Followers

Thursday, 7 May 2026

Warong Habib 151 Batang Tiga Melaka

Assalammualaikum Dunia ๐ŸŒน 

Khamis dah hari nie..
Warong Habib 151 ni tidaklah jauh dari kediaman cikbunga ๐ŸŒน

Rasa nyer buka tahun 2023 kalau tak silap, Berlatar belakangkan sawah padi pasti memberi pengalaman yang unik bagi pelanggan yang datang dari bandar.


Roti Shakshuka

Shakshuka 

Roti 

Warong Habib ni berada dalam kawasan kediaman Habib dan kawasan laman beliau dijadikan warong dan semestinyalah  outdoor seating untuk menjamu selera.

Sajian utama adalah sarapan pagi dan kalau tak salah warung Habib  dibuka dengan dua sesi : 

Ahad sampai Khamis dibuka 2 sesi : 

Pagi : 7.00am - 2.00pm
Petang : 4.30pm - 11.00pm

Jumaat sesi petang sahaja :

Petang : 4.30 - 11.30 pm

Untuk Sabtu dan Ahad pula masa sesi petang tue depa tutup kui 11.30 malam yer, kalau hari biasa Isnin sampai Khamis sesi petamg sampai pukul 11.00.malam jew.

Kot kot lah korang tersesat nak makan malam malam kan..mungkin malam cantik sebab ada lampu..
Kalau sesiapa yang tak.pernah tengok sawah padi tue sambil.minum kopi bolehlah datang...

Alamat : 

3191 JALAN BATANG TIGA
KAMPUNG BUKIT RAMBAI 
75260 BUKIT RAMBAI MELAKA 

TELEFON: 016 - 3240151

Till then 
๐ŸŒน๐ŸŒน☕️

No comments:

Post a Comment