Followers

Thursday, 21 August 2025

Bacaan Yassin Dan Tahlil Di Bumi Kota Makkah Almukarramah

Assalammualaikum Dunia. 

Hari itu menjadi hari yang sangat sunyi dan panjang dengan berita yang dikhabarkan dari bumi Malaysia. 

Dak ayin dah bersiap untuk.majlis.bacaan yassin dan tahlil

Berdoa lagi dan mengadu kat Allah 

Dak akak kat lobby hotel 

Keimanan agak goyah dan nak terbang pulang ke Malaysia pada hari itu juga.
Setelah mendengar pendapat jeluarga dari Malaysia dan juga mutawwif di Makkah, maka keputusan yang agak.berat telah diambil dengan harapan inilah yang terbaik dari yang terbaik. Mengambil kira penerbangan yang panjang serta transit serta ketidaktentuan jadual penerbangan yakni mengambil kira penerbangan yang akan membawa jenaah haji yang sudah pun betmula.

Berdoalah sepuas nya 

Waktu solat Makkah 26 April 2025

Antara para jemadan mutawwif kat lobby 


Mendengar taklimat ..

Dengan tawakal kepada Allah, maka kami tidak jadi pulang ke .Malaysia,  dan setelah keputusan dibuat, kami memberitahu dalam group wasap
dan Alhamdulillah mutawwif dari Titim Travel telah berbesar hati untuk.membuat majlis bacaan yassin dan tahlil .serta sabil.

Selepas maghrib, kami menuju ke.bolik mutawwif, alhamdulillah para jemaah yelah pun berkumpul...majlis mukadimah pendek dan bacaan dimulakan dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran...

Dak abang mengenakan pakaina jubah tokwn semasa majlis tersebut...MasyaAllah semoga Allah mengangkat setiap avalanche dan doa hambanya pada malam Ini...aminnn ...
Di bumi Malaysia kami mengikut rapat perkembangan disana...

Selepas semua selesai, majlis ringkas dengan memberi sabil kepada para jemaah...alhamdulillah..urusan pada malam itu dipermudahkan..

Cikbunga sekeluarga.merakamkan ucapan yang tak terhingga terima kasih atas majlis yang dibuat oleh Titim Travel Melaka ♥️. Semoga usaha kita mendapat keberkahan dan diterima olehNya...aminnn 

Balik bilik terus tidur, ingat nak tehat kejap.
Alahai..terpengsan ...dengar bilik dketuk 
Mutawwif datang dan letak baju yang dah siap laundry 😊

Keluarga Cikbunga terlepas untuk mendengar taklimat pergerakan ke Kota Madinah...nanti Mutawwif akan bagi penerangan ringkas..terima kasih bebanyak kat Mutawwif kerana sangat memahami🌹

Dari kota Makkah ke bumi Malaysia doa digital setiap hari dan setiap waktu...gugur juga Airmata dubumi Makkah yang barakah ini..

Setelah usaha ,doa ,dan berserah kepafa yang maha Esa  akhirnya kami mendapat jawapan dari segala usaha yang dilakukan...Allahu  kami berserah kepada Mu ya Allah kuatkan lah kami menghadapi hari hari yang akan mendatang....

P/s: picture tak ambik pun 

Til then 
🌹🌹


Wednesday, 6 August 2025

26 April 2025 Khabar Duka Dari Bumi Malaysia

Assalammualaikum Dunia. 

Diam tak diam sudah menjengah hari Sabtu.
Kepenatan turun dari Jabar Nur masih terasa..
Malam semua tidur lena...yer lar sampai hotel pun dah tengah malam...


Makkah Clock Royal 
Tower 

Misi mencari souvenir 

Cari pelan pelan yer...

Oleh kerana  dah tak der dinner dah...sesiapa yang lapau tu boleh lar.carik makanan kat kawasan sekitar Safwah hotel...cikbunga malas nak keluar ...kita pekena maggi cup / maggi rendam air panas jew laaa...jauh dia terbang tauu...sedap lain macam maggi cup nie tau🍜


Iftar terakhir bersama tok wan - alfatihah 

Berbuka puasa dengan tok wan kat Melaka,  cikbunga dan family pun ada balik kampung untuk sambut Ramdhan tahun 2025

Alfatihah dibaca buat Mukhtar Bin Omar

Moments raya dikampung Pahang 

Mengadu kat Allah

Routine pagi macam biasa lar, yang turun awal nak kejar aswad pun ade...biasa nyer semua waktu ada jew umat manusia buat tawaf kat kaabah tue...jika ada rezeki boleh cium hajar aswad, itulah rezeki yang diberi Allah...

Lepas siap sarapan  bagai kat hotel ..sarapan pagi start selepas subuh yer sampai pukul 9 kot..dah selesai sarap balik bilik tukar baju sebab nak merayap kat sekitar Safwah dan tower Clock.. 

carik coklat viral tue laaa..apa nama.nya ...haaa Konafetto...ada perasa  coklat dan putih...rasa dia...huhuuu manis lemak dan memikat hati ..
Carik juga serban untuk tok wan ...

Barang yang beli mestilah dihantar ke bilik dulu...tengok jam...dah sampai waktu makan tengah hari...jom pi makan..

MasyaAllah lauk hari ni kambing wei.
.sedap sedap...

Beratur nak ambik makanan, dan cari meja laaa..ramai pulak jemaah kat sini...
Semua dah siap hidangan atas meja...tiba tiba...

Dapat call dari Malaysia 🇲🇾 
Dak abang yang.jawab lepas.tu dia.nangis, apahal pulak nie..bapak bunga pun jawab telefon..pas tue cakap dady dah tak der...Allahu 
Kami 5 beranak terus tinggalkan hidangan dan pergi kat satu sudut, untuk bercakap dan dapatkan maklumat...kami semua pergi masjidilharam dan air mata tak berhenti mengalir...Ya Allah kuatkan lah kami menghadapi berita ini...

Waktu Malaysia ketika itu dalam pukul 6.15 petang dan waktu di kota Mekah adalah lebih kurang  1.15 petang...

"Innalillahiwainnalillahirajiun" "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali"

Suasana ketika itu hening dan sunyi,hanya air mata yang susah nak berhenti,sampai di Masjidilharam kami solat dan berdoa didepan kaabah untuk dady...


Dak abang 

Berdoalah sepuas nya 

Semoga.kita berjumpa di syurga firdausi

"Sesungguhnya dari Dia kami datang dan dari Dia kami dikembalikan"


Dak abang nangis teruk juga, sebab selepas SPM,  dia balik.kampung jaga tok wan..jadi dia amat terasa kehilangan...dan salah satu sebab kami di kota Mekah ini adalah untuk doakan  kesembuhan tok wan...

Dak abang adalah cucu sulung (sebelah bapak bunga) dan memang menjadi tunggak walau apa pun keadaan...semua bapa saudara akan carik dia dulu..

Lama kami kat masjidilharam, tak taulah berapa lama berdoa ,semoga doa dimakbulkan  Allah...aminnn.

Ya Allah,  ampunilah dady, kasihanilah dia , tempat kan lah rohnya bersama para solihin dan masukkan dady ke syurga firdausi tanpa dihisab dan temukanlah kami di syurgamu  ya Allah...aminnn aminnn ya Allah...

Till then 
🌹🌹