Followers

Wednesday, 7 November 2018

D'Wharf Hotel & Services Residence Port Dickson

Assalammualaikum Dunia.
Buat ape tue..masih cuti lagi ker... makan muruku ... or jalan raya kat rumah sahabat handai ... kan Deepavali laaa nie.... oh yer,,, untuk kaum India yang celebrate Deepavali di ucapkan 'Happy Diwali ' to you all dan diharapkan Diwali kali ini akan lebih bermakna dimana Negara kita menjadi lebih hebat serta ekonomi menjadi lebih baik dan di beri kesihatan, kekayaan yang berganda ... haaa..


Waktu malam

Siang hari


Okew meh sambung citer pi Port Dickson hari tue... jenuh weh nak abiskan ... tak per laa cikbunga taip pelan-pelan ....

kat lobby hotel



tunggu urusan  nak check-in 


hujan plak petang tue

One weeks before nak stayed kat PD , cikbunga dah survey dah mana nak dok .. yer laaa kan , sebab majlis malam , takkan nak balik malam tue juga kan ... so lepas survey cikbunga pon click lah kat DWharf Hotel & Services Residence , harga bilik korang boleh jer tengok kat Traveloka yer , cikbunga ambik yang jenis Studio Room, korang boleh pilih ikut mana yang korang suka .. banyak jugalah yang nak diambil kira , yang penting location mestilah dekat dengan majlis kahwin yang kita orang nak pi tue kan,,,kan,,kat D'Wharf Hotel nie ade private beach and garden  if you all suka ngan beach kan ... leh lah jenjalan ambik angin pantai ;)

Dah siap tukar baju nak turun pi pool

tak boleh mandi sebab ujan lagi...

muka happy dapat masuk dalam pool

mase nie orang tak der lagi

Check-in dalam kul 3pm ... lepas dapat kunci dan tengok kawasan bilik , budak 2 orang nie dah tak sabar nak terjun kolam .. haaahhaaa ... petang tue plak hujan rintik-rintik .. tak der ler lebat sangat , tapi basah jugak laaa... so , kita orang turun laaa kat side pool , tapi masa tue bukan ade orang lagi yang turun ... yer laaa kan .. ujan ... sejuk sejuk sape nak pi pool kan ... so , tanya lah kat Aci yang jaga pool tue.. dia plak tak kasi sebab katanya hujan ... so dok melangut lah kat tepi pool tue ..

Cikbunga menunggu jer


Dalam pukul 4 petang , rasenya ujan dah behenti , dak Aci tue pun dah kasi green light , apa lagi ... budak 2 orang tue dengan tak sabar telah pun masuk dalam pool ... jom tengok picture yang cikbunga capture menggunakan Samsung J7 PLUS.



Picture sekitar D'Wharf Hotel & Services Residence

Kawasan dekat dengan Bandar Port Dickson dan PD Waterfront . Oh yer , kalau korang nak makan fast food dekat jer, just jalan kaki jer kalau nak pi Mcdonal  , ade juga KFC dan juga terdapat pelbagai deretan kedai makan yang ade dikawasan ini ... so tak der masalah lah kalau nak carik makanan ...atau korang makan jer kat Hotel kan ... lagi senang .. ;)

2 ketul budak

Korang yang nak stayed kat D'Wharf Hotel boleh click kat Traveloka yer , free breakfast juga disediakan dan free wifi untuk tetamu yang stayed kat sini.. oh yer kat mana alamat nyer , tengok bawah nie ,

D'Wharf Hotel nie adalah hotel **** bintang yer kengkawan .  Okew bye bye ...

                               
                  

D'Wharf Hotel & Serviced Residence

  Jalan Dato Hj Abdul Samad,
  Kampung Bahasa Kapor,
  Port Dickson, Negeri Sembilan,
  Malaysia, 71000

 Phone : +6066461888

Saturday, 3 November 2018

#Telekung Pastel

Assalammualaikum Dunia.

Korang nak habaq nie...korang yang tengah  carik telekung boleh cuba telekung pastel yang tengah in sekarang nie kat Malaysia.

Telekung Pasteleena

Tengok color dia cantik kan...yang penting kain best...tak panas dan selesa untuk beribadah..

Kat kilang telekung 

Sebenarnya tak kisah pun jenis telekung yang kita pakai ..asalkan bersih, selesa dan yang paling penting kita dapat beribadah dengan tenang tanpa ada rasa ada gangguan gitew..

Mari- mari pilih- pilih

Semua nya terpulang kepada kita sendiri okew...kalau korang berminat nak dapatkan koleksi telekung pastel nie....jangan lupa contact cikbunga okew๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Close up

Kalau nak infaq kat surau atau masjid pun boleh juga ....sebagai saham akhirat nanti๐Ÿ˜‰
Salam 25 Safar korang...

#telekungpastel #telekungmurah #hadiahuntukibu #hadiahuntukisteri #hadiah





Friday, 2 November 2018

11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!

Assalammualaikum Dunia .

Yeaaa dah November dah !!!!! suka tak ? suka !! suka !!! suka !!


korang joint ler contest nie ramai-ramai


Korang bulan November memang bulan yang dinantikan ... yaaa sebab jualan gila nak mampus murah gila akan berlangsung untuk jualan online ..haaa ingat 11 November 2018  dan ingatlah LAZADA...11.11 SHOPPING FESTIVAL  LAZADA ...

 
Haaa nampak tak banner nie ;)

Pastikan korang ingat yer ... bukan nyer senang nak shopping ngan harga serendah RM1 .. yeee RM 1 jer ... dan diskaun up sehingga  90 %... matilah mak kalau terlepas ... haaaa ... pegang telefon tue ketat-ketat dan mula shopping barangan yang korang idamkan selama ini ;)
cantik kan sofa nie ;)
 
Inilah benda yang akak idam-idamkan untuk menghiasi ruang tamu akak  ;)
korang boleh jer click kat sini like-bug-rooseveltLAZADA 
 
 
 
Sambil-sambil kita mencantikkan rumah kan , korang bolehlah jaga kesihatan sekali dengan membeli exersice yang agak praktikal bagi akak ... korang letak jew kat penjuru rumah atau kat mana-mana ade ruang kosong .... haaa sambil bersenam sambil tengok tv gitew ;)
 
 
amacam ade berani nak kejar saya ;)  klik sini kalau korang pon nak juga exercise-bicycle-redLAZADA
 
 
 
FITCHAMP: Easy Foldable Meco Picnic Table with 4 Seats
 
 
Korang untuk outdoor meja dan kerusi memang sesuai , lagi pulak FITCHAMP nie boleh disimpan dan diletakkan dalam store ;) so , memang kena grab satu nampaknyer ... apalagi jangan lepaskan peluang unutk membeli belah diatas talian semasa 11.11 nanti okew. Kalau korang nak juga sama cam cikbunga clik sini fitchampLAZADA
 
 Macam mana , mengancam tak pilihan akak ;) korang kalau teringin dan mahu shopping barangan kelengkapan rumah ke, barangan peribadi ke , barangan baby ke , barangan dapur ke dan banyak lagi lah ..  korang JANGAN LEPASKAN PELUANG 11.11 nie , dan terjah kat sini LAZADA pasti korang senyum jer sampai ke telinga ;)
 
ok bye bye ... jangan lupa tau 11.11LAZADA

Thursday, 1 November 2018

Picnic Kat Balkoni

Assalammualaikum Dunia.

Hai korang , jangan marah tau , sebab minggu nie akak akan citer pasai PD jer ;)
Nasib lah nak ... sebab banyak gambau kan ... akak buat ler entry nyer ...

Merayap kat mall

Antara mainan

Okew, citer nie , lepas kita orang balik dari Majlis kahwin tue ... lepas balik jer , rounding laa Bandar Port Dickson sambil melihat pembangunan di kawasan sekitarnya .. haaaa macam WB plak kan .... sebab kita nie dikira orang melancong ... so acah acah melanconglah kan ... heee ade ker cam gitew... memey kita melanconglah .) ok tak per tak jadi kesalahan pon ...
lepas penat meninjau kawasan taklukan Parlimen DSAI , rasa lapau plak pewut nie. haaa jom kita tapau makanan ....



On the way nak balik bilik

korang kat bilik akak yang kitaorang stayed tue , ade balkoni .. dan memang syantik laaa. boleh duduk duduk bersantai bersila bagai ....

Jom picnic kat sini

Malam malam makan ditemani angin laut 

Balkoni 

 tapi tak der kerusi ... mungkin untuk keselamatan , takut bebudak panjat kan ... tapi angin kat balkoni nie best kot ... okew sesapa nak nak bercuti ke hapa nak berhoney moon ke boleh lah korang stayed kat sini ;)


Ini adalah antara gambar dalam simpanan akak...

ok tengok jerr picture tue yerk ;)

ok bye bye .

Wednesday, 31 October 2018

Menghirup Udara Di Parlimen Port Dickson๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Assalammualaikum Dunia.
Mak ai tajuk ko.....memey nak kena nie....
Akak ok jer ...sebab masih baru dan segar kan haruslah akak letak tajuk cam gitew...well nak lah jugak tengok kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim  (DSAI)๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ kan kan kan.

Sampai PD memang mase untuk lunch
Set nasi ngan daging black paper

Pekena nasi ayam yang agak popular di PD

Port Dickson...pusat peranginan pantainya memang cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga luar negara.

Nampak tak....ni dari atas balkoni akak snap

Sepanjang pantai anda akan dapat merasai keunikan pantai yang menjadi tumpuan para pengemar sukan pantai dan juga mereka yang suka bercamping di kawasan pantai..arhhhh pantai best ooooo...korang cubalah ...pi jalan- jalan kat tepi pantai melihat ombak yang memutih menghempas ke pasir...mendengar suara bayu....haaa kan bahasa sastera dah keluar๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Antara panorama 

Sambil menikmati panorama alam suasana alam yang mendamaikan ;)
Deq kerana ada jemputan kahwin , kat Port Dickson , maka dapatlah akak teroka kawasan Parlimen DSAI ...hahaaaaa ...
walaupon idok lah akak main pasir kat pantai tue kan... yelah , sekarang nie kan musim ujan jer...  maka kita tengok dari balkoni jer lah .. itu pon syantik jugak dan membahagiakan ;)
Nie budak tak sabo nak masuk kolam

Dari atas balkoni , korang juga akan dapat melihat pandangan kawasan laut yang luas terbentang dan juga didada laut di hiasi kapal-kapal yang mengawal pantai ... auwww ... haaaaa ade jugak kapal yang sedang belayar ... oh yer, korang juga dapat tengok ade pulau tau kat situ .... haaa banyak kan hiasan kat dada laut ;)

Pulau yang ado

Haaa nie ler kapal yang mengawal pesisir pantai

okew , jom tengok gambau akak ambik kat balkoni  hotel ;)

cerita tang hotel nanti akak buat satu entry okew ;) 

Meninjau kawasan sekitar๐Ÿ˜๐Ÿ˜

ok bye bye ... ari nie dah Rabu awakkk !!!


Tuesday, 30 October 2018

Pertama kali Tempah Hotel Dengan Traveloka

Assalammualaikum Dunia.
Salam Selasa....Yeee Melaka cerah pagi nie...malam tadi memang ujan lebat siap dengan petir lagi..


Oke first step korang sign in jew jadi member

Pas tue korang pilihlah tempat percutian korang๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Korang ..akak nak share pengalaman pertama kali akak tempah hotel menggunakan Traveloka...elehhhh senang nak mampus kot...kat situ juga korang boleh pilih under bajet

korang laaa...banyak pilihan...untuk weekdays biasa lebih murah kot jika nak compare dengan harga weekend agak pricey sikit...ikut korang punya event lah kan.
Senarai hotel dan harga dipaparkan

Bila korang dah pilih hotel yang bersesuaian ...korang terus je ke next step ...follow the step dan akhirnya dah berjaya booking bilik ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž
Selamat bercuti dan rancanglah percutian anda sekeluarga dengan Traveloka.
# Traveloka

Jemputan Kahwin Kat Port Dickson๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Assalammualaikum Dunia .
Dah hujung -hujung tahun nie , makin meriah jemputan kahwin sana sini, haaaa biarpun belum cuti sekolah kan .. alaaa tambah tolak dengan cuti dan Sabtu Ahad, dah nak cuti sekolah .... adoiiii dah abiss setahun dek non ;)
Kad Jemputan 

Cantik kan ๐Ÿ˜ƒ


Jemputan kahwin nie istimewa sebab Mr Hubby punya kawan yang kahwin dan percayalah akak baru first time melihat dan menghadiri perkahwinan kaum India ...
Dari table akak snap picture nie

banyak akak tengok kat tv jerk ... nie depan mata ... wow meriah nya memey mengancam dengan pelbagai variati warna warni dan juga dengan kehadiran pelbagai kaum memeriahkan majlis .
Majlis nie berlangsung didalam dewan dan diadakan pada sebelah malam .


Kat dalam dewan 

Port Dikson akak tak pernah sampai pon , walaupon kate nyer sebelah jer pon dengan Melaka kan , dulu-dulu sampai kat Telok Kemang jer , akak bercamping dengan kawan-kawan ... adelah juga dua tiga kali pi situ dan juga melihat Tanjung Tuan ;) itu citer dulu -dulu masa zaman sekolah ... ahaaaksss;)
Mempelai yang diraikan


Antara gambau yang ado

Okew , meh tengok gambau yang akak capture masa majlis berlangsung ... ade juga gambau yang tak berapa nak umpppp ... sebab dak Rayyan yang capture ... korang tengok je laaa...
Ni dak Rayyan yang ambik

Ok dah abisss

check it out , semua gambau dari telephone Samsung J7+