Followers

Friday 23 October 2015

HARI INI HARI ASYURA - 10 MUHARAM

Salam Jumaat yang penuh barakah dan dimuliakan ;)

Korang tahu tak hari ini hari Asyura ? disunatkan puasa sunat , dan juga ada beberapa perkara sunat yang lain  , antara nya  ;_-

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura


  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. 
  2. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menahan marah. 
  5. Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  6.  Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka). 
  7. Bersedekah. 
  8. Memelihara kehormatan diri. 
  9. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  10. Bercelak. 
  11. Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali. 
  12. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  13. Menjamu orang berbuka puasa.




p/s: akak tak puasa hari nie, tadi masa lalu kat jalan raya, ada masjid tengah sibuk buat persiapan nak   buat bubur lambok..

                                              pic ambik kat google untuk ilustrasi sahaja
pada yang berpuasa selamat berpuasa yer ;) dan salam Jumaat untuk semua !!!

2 comments: