kelab-kelab dan kebolehan depa nie tidak boleh dipertikaikan , ape-ape pon bola itu bulat , pandai-pandailah korang adjustkan yer ;) ..
untuk sekian kalinya lagi aku ucapkan terima kasih terima kasih terima kasih untuk harimau Malaya sbb membawa cabaran bolasepak Negara sehingga ketahap ini ;) dan jangan lupa masih ade lagi perlawanan yang belum selesai dan ape-ape pon apalagi yang kami mahu ..even korang dah sampai stage nie pon kami bangga hooo;)
semoga success dan terus success dan bermain macam malam tadi eh.. barulah mood nak tengok bola tue melangit tinggi .. sungguh pon begitu , untuk second half amat menakutkan dan mengerikan pancaindera ... yelah , bila serangan bertali arus dari Vietnam dan semangat mereka yang meyala-nyala seperti mahu merobek gawang Malaysia ..banyaklah percubaan yang amat menakutkan dan very scary you no...
untuk menaikkan semangat kita yang dah berkobar-kobar nie, apakata kita flashback gambar tahun 2010... jangan marah yer sbb aku nak mengingati kembali memori 4 tahun lepasss ;)




semoga tahun ni kegemilangan akan berulang kembali lagiiii;;)
okew semua jangan bosan baca pasal bola huhuhuuuu ... babaii semua

Monday 1 December 2014

BR1M 2015

Salam pagi ,

apa khabau semua ... semoga sihat yer ...
saya sihat cuma selsema jerr dan hati ada banyak senang bila abang bola Berjaya menjaringkan 3 gol ari tueee .. suka tak terkat bila Malaysia melangkah keseparuh akhir ... walaupon perlawanan itu sangat mendebarkan dan mengusarkan ati dan perasaan ... itulah bola ;) okew lah kita cakap pasal hal penting nak bagitu, .. kepada semua rakyat jelata ;) kerajaan telah membuat pengumuman bahawa, mulai tarikh 1 Disember sehingga 31 Disember , anda semua boleh memohon untuk https://ebr1m.hasil.gov.m  dan sudah boleh mendaftar dan cek nama sekarang okew...
jangan tak semak pulak ..
2015 » Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015

Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015

 
Pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015
Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01)

Pemohon baru yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember ini dan penerima BR1M sedia ada pula diminta mengemas kini semula maklumat peribadi.

Pemohon boleh mengisi permohonan secara online dalam talian menerusi portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di laman ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini.

Tarikh pembayaran BR1M 4.0 / 2015

Pembayaran BR1M secara berperingkat dimana penerima BR1M RM950 dibayar masing-masing RM300 pada ;

  • 28 Januari 2015
  • 28 Mei 2015
  • 28 September 2015

Waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015 dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel di i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/ 4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mel di br1m@treasury.gov.my.

 

Friday 28 November 2014

Adik-Adik ku musim 5

Salam dan apa kabau semua ...

la nie anak-anak semua tengah seronok sakan , yelah kan cuti sekolah ;)
korang dah tonton rancangan adik-adik ku musim ke 5 tak ? walaupon belum ditayangkan lagi , tetapi sekarang sudah ada rancangan khas sempena cuti sekolah hahahaa.. mari kita tengok macam mana peserta-peserta ini mendapat surat yang dibagi by hand tau ...

baru-baru nie saya tertonton lah jugak mula tue taklah excited sangat , rasanya rancangan khas adik-adik ku musim ke 5 sempena cuti sekolah sekarang nie ... tengok depa kena kejutan yang memang beratlah juga bagi pandangan saya sebagai penonton ,




yelah kalo tiba-tiba mak kata kita nie sebenarnya anak angkat dan kena ikut makcik yang kita tak pernah tengok dan kenal .. mestilah meraung kat situ ka ,,, tetapi adik yang kena kejutan tersebut boleh pulak nak ikut makcik tue walaupun menangis sakan .. caya lah dikkk
kejutan demi kejutan memang tak boleh dinafikan , saya sebagai penonton  pon menangis bagai nak rak waktu menonton rancangan itu uwaaaaaa sedih hoiii, ..
adik yang kat Sabah kena teruk juga sampai rombongan datang meminang dilakukan ... kalo acik kannn memang dah lari dah.... nasiblah ... banyaklah juga kejutan demi kejutan untuk adik-adik ku musim ke 5  .. okew adik-adik ku musim ke 5 semoga berjaya dan doa acik untuk adik semua agar success dan success dunia dan akhirat  dan tahniah lah kepada JAKIM kerana menganjurkan rancangan reality adik-adik ku untuk mecungkil bakat dan mengasah bakat yang terpendam untuk semua Adik-Adik ku seluruh Malaysia ... mana yang tak Berjaya menjadi peserta musim ke 5, jangan patah semangat yer dikk , insyaAllah ade peluang , pasti bakat yang di anugeri oleh Allah akan terserlah juga tak kira walau dimana kita berada .., aminnnnn
bak kata pepatah pujangga (akak tak ingatlah pulak sape ) ;)
'ibarat biji benih yang baik jika terjatuh dilautan ia akan menjadi sebuah pulau ,
dan jika ia jatuh ke tanah yang kosong pasti ia akan menjadi sebuah hutan rimba '
lebih kurang cam gitu ler ;) okew semoga cuti sekolah ini akan diisi dengan ilmu yang bermanfaat untuk adik-adik semua ... akak doakan semoga adik berjaya insyaAllah  boleh ..
mari kita nyanyi lagu tema adik-adikku ...



Tema Lagu Adik-Adikku, InsyaAllah Boleh

Adik-adik anak soleh ,
Adik-adik serba boleh ,
Adik-adik akhlak yang mulia ,
Senyum ceria semua orang suka .

Berkasih sayang sesama insan ,
Taat Allah dan Rasul ,
Kasihkan ibu bapa.

Beramal soleh di mana saja ,
Berjuang dan berkorban ,
Untuk agama.........
Adik-adikku , Insya Allah Boleh !
sekian untuk semua ..................#######

Wednesday 26 November 2014

AFF SUZUKI CUP 2014

Salam ..

hai korang minat bola tak ? bola sepak tue .. yang ade 11 orang player .. minat kan ..kan..kan
harap tahun nie menjadi tuah Malaysia untuk merampas piala suzuki yeee ... aminnn .. hope ly lah kan
bila dengar Filipina dah berjaya melangkah ke separuh akhir ... seram sejuk ... weiii ... ayuh Malaysia sama-samalah kita semarakkan perjuangan untuk merebut piala Suzuki kembali ke tanah air ...
mari kita laungkan Malaysia boleh dan untuk boleh itu kena banyak masukkan gol yer abang bola semua ... kami mengharapkan abang bola semua main bola dengan baikkk ..





 
petang nie Malaysia vs Thailand .... mari kita nyanyi lagu gemuruh ......

ok jgn lupa support pasukan Malaysia team ;)




ok babai selamat menonton (-_-)^^

p/s: picture credit to encik google ;)

Friday 21 November 2014

Puteri Karya Jiwa dari Les'copaque

Salam ,
apa khabar semua ... ari nie nak citer sikit pasal animasi yang terbaru dari Les'copaque .. Puteri.. mmm bermula 20 Nov 2014 Puteri ditayang kan kat TV3 dalam kul  9.00 malam tapi dalam 10 minit sahaja ...
apa pon menarik juga animasi nie .. nie sedutan ringkasan kisah Puteri yang telah diambil dari website Les'copaque ;)

 
Puteri bakal disiarkan di TV3 pada jam 6 petang bermula pada 23 November nanti. Siri “Puteri” mengisahkan kehidupan lima orang puteri di Kerajaan Limau. Manis yang rupawan dan bersuara merdu. Kasturi yang berjiwa pahlawan. Purut yang pemalu. Bali yang penyayang serta Nipis yang nakal bersama kucingnya Jebat. Kelima-lima puteri ini mempunyai keistimewaan yang harus digunakan bersama bagi menjaga keamanan dan kestabilan Kerajaan Limau dari serangan kerajaan luar, raksasa dan kuasa sihir.

apa lagi jangan lupa untuk mengikuti lima orang Puteri ini dan kisah mereka semua ... pasti menarik dan mengemparkan ;)

oke babai ..tu jew ...




Tuesday 18 November 2014

KARNIVAL UPIN IPIN DAN ULTRAMAN 2014

Salam ,
semua dah tahu kan pasal carnival Upin dan Ipin pada 21 hingga 23 November 2014... apalagi cuti sekolah dah pon start .. mari serbu ramai-ramai kat Putrajaya jer pon ... anak kita fan nombor satu ultraman  heheheee.. di pon fan juga ngan upin dan ipin hahahaaa semua nyer diorang minat ... yg gegirl plak tak sabar nak tunggu cerita Puteri tueee .. meriah tau ...

                                                       gambar selingan

okey nie saya copy dan paste kat sini dia punya banner kat website Upin & Ipin .... congrate lah pada tokeh  Haji Burhanuddin (harap tak salah eje nama nie yer kalo salah  harap dimaafkan ) Les copaque sbb join adventure ngan Tsuburaya dari Japan( kite minat semua citer animasi dari Japan )  ... haaa ko jgn tak percaya plak dia dah pon tayangan animasai kerjasama ... hebat betul lah anak melayu ;) caya lah ...

meh tengok sini:))


Seperti yang telah diumumkan, Karnival Upin & Ipin akan berlangsung pada 21-23 November 2014 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Lokasi ini dipilih kerana ianya begitu sesuai untuk penganjuran Karnival Upin & Ipin yang mengutamakan keselesaan pengunjung. Selain itu, pengunjung juga mudah untuk datang ke PICC kerana ianya terletak ditengah-tengah Putrajaya dan terdapat pelbagai pilihan laluan masuk. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana telah menjadi penaja lokasi karnival kali ini.
Alamat ke PICC :
Putrajaya International Convention CentreDataran Gemilang, Presint 5
62000, Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA
Untuk karnival kali ini, pihak Les’ Copaque Production bakal menggunakan 2 dewan utama iaitu dewan A & B. Semestinya pelbagai tarikan menarik bakal disediakan buat pengunjung yang datang nanti. Terdapat juga persembahan istimewa dari Ultraman, Replika saiz sebenar rumah Opah dan yang terbaru adalah “Studio Tour”. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai Karnival Upin & Ipin.

Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA

Masuk adalah PERCUMA !


picc2
Putrajaya International Convention Centre

Tuesday 11 November 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM
Assalamualaikum...




Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-



3- Follow blog penaja( wajib) :-

June ,  Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014

Sekian..

Thursday 6 November 2014

Giveaway by Mamaniza.com

Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Copy coding yang disediakan ini:


Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Monday 3 November 2014

Resepi Roti Goreng Bersalut Sosej sedap

Salam ,
lama dah tak update , sowi yer , mcam lah ader org peduli yer ... apa -apa pon tengkiu lah pada yang sudi singgah  kat sini Cik Bunga , heheheeeee  touching plak ;)
okew meh sini cek nak share resepi yang mudah untuk korang buat hidangan waktu pagi dan juga petang ... mana-mana pon boleh jer cik jah , yang penting senang dan sodappp , dan mudah dan juga simple gitew ... hahahaaa banyak kannn ..


bahan-bahannyer :

10 keeping roti putih/potong gardenia or ape-ape brand pon boleh janji halal
2 biji telur ayam gred B dipecah dan dikacau dalam mangkuk
10 batang sosej

caranyer :
sosej digoreng sebentar dan diangkat - biar lah sosej tue masak sikit
ambil sosej dibalut dengan roti secara melintang or ikut suka hati korang lah
salut roti tadi dengan telur - goring sampai kekuningan ;)
dah siap ;)



senang jew kan ...
dimakan bersama air teh o atau pun kopi o dan juga air kegemaran korang lah ;)
okew selamat mencuba yer ^^





Saturday 18 October 2014

RUNNING MAN DATANG KE MALAYSIA !!!

Di sebalik kekecohan gara-gara protes di Hong Kong baru-baru ini, ia bukan penghalang buat peminat tegar program Running Man hadir memeriahkan konsert Running Man Fan Meeting Asia Tour 2014 ‘RACE START! di Dewan 10, Asia World Expo, Hong Kong. Lebih 5,000 penonton yang hadir nyata tidak mahu ketinggalan bertemu lima hos program popular Korea Selatan itu iaitu Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook, Ha Ha, dan Ji Suk Jin. googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1400558027982-0'); }); googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1382432798665-0'); });

Foto
KEbanyakannya turut membawa sepanduk dan memakai kemeja-T tertera gambar artis kesukaan mereka itu membuktikan masing-masing memang peminat fanatik.Mereka yang sebelum ini hanya menonton Running Man di televisyen, kegembiraan jelas terpancar di wajah penonton tatkala dapat berjumpa sendiri artis kegilaan mereka itu. HA Ha sempat bertemu penonton secara dekat. PEMINAT dan Ha Ha membuat cabaran makan ‘pepero’. KWANG Soo dan Ha Ha dengan aksi mencuit-hati mereka. Biarpun ada yang duduk jauh dari pentas, mereka tetap teruja apatah lagi dua skrin gergasi di kiri dan kanan pentas memaparkan secara jelas setiap aksi lima hos berkenaan. Berbanding konsert penyanyi, tentu sekali peminat tertanya apa pula yang istimewa sangat untuk mengikuti konsert mereka sedangkan tidak banyak boleh dilakukan.Maklumlah, bukannya mereka membuat rakaman sesi cabaran sebagaimana yang penonton lihat di setiap episod program itu Namun, konsert berkenaan ada penangannya tersendiri dan tidak keterlaluan dikatakan ia lebih berbaloi berbanding sekadar duduk menonton konsert.Mana tidaknya, sepanjang masa tanpa ada lapang dihabiskan mereka menghiburkan penonton baik dalam sesi permainan hinggalah persembahan nyanyian.Karakter masing-masing ternyata tiada bezanya sebagaimana dalam setiap episod Running Man.Tidak perlu berpura-pura bahkan ramai penonton bertuah dapat menyertai mereka di pentas menjadikan suasana konsert bermula jam 8 malam itu lebih meriah serta penuh warna-warni.Dimulakan dengan sesi pembukaan di mana kelima-lima mereka tampil menyanyikan bersama lagu berjudul My Destiny. Sorakan demi sorakan terhadap mereka menghangatkan lagi atmosfera dewan berkenaan sehingga penonton yang mulanya duduk terus berdiri.“Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Sesungguhnya kami sangat sukakan semangat peminat pada malam ini dan semestinya kami cintakan Hong Kong. Semoga sokongan sebegini berterusan dan tahun ini dapat mengumpul lebih pengikut sepanjang mengadakan siri jelajah Asia ini,” kata mereka.Menyusul terus dengan aktiviti permainan, 10 penonton bertuah pertama dibawa naik ke pentas yang mana setiap hos berkenaan diletakkan dalam satu kumpulan bersama dua penonton. Kemudian, setiap mereka diminta membuat pilihan tugasan apakah yang akan kumpulan berkenaan lakukan.Pada segmen pertama itu, dewan sudah bergema lantaran tugasan yang dilakukan sangat mencuit-hati ditambah pula lagak bersahaja setiap hos. Daripada mengalihkan kacang bendi menggunakan kayu penyepit ke pinggan lain, membuat ‘sit up’, menimang bola dan meletupkan belon di bahagian perut membuatkan penonton ‘pecah perut’ ketawa.Dalam pada itu, Ha Ha dan Kwang Soo turut ‘sporting’ apabila turun ke bahagian penonton bagi mencari yang bertuah untuk menyertai permainan seterusnya pula.Saat itu, penonton seolah tidak pedulikan apa-apa dan mengejar setiap hos berkenaan untuk melihat mereka lebih dekat. Hebat sebagai penyanyiSelain sesi permainan, persembahan nyanyian turut dilakukan dengan baik walaupun Ji Hyo dan Suk Jin bukanlah penyanyi berbanding Ha Ha, Jong Kook dan Kwang Soo.Pada saat itu juga, sisi lain mereka sangat terserlah apabila Suk Jin yang membuka persembahan menerusi lagu Isn’t She Lovely menukar suasana menjadi seperti konsert penyanyi sebenar.Tidak mengecewakan, nyanyiannya memang boleh dipuji apalagi tampil dengan aksi yang bersahaja serta kelihatan berseronok melayan peminat.Diikuti Kwang Soo yang memperlihatkan bakatnya bermain piano sambil menyanyikan lagu balada.Paling menarik Kwang Soo menerima sorakan paling kuat dan paling popular malam itu.Ji Hyo kemudian menakluk pentas dengan menyanyikan lagu santai. Biarpun tampak kekok dan hanya berdiri tegak, dia tetap melakukannya dengan baik.Bagaimanapun, dia serta-merta menjadi aktif sebaik Ha Ha dan Jong Kok muncul mengiringi nyanyiannya. Antara lagu lain yang turut dipersembahkan mereka termasuklah One Man dan Sunday Morning nyanyian Jong Kook sebelum tampil bersama-sama menyanyikan lagu Troublemaker dan Busan Acane.Sebagai lagu penutup, mereka mendendangkan lagu Hands Up nyanyian asal kumpulan 2PM dan tunduk mencium lantai sebagai penghormatan terhadap penonton yang hadir malam itu. Bakal ke Malaysia bulan depanPeminat Running Man di Malaysia juga bertuah kerana lima jejaka terbabit bakal singgah di negara ini menjayakan konsert pada 1 November ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur.Tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4) boleh dibeli menerusi Ticket Charge dengan menghubungi 03-9222 8111.’ Disiarkan menerusi saluran One HD (Astro 393) sejak tiga tahun lalu, Running Man ternyata mencetuskan impak tersendiri apabila menjadi program kegemaran Asia sehingga saat ini.Selain lima hos terbabit, ia turut dianggotai Yoo Jae-suk dan Kang Gary. Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/11 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenanganRunningManberbaloi/Article/index_html#sthash.4RoRmDvo.dpuf

3000 Followers Giveaway

Greetings and Assalamualaikum to all Joining another giveaway. Secara rasminya, giveaway ini dianjurkan oleh Nadratul Syazwana dengan kerjasama Nana Ameer, Norihan Yusof, Khairunnisa Hassan, Ayue Idris, Emi Amira, Miera Shafie, Annie de Yantie, Asha Hana, Nurul Imaniah, Farhana Ibtisam, Sya Nissa, Izwani Eliyana, Stylez Store House, Alsa Haslinda dan Etique
Senarai Hadiah Shawl/Tudung (9 pemenang) Baju tshirt (1 pemenang) Cash RM30 (1 pemenang) Body Shop product (1 pemenang) Fabric Brooch (5 pemenang) Novel (1 pemenang) Topup RM5 (4 pemenang) Mask (7 pemenang) Handmade Craft (2 pemenang) Banner/Fansign (2 pemenang) GAMBAR HADIAH Duration : 1 October - 21 October 2014!

DEKO RUMAH DENGAN BUDGET RENDAH BOLEH KER ?

Hi salam pagi , tajuk ari nie mendeko rumah dengan budget atau kos yang rendah , boleh ker .. zaman sekarang nie, semuanya pakai duit, dan duit plak macam dah kecil sangat nilainya berbanding mase kita zaman sekolah dulukan , oleh itu , jangan bimbang untuk menghias rumah , kita masih boleh nak cantikkan rumah dengan budget yang seminimum mungkin dan untuk rumah ku syurga nampak cantik , awesome gitu ee ;) apalagi , jom kita terjah disini..

Thursday 9 October 2014

Resepi Ayam masak merah menyala ngan soup ayam yang mudah !!!

Salam pagi yang indah ... 
hari nie entry pasal makan lagi ,,,,memandangkan ayam masih ada lagi dalam freser, so aku pon godek-godek lah buat ayam masak merah menyala versi aku .. hahahaha jangan marah yer makngah ;)
resepi nyer pon senang jer ,, gambar .. alamak masa masak sesibuk sorang-sorang , akak lupa nak snap picture nyer  ;) , meh sini akak sharekan resepinyer versi akak ;

Ayam Masak Merah Menyala
ayam dibersihkan - lumurkan kunyit ngan garam
biar kan ayam sebati ngan kunyit - biar dalam 10 minit
cili kering yang dimesin - ikut banyak mana
sos maggi
sos tomato
1 paket rempat campur - kayu manis, bunga lawang,dan macam-macam lagilah dalam tue 
asam keping
sedikit air , garam , gula, dan perasa ( option)
1 labu bawang dihiris bulat - akak suka letak bawang banyak
minyak untuk menumis
1 batang serai

caranyer ;
ayam digoreng separuh masak - kalo masak sangat nanti keras ayam tue ;)
tumis rempah campuran dan masukkan cili secukupnya .. biarkan cili garing
dan masukkan sos tomato dan sos cili - kacau kasi sebati
masukkan air asam keping,garam, gula dan perasa , sesuaikan rasa , masukkan ayam , dan masukkan serai yang telah diketuk , tunggu sampai masak merah menyala masak , masukkan bawang
tadaaaa dah siap ayam masak merah menyala ;)

nie pulak soup ayam yang senang jer
 tulang ayam atau isi ayam yang telah dibersihkan
air secukupnyer
rempah campuran - kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih
garam, gula, perasa
2 ketul kentang
1/2 ketul lobak merah
2 helai daun soup
2 helai daun bawang
caranyer ;
rebus tulang atas api- masukkan rempah campuran , bila soup agak- gak mendidih masukkan kentang yang dipotong 4@ 8, masukkn lobak merah yang dipotong bulat  @  dadu ( ikut suka hati korang lah ) biar semuanyer sebati dan empuk , masukkan garam, dan perasa, ( kalau ader kiub ayam masukkan seketul), hiris daun bawang dan daun soup - hiris halus dan masukkan kedalam soup ,
dah siap  ;)
okey, selamat memasak dan selamat berhujung minggu