Followers

Thursday, 6 November 2025

Ziarah Bukit Badar dan Para Sahabat Yang Gugur Syahid

Assalammualaikum Dunia. 

Dari Masjid Harris, para jemaah meneruskan perjalanan ke Bukit Badar. MasyaAllah disini lah telah berlaku perang badar dimana umat Islam hanyalah dalam 313 orang sahaja kalau tak silap dan pihah musuh lebih 1000 orang.

Kawanan burung merpati yang leka makan 

Dah sampai cek point Bukit Badar 

Kena melintas lalan untuk melihat senarai nama para syuhada 

Para jemaah dan cuaca panass

MasyaAllah...marilah kita sedekahkan alfatihah untuk para sahabat baginda yang telah syahid dalam peperangan ini. Untuk pengetahuan semua umat Islam  telah menang dalam peperangan Badar ini dan Abu Jahal telah terbunuh .Oleh itu kubur nya ada berhampiran kawasan Badar.

Senarai para syuhada yang gugur dalam perang Badar 

Para jemaah mendengar penerangan dari mutawwif 

Melihat dan mencuba baca nama para syuhada

Alfatihah dibaca untuk para syuhada yang telah terkorban syahid 

Untuk tatapan generasi akan datang dan syukur atas nikmat yang Allah berikan 

Dalam langkah yang perlahan kami semua menuju ke laluan yang menempatkan nama nama para syuhada .Ini adalah peperangan yang pertama sejak Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah dan ini adalah perang pertama yang Rasulullah ketuai.

Para jemaah bergambar kenangan (ni rasa nyer gambar kat perigi as-syifa)

Dah jom naik bas...

Kawasan ini memang panas yer kengkawan, selain burung merpati yang menyibukkan diri terbang kesana kesini memberi pandangan yang indah dan mengasyikkan...

Boleh jew beli makanan untuk burung merpati ini..5 riyal jew...ohh yer kat sini juga ada jual aiskrim...5 riyal ke 10 riyal...beli juga untuk bebudak nie rasa ...pak Arab jual kot mestilah beli kannn...heheheee

Selepas semua puas mengambil gambar dan  mejelajah kawasan sekitar ...jom next destination. 

Till then 
🌹🌹



2 comments:

  1. pengalaman yang berharga buat Cik Bunga, Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah... syukur sangat sangat ...kami semua sujud syukur sebab dapat pi sana ;)

      Delete