Rasa penat duduk dalam flight ✈️ lama hilang terus bila menjejakkan kaki di Airport Jeddah....kagum syukur, rasa macam tak percaya dah jejak kaki kat bumi Arab Saudi😭
MasyaAllah
Group jemaah bergambar
Sebelum melakukan tawaf
Perjalanan diteruskan dengan jemaah dibawa menaiki bas... oleh kerana.kami sampai dah nak malam...pukul berapa tak pasti , yang pasti Arab Saudi lewat 5 jam dari Malaysia...kalau kat Malaysia sekarang pukul 10 pagi, Arab Saudi baru 5 pagi cam tue...
Kota Mekah yer kengkawan
Allah...
Clock tower...kami dok kat sini sebelah dia
Dalam Perjalanan menuju Tanah Haram dan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yakni nabi yang kita kasihi, bas yang membawa jemaah mengambil.masa kira kira 1 jam lebih kurang untuk sampai ke hotel.
Bacaan doa dan Talbiyah labaikallah humma Labaika berkumandang disegenap penjuru bas...Allahu syahdu dan menusuk jiwa...
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu"
Waktu solat Mekah almukarramah
Rasa sebak weii, MasyaAllah...talbiyah dibaca berulang ulang....
Masa ni dak akak merakam moment moments penuh untuk dikenang disepanjang perjalanan menuju ke hotel...tak tau bila dia tertidur,.bangun jew semua jemaah mendengar taklimat dari mutawwif .
ustaz ingatkan larangan semasa tawaf..dan perkara perkara yang.membatalkan tawaf...buku panduan tue ade jew...
Rajin ngan tak rajin jew nak buka kan😁😁
Setelah sampai kat hotel safwah, dan dapat kunci masing masing, jemaah dibawa ke dewan makan untuk makan dan selepas itu masing masing masuk dalam bilik untuk istirahat..bagitau kat mutawwif pasal telephone tertinggal dalam.bas, ...tapi dah redha ..memang tak akan dapat...
Untuk di ingat
seumur hidup
Alhamdulillah terima kasih Allah
Dalam pukul 9 lebih dalam group wasap, mutawwif suruh berkumpul kat lobby hotel untuk buat tawaf...
Till then 🌹 🌹
kiranya sampai terus solat subuh dulu ya lepas tu baru buat umrah?
ReplyDeleteTak lar, sampai dlm pukul 6 petang githew...yang kat atas tue misalannya Malaysia 10 pagi...Arab Saudi pulak baru pukul 5 pagi🤩
DeleteAlhamdulillah, dapat jejakkan kaki ke sana...moga linda juga diberi kesempatan menjadi tetamu Allah...aamin
ReplyDeleteaminnnn..ya Allah ....semoga kita semua diberikan rezeki untuk ke Mekah dan Madinah ....
DeleteTenang je tengok view kt belakang tu. Semoga ada rezeki juga nanti untuk ke sana bersama keluarga. Aamin.
ReplyDeleteahaaa... tenang nyer nak mengadap Allah .....perasaan bercampur baur , betul kah aku kat sini ... Allahu...
Deletewah... rindunya. lain betul rupa mekah sekarang
ReplyDeleteMasyaAllah...banyak yang masih on going lagiii project
DeleteIn Sha Allah saya juga akan berada di sana suatu hari nanti...aamiin
ReplyDeleteKita semua akan kesana
Delete..aminnn
Uishhh robot labah labah tu.. mengkagum kan.. tak pernah stop renovation di masjdil haram.. rindu mekah.. 😊
ReplyDelete