Followers

Friday 25 March 2016

Cerita Icha


Assalammualaikum Dunia ;)

Cerita Icha

Rasanya tidak pernah aku cerita detail pasal anak-anak , entry ini untuk mengimbau kembali keletah-keletah anak-anak yang telah membuat bahagia, gelisah , risau , takut dan bermacam-macam lagi perasaan dan juga untuk ditatap kembali oleh anak-anak bila sudah dewasa nanti ;)

                                                                                     just born

Icha atau kakak adalah panggilan kat rumah atau nama sebenarnya Nurul Alisha yang telah dilahirkan pada 12 Ogos .Sewaktu dilahirkan beratnya tidak lah sambai 3 kg pon , hanya sekitar 2.75 kg ... betul ker nie ,,, Memandangkan aku dok Melaka , dah sah-sah lah Icha lahir kat bumi bertuah ini ;) kalau tak silap waktu tue kita umat Islam dah beraya dalam dua minggu kot . Kenangan . Biasalah bayi waktu kecil macam-macam dugaan nya nak jaga depa , al-hamdulillah dah melalui waktu itu .
 

                                                             baru tumbuh rambut after cukur







Dari umur satu hari , Icha tak berapa gemar di pegang oleh orang sembarangan ;) kalau orang lain pegang atau ambil , pasti lontaran vokalnya boleh memecah gegendang telinga .  Dia memang kuat jerit .. jadi tak hairanlah sampai sekarang kepetahan suaranya masih lagi menjadi carta juara kat rumah nie . Icha juga suka bertanya ( that's good ) , dan juga ringan tangan  nak tolong uminya , paling dia suka kerja kat dapur , pantang nampak umi kat dapur mulalah nak tolong pegang itu , pegang ini , kalut okew.. bukan nya umi tak suka , suka sesangat , tapi tak berapa sesuai lagi dengan umurnya , kadang-kadang takut wei tengok dia pegang pisau , dia ingat mainan agaknya ... 




ngan Abang
 Pernah berlaku insiden sebenarnya antara Icha ngan adiknya berebut gunting , and the end that tergunting jari ...oooooo dengan darah yang banyak , takut umi masa tue, jari kelingking plak tue ,,,, dah ler jarinya halus , tak boleh bayangkan ... tapi al-hamdulillah , luka kecil ...syukur
 

my sweet girl

main kapal terbang kertas
 
Sikap nak tahu tue memang bagus, dan lagi satu walaupun Icha nie nampak garang, ngan adik dia tetap baik okew, nasiblah lah Cha , hang kan kakak kenalah beralah , walau kena ketuk , kena hentam kena debok ngan adik, dia still okew , akan tetapi kalau dah terlalu sakit tue , memang akan dengar adik dia menjeritlah ....lagi satu , bila pergi ke kedai , kalau kita beli untuk dia , dia akan remind beli untuk abang, adik ... memang  betul lah ..kalau Abang dia ... tak ingat langsung pon nak belikan untuk dia ;-

well , that's my girl huhuhhu . semoga bila Icha baca coretan ini , umi harap icha akan tetap jadi kakak yang prihatin terhadap adik dan juga abang ;-

Cita-cita banyak sebenarnya , masa kat tadika KEMAS , Icha nak jadi Pilot , masa tadika JAIM  nak jadi teacher plak  siap ambik gambar lagi  ( pilot ) , apa yang Umi harapkan impian Icha akan terlaksana .


 

Lagi satu Umi nak pesan , tolong sayang sikit barang-barang kakak okew , nie tidak , banyak barang dia tak tersimpan , pakai biar jew cam tue ...

 


 

 
 
Sekejap jer Icha dah masuk darjah satu , semoga rajin baca buku dan berjaya InsyaAllah , Papa dan Umi doakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak umi ;)
 
p/s: entry ini untuk kenangan dan untuk dibelek- belek semasa hari tua nanti ;)                

Wednesday 23 March 2016

Lee Kwang Soo AND Kuala Lumpur


Assalammualaikum Dunia ;)

Wallah ;) seronok nyer aku dengar khabar dari kota Seoul

Cerita nie dah berlalu tapi aku nak juga publish kan di sini sebagai tanda ingatan ( walaupon aku tak pergi pon ) naq habaq kat hang ..

Sempena pelancaran Samsung S 7  , lah kalau tak salah aku ler ( kalau hilang ingatan maaf jer ler ) Lee Kwang Soo telah diterbangkan khas dari Korea semata-mata untuk majlis pelancaran tersebut .. ramai giler orang tunggu dia baq kat hang ;)  kejadian ini berlaku pada 17 March 2016 !!!

aku tengok tv jer ahaks...

Dalam tidak kurang dari 3 jam lah , Samsung S 7 telah terjual sebanyak 3000 unit ... haaa kau mampu buat ;)

itulah penangan duta nya yang popular dengan jolokan King Of Asia kan kan kan... ambik ko banyak aku repeat kan ...

Aku pun fan juga kat mamat nie , since aku ikut Running Man .... watak yang paling kasihan sekali kat dalam tue tentulah Lee Kwang Soo ,sebab selalu kena buli dengan senior dan sebab dia paling muda ... mestilah mengalah kan ... apa-apa pon Lee Kwang Soo memang best giler  ...'0
 
nah untuk tatapan peminat Lee Kwang Soo ( ambik pic nie kat bloq apit haffizy)



                                                             sebagai duta S 7


Ok tue jer nak catit kat sini ;)

P/S: PIC ambik kat google yer  ;)

 

Tuesday 22 March 2016

Tentang Hujan


Assalammualaikum dunia  ;)
(maaf tiada picture untuk menjadi santapan pancaindera mu ;-)

 
Alhamdulillah , setelah sekian lama panas membahang , sampai nak tidoq pon tidak boleh , hari ini , hari Selasa dalam pukul 10.15 pagi , dengan izin Nya serta limpah kasih sayang dari Nya , maka dengan itu hujan turun dengan lebatnya di bumi Hang Tuah ini ... Nie bukan apa , sedikit perkongsian berkenaan , cuaca panas yang melampau yang melanda negara kita ketika ini , pasti anak-anak kecil, warga emas serta kita juga tidak terlepas dari tempias bahang ini ... cam ner yerk ... aircond pasang 24 jam ...alamatnya bill melambung laaa jawabnyer .

Dengan turunnya hujan rahmat ini , aku sangat-sangat bersyukur pada Ilahi kerana mendengar rintihan kami semua agar diturunan hujan ...aminnnn..

Di bumi Melaka ini , walaupun cuaca yang masih lagi agak terkawal , aku pun jarang buat aktiviti luar... kalau keluar rumah pun , hanya untuk membeli belah barangan dapur sahaja , anak- anak pun sekejap sekejap pergi bilik air , mandi katanya ...satu hari lebih 5 kali mandi ... puhhhhh .. tak per lar .. Umi faham ...sila lah berendam lagi yer ...

Untuk itu , apabila titisan-titisan hujan mencurah ke bumi Melaka ini, inilah yang ditunggu tunggu dan diharpakan dan di doakan selalu ;)
Semoga esok akan hadir lagi hujan yang di nanti ini .

Wednesday 16 March 2016

Ke Korea Pulak Kite

Assalammualaikum Dunia ;)

wah wah wah adakah aku telah berjaya ke oversea ? jeng jeng jeng ... alahai , ni akhak nak khabar yer kengkawan dan sebelum korang sumpah seranah , baik aku perjelaskan secara terang-terangan ...
Untuk hari Rabu ini , marilah kita terbang sekejap ke Korea Selatan sambil menikmati secawan coffee dan sepotong kek keju sambil mata melilau melihat panaroma indah yang ada disekeliling kita .. aawww..
Korang tengok tak citer High School King Of Savvy ? ade ? ade ? aku lately ni layankan juga citer nie sambil melayan sekali citer melayu Uda & Dara  ...wink wink wink .. nie ler citer nyer ...
Tapi tak ler setiap hari ngadap nyer ... kekadang escapce juga... lalalalaaaa ... sebelum angan -angan menjadi kenyataan , jomlah kita lihat sedikit ringkasan citer ini yang aku ambik dalam  encyclopedia .... lalalalalala akhak copy paste jew tau ... korangn jangan marah yer :-
Plot
Lee Min-seok is a high school student and varsity ice hockey player. He and his older brother Hyung-seok look very much alike, despite their nine-year age gap. When he gets a mysterious phone call from Hyung-seok telling him to impersonate his brother at the latter's new job, Min-seok is forced to pretend to be a high-ranking executive at an IT conglomerate. Living a double life while unaware of the rules within the Korean workplace, Min-seok learns how to navigate his way in the world of adults with the help of Jung Soo-young, a temp with an odd personality whom he eventually falls in love with.


 
                                                                           watak UTAMA
secara yang aku faham dari pemerhatian '_-  kisahnya adalah :-
Kisah seorang pelajar lelaki sekolah tinggi yang secara tiba-tiba terpaksa dan dipaksa menggantikan abangnya yang sepatutnya menjawat jawatan sebagai pengarah di salah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota , tetapi  sudah hilang jejak dan tidak dapat dihubungi untuk melapor diri . Oleh kerana terpaksan menyamar sebagai abangnya , pelajar sekolah tinggi ini akhirnya tertarik dengan setiausaha yang tua lebih 10 tahun darinya , ... mula-mula ok lah kan sebab tak tahu umur lagi , tapi konflik akhirnya terjadi apabila setiausaha nya mnedapat tahu , dan berlakulah rentetan -rentetan yang agak sedih juga . Banyak bermain dengan emosi dan kekeluargaan serta persahabatan menjadi tunjang jalan citer ini .
 
 
Silalah menonton lagi untuk setiap hari yang disiarkan di tv9 atau saluran 119 pada setiap petang Isnin sampai Khamis .( kalau tak silap masa siaran adalah dari pukul 6.30 sampai 7.30 pm. )

Jadi secara tak langsung kita telah pun dibawa bersama untuk melancong dan menerokai Korea  -_-
 
 
P/S: pic semua ambik kat google yer kengkawan -_-     
        kat Melaka la nie ade Jusco member card (Aeon Bandaraya ) - sila kembangkan wallet anda untuk   membeli belah
 

Tuesday 15 March 2016

I Got IT - My Wish List - New Car

Assalammualaikum Dunia ;)

(Harap maaf entry ini tiada picture (-_-) )

Setelah sekian lama dalam wishlist , akhirnya Cikbunga sangat gumbira dan hati manyak senang , ye laa kan semua angan - angan dah jadi kenyataan ;) wink wink wink .. namun begitu terdapat cabaran dan juga pelbagai rintangan lah juga dihadapi untuk memilikinya ...

well, untuk dijadikan kenangan semasa hati tua , baca balik kenangan -kenangan itu , maka dengan ini  cikbunga pun typing jua lah kat my diary nie untuk gelak dan senyum sensorang bila baca balik enrty ini... huhuhuhuhuhu


                                             pic tiada kena mengena ngan entry
Mari Cikbunga perkenalkan new member dalam family Cikbunga ,,,, yang akan menjadi sahabat karib dan rakan yang paling rapat sebab kemana-mana pon mesti bersama hahahahah ... ambik ko...

Cikbunga telah Berjaya memiliki ssebuah kereta comel brand dalam Negara juga wink wink wink ...
yang penting ini adalah permulaan sebuah perjalanan dari satu destinasi kedestinasi yang baru ....

Kereta kecil Warna Kuning boleh ku bawa se Malaya ...lalalalalala kenapa kuning yer ... sebab first looking tue Nampak cantik .. wallah...

Proses nya cam mana yer ... macam biasa jer kalau korang nak beli new car , mula-mula kenalah pergi kedai kereta yang korang berkenan tue .... cerita-cerita ... make deal or kalau korang berkenan bolehlah pilih .. warna dan sediakanlah wang unutk bayar downpayment  ... ini untuk memudahkan proses monthly nanti ... jika tinggi downpayment , maka monthly nya akan rendah ... dan kalau korang koje gov. tak payah pon nak bayar downpayment .... haaaaa korang hadaplah monthly nanti sorang-sorang kan , if your still single , if your marriage , sharelah ngan orang gumah yer kawan-kawan ....

Dokumen yang perlu pula , slip gaji terkini 3 bulan , copy ic , copy driving licence , statement bank or your saving account ( pi update kat bank tau for the latest ) , kwsp yang latest tau ...if your already marriage , the same thing must prepared juga untuk pasangan anda , ( if salary you RM 5K and no dependent) sure x perlu ade warranty person ) tue diaa  ... ok , untuk hari ini , hari Selasa, yang sangat membahang di serata Malaysia ini , sengaja Cikbunga titipkan naskah usang ini untuk diri sendiri ... (-_-)... lepas siap semua document ni, depa akan submit kat bank , nanti 2 3 hari akan dapat panggilan bank , pihak bank akan panggil untuk sain aggrement , sebab kita kan hutang ngan bank ..

So , bermulalah episode baru dalam hidup korang , setiap bulan sediakan duit yang mencukupi untuk membayar .... jangan buat- lupa plak ,,, jangan awak  sbb pihak bank akan call if late 2 3 hari ... so before depa call , baik settle dulu kay...






p/s: laa nie tinggal nak pi oversea  (-_-) mudah-mudahan dipermudahkan aminnnnn

Tuesday 1 March 2016

Hello Kitty Punya Citer


Halloooo semua ;)

Aku kan sebenarnya minat juga kat kucing yang pakai reben nie ahakkss.. ketawa comel tak nampak gigi ....

                                        hiii my name is CAT but call me Hello Kitty

Ok nak dijadikan cerita , walaupon my daughter tak lah addited sangat kat kucing nie, sebab dia lebih suka kepada animasi Frozan, Sofia The First dan juga beberapa watak princess dalam Disney punya cerita ...

       
Frozen Fever ( thanks to google)
 
Namun begitu , sebab Umi dia rasa dak Kucing yang ade reben nie, comel , maka Umi dia telah menjadikan nya sebagai salah satu favourite Umi dia yang mesti ada dalam bilik dia ... ko hadap ler kucing tue ...ada juga beberapa collection Hello Kitty yang Umi dia dapat secara percuma , sebab nak dapatkan nya kena beli Macdonals Happy Meal , haahahaaa jangan tak percaya nie semua Umi dia punya kerja ... sanggup ko beratur panjang semata-mata nak kan Hello Kitty tueee .. sabar jer lah kan ...

 
Dan di sebabkan keobsessan Umi dia , semasa merayau-rayau di alam maya tadi , dengan tak semena-mena Umi dia terserempak dengan collection Hello Kitty yang giler kentang weyy ... comelll (kawai sesangat bak kata orang Jepun ) , color yang juga sangat menarik dan juga ader pelbagai pilihan .. korang kalau nak juga cam gini jangan lupa untuk merewang kat Groupon tau ;) sekarang nie ade SALE kat Groupon dengan tawaran masa yang terhad.... haaaaa cecepat dapatkan kucing yang comel giler ni untuk dijadikan koleksi peribadi atau sebagai hadiah untuk orang yang tersayang ( pasti orang yang dapat hadiah tue bertambah-tambah sayang lagi kat ko ) ...

Untuk tidak menampakkan hanya tulisan  abjad sahaja yang ada dipaparan ini , maka lihatlah sendiri gambar yang telah cikbunga copy paste dari Goupon ...



 
          comeii giler ini punya barang;) tq groupon sebab awak bagi harge yang marbeless
 
 semoga terhibur menikmati gambarnya yer .. dan jangan lupa layari website yang menjadi kegilaaan kaki shopping online pada hari ini kerana selain tawaran yang hebat, terdapat juga pelbagai pilihan dan aneka barangan ...
korang klik klik klik jew ,,, pas tu bayar ,, 2 3 hari sampai lah barang tersebut kat rumah korang ;) mudah kan .. tak payah bersesak-sesak kat jalanraya dan juga mall serta penat-penat nak beratur nak bayar... semua nya ade dihujung jari sahaja .. selamat bershopping semua ;)