Followers

Tuesday, 15 July 2025

Makkah Almukarramah Hamba-Mu Datang 🤲🇸🇦

Assalammualaikum Dunia. 

Alhamdulillah,  hari kedua ...seronok ya amat tak terkata setiap kali mata memandang kaabah...SubahanAllah, mulut tak berhenti mengucap syukur dan berzikir tanda terima kasih kepada Allah ...petancangan Allah yang Maha Hebat..


 AllahuAkbar 

Alhamdulillah 

MasyaAllah 

SubahanAllah 

Kalau ikut Tentative, hari kedua adalah aktiviti bebas,  namun begitu mutawwif dah janji dengan jemaah yang mana hendak membeli sim card yang akan digunakan sepanjang berada di Kota Mekah dan kota Madinah . Pagi tie turun berkumpul di lobby hotel sebab nak.beli simcard🇸🇦🥰

Penting yer untuk masuk Raudah nanti kat  Madinah dan juga penting untuk tahu keberadaan para jemaah serta untuk kemudahan komunikasi dan juga yang suka update status❤️❤️

Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu 

Selfie 🤳 

Guna tangga atau escalator untuk turun terus menuju ke kaabah 

Pandangan dari luar masjid

Jalan kawasan sekitar

Selesai membeli dan tukar sim card,  yang simkad lama kena simpan elok elok jangan tercicir sudahhh..
Dah sette barulah boleh naik bilik dan bersiap untuk.buat sunat tawaf..dan solat...dan juga sarapan pagi...

Misi hari kedua, nak explore Masjidilharam dan kawasan sekitar...tapi kan bila dah.masuk dalam masjidilharam dan memandang kaabah serta membuat sunat tawaf, tak der masa.nyer ko nak explore sangat, lagi pun askar.kat dalam masjid tue...dia akan pantau jemaah dan selepas solat kena beredar yer... 

Semasa masuk masjidilharam sesiapa yang agak mencurigakan akan diperiksa.barangan yang dibawa, termasuk beg juga...sebab ada jemaah yang bawa makanan untuk disedekahkan kepada para jemaah...itu depa tak bagi lar,.kalau nak sedekah ,kat luar.yer...tapi ade jew jemaah yang buat...bukan apa takut bersepah kat tempat solat kan🫣🫣

Apa pun mintalah yang baik.baik sahaja berlaku sepanjang berada dikota haram ..insyaAllah akan diperkenankan...aminnn 

Till then 🌹 





1 comment:

  1. alhamdulillah...seronok tengok gambar2 nya...semoga linda dijemput juga menjadi tetamu Allah nanti..aamin

    ReplyDelete