Assalammualaikum Dunia.
Ini adalah Tentative kami pada 30 April 2025.
Termasuk dalam zirah luaran Madinah
🌹Assalamualaikum wbt, esok kita ada ziarah luar
( madinah)
30 APR 2025
Hari Rabu
6.00 pagi berkumpul di lobi hotel
( kita ziarah dgn menaiki bas ye, jgn lambat)
Tempat2 ziarah
1) masjid Quba'
2) ladang kurma
4) masjid tujuh
5) jabal uhud
Dijangka sampai di hotel semula 11.30 pagi
* mohon kerjasama jemaah untuk semua berkumpul di lobby pukul 06:00 pagi (Tepati masa)
* Sebelum subuh dah siap mandi dan pakai pakaian untuk pergi ziarah
* Pastikan semua ada wuduk semasa pergi ziarah. Kita akan pergi masjid quba'.* "sesiapa yg ambil wuduk dari hotel(rumah) dan solat 2 rakaat di masjid quba akan mendapat pahala umrah yg sempurna"
Sekian terimakasih🌹
Masjid Quba
Masjid Quba ,masjid pertama dibina di Kota Madinah. Masjid ini diasaskan oleh baginda.nabi apabila sampai dari kota.Mekah yakni senasa peristiwa hijrah.
Sabda nabi : sesiapa yang bersuci mengambil wuduk dirumahnya dan kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan sembahyang , ganjarannya sama seperti pahala ibadah umrah. Sumber : Wikipedia
Oleh kerana jemaah rombongan datang awal pagi kan, memang kawasan tidak betapa ada orang..untung sebab boleh sembahyang ...tak payah rebut rebut ..masa sampai tue ya Allah inilah masjid yang.Nabi bina bila.sampai kat Madinah...Allahu
Kawasan sekitar masjid berpasir dan juga kelihatan tanaman pokok tamar ...nak.masuk dari tempat bas.berhenti ke masjid agak jauh sedikit...marilah kita briswalk sama sama ♥️
Terima kasih ya Allah sebab bagi cikbunga sekeluarga sampai kat masjid Quba ini❤️
Kita orang para jemaah punyalah jaga wuduk...nak dapatkan pahala umrah kan...berzikir tak henti henti ..janganlah batal wuduk 🤣
Alhamdulillah ,Allah perkenankan...selepas.solat berdoalah wahai anak adam , doa sepuas puas nyer ...oh yer kat sini juga ada yang penjaga yer macam kat masjid Nabawi...rasa pekerja dari indonesia..lebih lembut sikit... jemaah semua dibawa melawat.kawasan sekitar...
MasyaAllah tabarakAllah , dulu Masjid Quba asal nya adalah masjid pertama dimana tiang masjid ditegakkan menggunakan batang pokok kurma dan tapnya dari pelepah kurma yang telah dicampur denga tanah liat❤️
Itulah sedikit sebanyak,.ohh sekarang sudah cantikk yer ...alhamdulillah
Till then
🌹🌹
Alhamdulillah rezeki dapat ke sana.
ReplyDeletemasyaAllah ... betul tue @Roziah@cie ;)
DeleteSeronoknya dapat pergi sana dan explore semua...
ReplyDeletealhamdulillah ... semoga kita semua akan dapat jejak kaki kat tanah suci ....aminnnn ;)
Delete