Followers

Wednesday 22 June 2016

Citer Raya Zaman Kanak-Kanak

Assalammualaikum Dunia ;)

Hari yang indah untuk Negara yang bertuah ;)

 Bagaiman persiapan raya anda ? semua berjalan dengan lancar ? dah shopping baju raya ? kuih raya ? perabot raya ? kereta raya ? pinggan raya ? oppssss awatlah merepek lagu tue ...

Sempena nak menyambut Syawal bulan kemenangan umat Islam , marilah kita bersama-sama menyambut dengan penuh rasa syukur kerana diberi kesihatan dan masih lagi menghirup udara di bumi Allah ini .

Keindahan menyambut lebaran amat terasa tak kala , kedengaran lagu raya berkumandang di corong-corong radio dan juga di mall membeli belah  telah rancak di dendangkan di sana sini .

Masa dahulu teringat zaman kanak-kanak dimana situasi ini amat dinantikan dimana memasuki 10 Ramadhan yang terakhir ... mendengar takzirah dan cerita-cerita yang disampaikan menjadikan semangat untuk mencari 10 malam yang terakhir itu ;) tapi nan hado sebab dah tidoq akibat keletihan apabila balik dari terawih ;)

Dan untuk  kenangan itu juga pada malam 7 likur atau malam yang ke 27 kita berpuasa , di masjid kami ( masjid lama zaman kanak-kanak , dah tak ade sebab dah roboh ) ada juga disediakan kuih muih untuk santapan jemaah .. seronok weiii habaq kat hang. Rindunya waktu itu , tak payah nak dok serabut sangat , pagi pi sekolah , petang plak sekolah petang, selepas berbuka pi masjid , balik terawih tidoq ;) seronoknya zaman kanak-kanak .... ( waktu bulan ramadhan , mengaji dengan pakngah cuti sebulan ) .

Dalam masa kurang seminggu pulak , tolong sibukkan diri tolong mak buat kuih , waktu itu , tiada pakai oven macam zaman sekarang , kena pi cari sabut kelapa untuk membakar kuih baulu yang menjadi kemestian untuk setiap kali raya , merasa jugalah memukul telur untuk buat kuih belanda a.k.a kuih semperit , kena jaga api bagai  jangan sampai hangit , sampai merah-merah tangan menggulung kuih hahahahaa indahnya ...sekarang tak ade lagi sebab semua pakai jari jew  huhuhuhuhu....kuih yang menjadi kemestian kuih bangkit  , maruku , kuih bakawali (suka kuih nie ) tempeyek , rempeyek kacang hijau ...seronok tolong mak buat ;) tapi sayang tak ambik resepi ... nanti nak pi tanya resepi kat mak. Yang lain-lain tue kuih dah moden sikit , pas tue dah ade oven , semua kuih kakak yang buat , kita tolong masukkan dalam balang jew hahahahaha.


Pada zaman itu (zaman saya waktu kanak-kanak) , baju mak yang belikan , kita pakai jew ...pakai baju sedondon dengan kakak , pas tue ade baju gaun lagi ....semua gambar waktu tue tak ade , poor me , tak ade kenangan nak tunjuk kat anak-anak . Bila dah masuk sekolah menengah dah demand , pandai carik color sendiri ...
 
Begitulah keindahan raya bagi diriku zaman kanak-kanak yang penuh keterujaan dan warna warni sebab bila time raya , janji ngan kawan-kawn tawaf satu kampung nak collect duit raya , waktu itu , kalau dapat RM 1 , tuan rumah tue kayo lah , tapi ade juga tuan rumah yang bagi 50 sen , 20 sen walaupon ko tengok rumah depa besau giler .... kami main terjah jew , tak kira kenal tuan rumah ke atau tidak kenal janji dapat duit raya ;)

Malam raya lagi best habaq kat hang , 2 hari atau 3 hari sebelum raya memang tertunggu tunggu kakak yang sulung balik sebab , kaklong masak sangat sedap , dan bila dia balik rumah jadi sangat bersih dan kemas , pas tu kalau malam raya , dia boleh jahit langsir lagi , bukan untuk satu atau dua tetapi untuk satu rumah dia jahit , kaklong memang hebat ;) malam raya tak tidoq , pasang langsir dan isi kuih raya , tapi yang paling best malam raya juga mak selalu buat kenduri , panggil orang sekeliling rumah untuk takbir raya dari rumah kerumah ;)

Selalunya pagi pagi subuh lagi mak kejutkan pada pagi raya , lepas mandi , solat subuh , bersalaman dengan mak bapak dan ahli keluarga yang lain , pas tue tunggu sedara mara datang berkunjung , sebab mak anak sulung , so kita tunggu adik-adik mak datang beraya ;) nie sebelum solat sunat raya yer ...

Sekarang dah tak der cam tu , ( masih praktik lagi kat umah mak ) lepas solat subuh jew bantai tidoq tidoq lagi , tunggu solat raya baru bersalaman ... tapi kat rumah sendiri ajar juga kat anak-anak bersalaman sebelum solat raya ;) tak der la kelam kabut lepas balik sembahyang , nak bersalaman dan juga dengan tetamu yang datang lagi kan  kan kan ...

                                               picture semua credit to encik google
p/s: Keindahan syawal  sentiasa ada untuk kita yang meraikan nya setiap tahun.Nukilan ini untuk      diimbau nostalgia oleh diriku .

Tuesday 21 June 2016

BOBOIBOY RAYA KAT DATARAN PAHLAWAN MELAKA

Assalammualaikum Dunia ;)

Salam Selasa yang indah... indah ler sesangat ;)

Oh ya , BoBoiBoy telah menetap di Melaka unutk satu tempoh yang agak lama aku rasa .... dalam 1 bulan lebih bermula 1 JUN ~ 17 JULAI 2016 tue lama ker ... lama laa tue , untuk itu untuk semua fan dan juga warga kota Melaka dan kawasan sekitarnya , ambik peluang ini untuk membawa anak anda dan family berjalan sambil berhibur dengan BoBoiBoy dan juga kengkawan nyer ...
 
 

Silalah datang ke Dataran Pahlawan , terdapat pelbagai aktiviti dan juga permainan yang telah di atur oleh penganjur .Ini termasuklah maskot watak BoBoiBoy dan kawan-kawan dia ;) saya suka maskot Fang boleh ?

Moh layan gambau yang sempat di ambik kat sane ;)

dengan Fang

super hero kita BoBoiBoy


                                                             pekena koko tok Aba
                                                             

                                                        dengan Yaya
                                                       dengan Fang dan Gopal

Jadi , apa lagi , jom serbu Dataran Pahlawan Bandar Hilir Melaka for more fun dan meet the animasi BoBoiBoy yang telah mencipta sejarah  hohohohohhh banyak juta bro ;)

 
 
 
 
 

Friday 17 June 2016

PERANGAI LAKI BINI

Assalammualaikum Dunia ;)
 
Salam keberkatan bulan Ramadhan al-mubarak yer kawan-kawan , sekejap jew masa berlalu dan kini hanya tinggal tidak kurang dari 18 hari jew kita akan memasuki Syawal gitew ...huhuhuhuhu

Kesibukan mak dan bapak bekerja juga mengundang kerisauan dihati anak-anak zaman sekarang , dimana segala urusan anak-anak telah di berikan kepada pengasuh sepenuhnya .... dan ramai ibu bapa yang pulang lewat malam dan kadang-kadang tidak sempat pon nak menyembang dengan anak-anak sebab anak-anak dah masuk tidur . Hanya bersua muka di awal waktu pagi sahaja .....memang tidak salah mencari rezeki untuk keluarga yang tersayang , tetapi AWAS yer jangan sampai mengabaikan orang yang kita sayang terutamanya anak-anak yang kian membesar dan memerlukan perhatian dan sokongan dari kedua ibu bapanya .

Situasi ini semakin menular dikalangan masyarakat hari ini, istilah skandal dan juga kekasih gelap atau boleh ker kita panggil kekasih haram  yang sering kali memusnahkan insitusi kekeluargaan . Apakah yang mendorong perkara ini berlaku ?

Secara fizikalnya , mak-mak yang bekerja amat stress dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja dirumah , dan bertambah stress dengan kebisingan anak-anak yang membingitkan telinga apabila pulang dari kerja , oleh itu hasil dorongan dan perhatian dari seseorang teman sekerja amatlah dirasakan istimewa dan dari teman bicara menjadi teman berWasap gitew .... ini adalah tanda-tanda awal si isteri atau si suami mempunyai gilrfriend or boyfriend or kekasih gelap , ... selalu juga kita lihat atau perasan wanita atau mak yang bekerja membelek cell phone dan tersenyum sendirian amatlah menakutkan ...

Persoalannya, adakah cara hidup kita mencari rezeki ini mengundang masalah yang melanda sekarang ? atau ianya sebagai hiburan untuk merawat hati yang lara kerana mendapat teman yang pandai mengambil hati dan menghibur dikala hati yang sedang kusut ...

Al-kisahnya adalah seorang teman menceritakan perihal yang berlaku di officenya , mak yang mempunyai 4 orang anak boleh menjalin cinta dengan bapa yang mempunyai 4 orang anak . Kasihan kan kepada mereka ... tidak sayangkah mereka akan keluarga yang di bina atas dasar cinta itu ? Anak yang baru melihat dunia , dan suami yang bekerja siang malam untuk memastikan semua keperluan dipenuhi , dan juga seorang isteri yang kerjanya menguruskan anak-anak dan rumah yang hanya mengharapkan lakinya memberi wang belanja  setiap bulan . Jika mereka tahu akan perihal laki dan bini mereka di tempat kerja , apakah yang akan bermain di kotak fikiran mereka pada ketika itu ? Salahkan takdir ? Salahkan  waktu ? Salahkan Perempuan itu ? Salahkan Lelaki itu ?

Apakah ada jalan penyelesaian untuk masalah ini ? Jawabnya selagi ada perempuan dan selagi ada lelaki yang hanya tahu untuk menghiburkan hati sendiri , pasti gejala ini tidak akan berakhir ... ini kerana di dalam hati mereka keluarga bukanlah keutamaan dan yang paling penting mereka ada orang kesayangan yang mengambil berat dan menghiburkan hati... ohhhhhh ... tidak kah mereka takut ? Sebagai bapa orang dan sebagai mak orang , satu tempat kerja pula tue .huhuhuhuhuhu.. bagi mereka sekarang adalah masa yang indah dan sangat bahagia , mereka tak tahukah bahawa pasangan mereka menderita ? Apabila semua keperluan dihujung jari dan teknologi berlari seiring masa , mana nilai mak bapak sekarang .

Hanya untuk seronok seronok sahaja . Mana pegangan agama ...opppsss (Jangan jaga tepi kain orang, sila jaga tepi kain sendiri )  namun sebagai insan seagama kita layak untuk menasihatnya walaupon terdapat suara suara sumbang , Jadi apakah tindakan anda ... Diam , hanya pemerhati , biarkan jew lah asal kan dia bahagia , dah tua bangka tak tau nak fikir ke ? jangan sibuk hal orang , jaga diri sendir jew .. sendiri mau ingat laaa ...

Jadi kesudahan nya , tiada noktah . ok lah aku tak mau bercerita lagi sebab ini semua adalah mengenai diri masing-masing dan semuanya sudah berumahtangga dan beranak pinak  ;)


                                                        picture sekadar hiasan dari google

Nota: - kasihan kat anak anak yang masih kecil tak tahu apa apa

Sunday 5 June 2016

Popiah dan Donat Paling mudah

Assalammualaikum dunia  ;)

Korang suka makan tak ? aku suka makan , semua makanan yang halal aku makan ;)

so , tak ade masalah ke aper , aku boleh telan jerrr , Oleh sebab aku suka makan , aku juga rajin menggoogle resepi kat internet . Dan selalunya aku cari respi yang mudah dan simple untuk disediakan . Untuk itu , meh aku sharekan resepi paling senang popiah dan donat ;)

Untuk popiah

kulit popiah secukupnya

inti

isi ayam/ daging / ketam

lobak merah

sengkuang

bawang

sedikit garam

toger / timun (option)

 sedikit air untuk nak tampal kulit popiah

seketul kiub ayam -  kalau ade nie tak payah taruk garam

Semua bahan untuk isi popiah hendaklah dipotong atau diracik halus , panaskan minyak sesudu

tumis bawang, masukkan  kiub ayam daging/ayam/ketam , biar sampai masak sedikit , masukkan semua bahan yang diracik dan goreng sampai separuh masak jew - tak yah lah sampai layu sangat

Ketepikan dan biar sejuk sedikit , ambil kulit popiah , dan mula mengisi inti popiah dalam sesudu kecil , jangan banyak sangat nanti kalau di gulung akan pecah kulit popiahnya .

okew, lepas gulung popiah , ulang balik sampai lah inti nya habis , nanti goreng separuh , separuh lagi simpa dalam freezer , kalau nak makan m baru goreng , kalau goreng bebanyak sapa pulak nak makan nanti - membazir jer kan .

goreng popiah sampai kekuningan dan angkat .

Okew dah settle, untuk  yang suka sambal, buat sambal manis sikit dan goreng garing-garing , sapa yang tak suka sambal bolehlah guna sos jer atau yang rajin tue bolehlah buat sosnya dengan cili besar yang di blender dan masak  sikit letak gula, garam dan asam sikit untuk rasa manis dan masam ... hidang untuk minum petang bersama teh o atau bersama air kegemaran ;)


Donat senang 

tepung gandum 3 cawan atau sampai boleh buat doh

3 sudu susu pekat manis -ikut suka hati kalo nak maniss lagii boleh tambah

gula 3 sudu

air suam kuku 1 cawan

sedikit minyak/ mentega  ( cairkan dulu mentega ini)

telur 1 biji gred B

yis mauripan 1 peket

gula / coklat  untuk tabur atas donat

Caranya,

Masukkan air , gula , susu kacau sampai gula larut , masukkan yis dan kacau lagi , pecahkan telur dan kacau bersama minyak atau mentega yang dicairkan , pas tue masukkan kan kedalam campuran air dan yis tadi , biar yis nya naik berbuih ;)

Dalam bekas lain , masukkan tepung , bila campuran air dah berbuih , masukkan kedalam tepung dan kacau sampai menjadi doh, kalau doh lembik , masukkan jer tepung dan uli doh - bulat-bulatkan doh menjadi donut atau kalau guna acuan buat lah mengikut sesuka hati , kalau tak nak buat donat , bulat- bulatkan jer pass tue goreng pon boleh .

Goreng donat , dan tabur gula yang dimesin atau cooking coklat , dan taburlah keatas donut anda , boleh juga tabur coklat rice if you letak coklat ;) dah boleh makan .

P/S: bila masak sendiri , dapat banyak lah jugak dari kita beli kat luar tue , kekadang 2 ketul seringgit tapi kalo dok 2 orang beli jew ;

Saturday 4 June 2016

AMWAY MELAKA

Assalammualaikum dunia  ;)

Produk Amway

Aku telah mendaftarkan diri unutk menjadi ahli Amway . Tujuan asal adalah kerana aku nak guna sendiri barangan Amway nie sebagai rutin seperti pencuci pinggan dan sabun basuh baju. Dan juga sebahagian barang keperluan yang lain .

Untuk itu , kepada kengkawan yang ada atau nak mencuba produk Amway bolehlah pm saya . Saya pun baru jew nak belajar , dulu ader juga beli barangan Amway ngan kawan sepejabat seperti syampu dan juga vitamin Nutrilife ...laa nie dia dah pon resign .

Untuk kengkawan yang tak tahu pasal Amway , terdapat 3 kategori yang di tawarkan oleh produk Amway, iaitu Barangan isi rumah , Barangan kesihatan , Barangan peribadi .

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan , anda juga boleh melayari www.amway.com ,

marilah sama-sama kita joint untuk mengubah sedikit sebanyak kehidupan kita .

Thursday 2 June 2016

Bila CikBunga Masuk Kelas Meroti

Assalammualaikum dunia  ;)

Aku telah merajinkan diri ini untuk pergi kelas meroti hehehehe ... ;) seronok juga buat roti nieee ..senang jew pon , tapi lagi senang kalau kila ade  Noxxa Breadmaker / Multifunction . gerenti roti mejadi disamping tue tak payah bersusah nak uli pakai tangan ... tahu-tahu jew doh dah siap ;)

Aku pergi dalam group yang kecil jew ( pada sesi aku ler ) dalam 4 orang , so bolehlah concentrate sikit nak tanya cikgu pon senang ;) , so boleh jew tanya macam-macam kat cikgu ;

Antara kandungan Kelas Kemahiran Membuat Roti Asas yang  aku pergi tue , termasuklah :

1) TEKNIK DOH

2) TEKNIK BENTUK

3) TEKNIK HIAS 

Antara roti yang yang aku belajar pula merangkumi :

1) Roti Kacang Merah

2) Roti Sosej

3) Roti Sarang Lebah

4) Roti Gula

Jom tengok gambau yang aku dah snap ;)
 

nie ler cikgunya


mula-mula bulatkan doh


 
roti kacang merah


                                                                   roti sosej

 
 
tak berapa nak jadi huhuhuhuhu


 
                                                             yg nie boleh makan yer

p/s: Tengah kumpul duit nak beli Noxxa Breadmaker / Multifunction  untuk senang buat roti , memanggang dan juga buat kuih : )  dah try buat uli pakai tangan , bolehlah untuk makan makan sefamily walaupon bentuk tak berapa nak cantikk .

Wednesday 1 June 2016

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA MELAKA 2016

Assalammualaikum dunia  ;)

waktu imsak dan berbuka Melaka 2016

Sekejap jew masa berlalu dan tanpa kita sedari lebih kurang 5 hari jew umat Islam akan menyambut Ramadhan dan mula berpuasa pada hari Isnin InshaAllah . Penyimpan mohor besar Raja-Raja pun dah tetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan adalah pada 5 June 2016.

Untuk itu sebagai panduan untuk diri sendiri dan juga kengkawan disini disertakan waktu imsak dan juga waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri Melaka . Akhir kalam , semoga Ramadhan ini akan membawa seribu keberkatan unutk kita semua . Aminnn .
 
 
p/s: salam ramadhan al-Mubarak  buat semua ;)