Assalammualaikum Dunia,
Sedar tak sedar sudah penghujung October, dan sebelum penyakit malas datang balik....jom kita sambung ziarah luaran Madinah cikbunga.
Inilah perkuburan singa Allah Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib
Jom hiking bukit Uhud
Boleh tahan jugak nie nak panjat
Bukit berbatu saksi kepada peperangan Uhud
Balik dari Muzium Almoudi, pemandu bas.membawa para jemaah ke.kawasan berbukit dan berbatu serta ...ehhh ada kawasan berpagar , ohhh, inilah tempatnya bersemadi Singa Allah, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yakni bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.
Pemandangan Bukit Uhud
Ok dah sampai Bukit Uhud
MasyaAllah tabarakAllah
Alfatihah untuk para syuhada
Jom turun
Jika ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud,
Nabi bersabda ,'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga ' HR Bukhari
Hamzah terlibat dalam perang Badar dan Perang Uhud. Semasa perang Uhud Hamzah terkorban syahid dan belisu digelar pendulum para syuhada. (Sumber)
Ketibaan jemaah kami disambut oleh kawanan burung merpati yang jinak.jinak...terbang rendah dan makan bijirin yang ditabur oleh oleh orang Arab yang menjual.makanan burung...korang kalau nak bagi.burung makan boleh beli 5 riyal satu plastik untuk makanan burung๐๐
Bukit Uhud inilah saksi kepada sahabat sahabat yang telah melanggar larangan dari Nabi Muhammad s.a.w supaya jangan.berganjak dari atas.bukit, oleh kerana tidak sabar.untuk.mengambil harta rampasan perang ,maka pemanah yang berada di atas bukit telah meninggalkan posisi mereka..maka angkatan perang Arab QuraisybMekah telah mengambil peluang untuk.menyerang dan akhirnya tetntera Islam telah kalah dalam peperangan ini.
Alfatihah dibaca untuk para syuhada yang telah terkorban...
Jom mengintai sejenak kawasan sekitar lokasi perang uhud.
Till then
๐น๐น










No comments:
Post a Comment