Followers

Tuesday 26 February 2019

Main Air @Pusat Akuatik Kompleks Sukan Hang Jebat

Assalammualaikum Dunia.
Hallo hallo Tuesday...

Siapa sini suka main air angkat tangan....hahaaa kalau suka meh cikbunga nak share salah satu tempat yang korang patut datang...yeyyy pusat akuatik Hang Jebat...jangan memain...Hang Jebat kot....

Pandangan dari pintu masuk

Meh intai dia punya history...pusat akuatik nie terletak dalam kompleks Sukan Hang Jebat dan boleh menempatkan dalam 2000 orang dalam satu satu masa...pusat ini di bermula pada tahun 2008 yakni pada masa itu ketua Menteri Melaka adalah YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan telah siap srpenuhnya pada March 2010 yang menelan belanja lebih kurang RM 34juta. Yang penting pusat akuatik ini telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan oleh Federation Internationale de Natation (FINA).

Antara kelab renang yang familiar kat Melaka

Pusat akuatik yang tertutup ini mempunyai dua buah kolam renang (renang & terjun), bilik persalinan,bilik rawatan,bilik hakim,bilik marshal,bilik media,bilik kawalan pertandingan,bilik sekretariat, bilik mesyuarat,surau,bilik vip, bilik ujian dadah,pengurusan pertandingan, kafeteria dan tempat parking ye tuan puan.



Antara aksi si perenang๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™


Amboi panjang sungguh mukadimah nyer...jom tengok gambau๐Ÿ˜๐Ÿ˜



P/s:kredit to www.pusatakuatikhangjebat.gov.my

3 comments: