Diam tak diam sudah menjengah hari Sabtu.
Kepenatan turun dari Jabar Nur masih terasa..
Malam semua tidur lena...yer lar sampai hotel pun dah tengah malam...
Makkah Clock Royal
Tower
Misi mencari souvenir
Cari pelan pelan yer...
Oleh kerana dah tak der dinner dah...sesiapa yang lapau tu boleh lar.carik makanan kat kawasan sekitar Safwah hotel...cikbunga malas nak keluar ...kita pekena maggi cup / maggi rendam air panas jew laaa...jauh dia terbang tauu...sedap lain macam maggi cup nie tau🍜
Iftar terakhir bersama tok wan - alfatihah
Berbuka puasa dengan tok wan kat Melaka, cikbunga dan family pun ada balik kampung untuk sambut Ramdhan tahun 2025
Alfatihah dibaca buat Mukhtar Bin Omar
Moments raya dikampung Pahang
Mengadu kat Allah
Routine pagi macam biasa lar, yang turun awal nak kejar aswad pun ade...biasa nyer semua waktu ada jew umat manusia buat tawaf kat kaabah tue...jika ada rezeki boleh cium hajar aswad, itulah rezeki yang diberi Allah...
Lepas siap sarapan bagai kat hotel ..sarapan pagi start selepas subuh yer sampai pukul 9 kot..dah selesai sarap balik bilik tukar baju sebab nak merayap kat sekitar Safwah dan tower Clock..
carik coklat viral tue laaa..apa nama.nya ...haaa Konafetto...ada perasa coklat dan putih...rasa dia...huhuuu manis lemak dan memikat hati ..
Carik juga serban untuk tok wan ...
Barang yang beli mestilah dihantar ke bilik dulu...tengok jam...dah sampai waktu makan tengah hari...jom pi makan..
MasyaAllah lauk hari ni kambing wei.
.sedap sedap...
Beratur nak ambik makanan, dan cari meja laaa..ramai pulak jemaah kat sini...
Semua dah siap hidangan atas meja...tiba tiba...
Dapat call dari Malaysia 🇲🇾
Dak abang yang.jawab lepas.tu dia.nangis, apahal pulak nie..bapak bunga pun jawab telefon..pas tue cakap dady dah tak der...Allahu
Kami 5 beranak terus tinggalkan hidangan dan pergi kat satu sudut, untuk bercakap dan dapatkan maklumat...kami semua pergi masjidilharam dan air mata tak berhenti mengalir...Ya Allah kuatkan lah kami menghadapi berita ini...
Waktu Malaysia ketika itu dalam pukul 6.15 petang dan waktu di kota Mekah adalah lebih kurang 1.15 petang...
"Innalillahiwainnalillahirajiun" "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali"
Suasana ketika itu hening dan sunyi,hanya air mata yang susah nak berhenti,sampai di Masjidilharam kami solat dan berdoa didepan kaabah untuk dady...
Dak abang
Berdoalah sepuas nya
Semoga.kita berjumpa di syurga firdausi
"Sesungguhnya dari Dia kami datang dan dari Dia kami dikembalikan"
Dak abang nangis teruk juga, sebab selepas SPM, dia balik.kampung jaga tok wan..jadi dia amat terasa kehilangan...dan salah satu sebab kami di kota Mekah ini adalah untuk doakan kesembuhan tok wan...
Dak abang adalah cucu sulung (sebelah bapak bunga) dan memang menjadi tunggak walau apa pun keadaan...semua bapa saudara akan carik dia dulu..
Lama kami kat masjidilharam, tak taulah berapa lama berdoa ,semoga doa dimakbulkan Allah...aminnn.
Ya Allah, ampunilah dady, kasihanilah dia , tempat kan lah rohnya bersama para solihin dan masukkan dady ke syurga firdausi tanpa dihisab dan temukanlah kami di syurgamu ya Allah...aminnn aminnn ya Allah...
Till then
🌹🌹
No comments:
Post a Comment