Followers

Thursday, 15 January 2026

Ziarah Wada - Ucap Selamat Tinggal Ya Rasulullah dan Cikbunga Sekeluarga Akan Kembali Lagiii

Assalammualaikum Dunia. 
Setelah sebulan tak publish☺️☺️jom sambung
Nanti lupa plak..

Subuh yang hening, syukur pada mu ya Allah. Hari terakhir cikbunga sekeluarga di Kota Madinah. 

Luggage semua dah seal.Air yang ambil dekat telaga syifah sudah diminum dan dihabiskan.ada lar bawa balik botol kecik.sorok dalam luggage .

Dalam Perjalanan jumpa Rasulullah 

Walau ramai tapi terasa sunyi

Dak akak ngan ayin 

Ziarah wada 

MasyaAllah 

SubahanAllah 

Subuh kami ke masjid Nabawi ,hati sayuuu dan sedihh nak tinggalkan kota Madinah nie..AllahuAkbar 
Cuba sehabis mungkin untuk menggunakan sisa sisa waktu yang ada sebelum meninggalkan bumi Madinah. 

🌹Assalamualaikum, semua jemaah yang di kasihi. Masa cepat berlalu. Hari ini adalah hari terakhir di bumi haramain. Ingat ye,  bag jemaah jangan lebih 25 kg. 
Nanti buat ziarah wada. Buat ziarah wada ye walaupun bukan wajib, tapi pergi Ucap selamat tinggal dgn rasulullah saw. Dan berdoa dgn Allah swt agar di beri rezeki boleh datang lagi di bumi haramain. 

Ziarah wada tiada pantang larang. Klu sudah buat ziarah wada pagi ini masih lagi boleh solat di masjid dan boleh juga beli barang jika bag masih ringan. 

Ziarah wada bukan macam tawaf wada yang ada pantang larang. 
Semoga semua jemaah dan mutawwif2 dan mutawwifah saya selamat sampai ke tanahair. 
Saya sayang semua hingga ke jannah. Ampun dan maaf jika ada kekurangan perkhidmatan dalam pemusafiran jemaah di bumi haramain.🌷

Nak masuk masjid Nabawi 

Dalam masjid Nabawi 

Allahu 

Masa ni sebakk 

Minum air zam zam 

Pandangan atas masjid Nabawi 


Sedih ya Allah ya Rasulullah 

Sedih nak tinggalkan bumi Madinah 

Dak akak minum air zam zam

Buat ziarah wada dan ucap selamat tinggal kepada Rasulullah...cikbunga akan datang balik ya Rasulullah....insyaAllah...

Selepas ucap selamat tinggal , ikhtikaf dalam masjid Nabawi..kalau boleh tak.nak.bangun. sempatlah baca al-quran dan solat solat sunat untuk sekian kali nya ...SubahanAllah maha suci Allah yang.menciptakan alam ini. 

Assalammualaikum Ya Rasulullah 

Assalammualaikum Ya Kekasih Allah 

Madinah Al munawwarah 

Apa lar dak ayin buat tuee

Merpati

Sekitar masjid Nabawi 

Jumpa.lagi ya Rasulullah 

SubahanAllah 

Dak abang 

Dak akak 

Selamat tinggal pintu 326

Selamat tinggal burung merpati 

Selamat tinggal pokok pokok 

Selamat tinggal jalan jalan 

Selamat tinggal bangunan 

Selamat tinggal batu berbukit selamat tinggal udara di.bumi madinah...cikbunga dan keluarga ingin kembali lagiii disini ya Allah ♥️ 

Sungguh berat hati dan kaki pun terasa melangkah yang amat longlai, cikbunga dan dak akak pun bergerak menuju ke hotel ...untuk makan dan last check barang.

Dalam group wasap, ada pertukaran waktu ,bas akan datang pada pukul 2.00 petang waktu Madinah...maka bermulalah episod letak luggage kat lobby...

Till then.
🌹🌹







No comments:

Post a Comment