Followers

Tuesday 1 November 2022

Air Terjun Panching Kuantan Pahang

Assalammualaikum Dunia.

Penulis menikmati keindahan Air Terjun Panching Kuantan 

MasyaAllah 

Mempesonakan

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang dua jam dari Bandar Kuantan ditambah lagi dengan stesen perhentian untuk membeli kudapan dan makanan 
ringan selepas berpenat bermandi mandi.

Kem udara Sultan Abdullah 

Dah sampai

Cantik kan

Jambatan Gantung... Sat lagi kita naik yer

Lihatlah keindahan dunia

Amat berbaloi selepas sampai di tempat Air Terjun Panching... Kami di sajikan dengan keindahan Air Terjun Panching yang sangat memukau...

Kegelisahan duduk lama dalam kereta telah bertukar menjadi teruja dan gembira serta ketidaksabaran untuk mandi manda.. 

Korang tidak perlu risau yer, kemudahan tandas awam dan tempat mandi amat selesa dan dijaga rapi... Sebab itulah semasa korang melalui pos Kawalan, kena bayar fee masuk yer... Dengan cara ini dapat menjaga keindahan Air Terjun Panching dari tercemar.. Kat Sini juga ada disediakan kedai kedai kalau nak beli makanan dan minuman. 

Seronok nyer depa

Pengunjung yang datang mandi manda

Best oooo

Interaksi dengan alam

Hamparan air terjun

Jom naik jambatan Gantung 

Oh yer, lupa. Nak khabar, dekat Kawasan air terjun Panching juga ada tapak perkemahan bagi pencinta alam semulajadi yang suka 'camping'

Jom kita terokai Air Terjun Panching dengan melalui jambatan gantung... Pengalaman yang sangat mendebarkan... Kalau gayat... Jangan pandang bawah tau... Tapi dihadkan hanya 7 orang sahaja pada satu satu masa untuk melalui jambatan gantung.

Jangan tiru aksi ini.. 

Mestilah dipantau oleh orang dewasa

Aksi terjun plak🙄

Apa yang dapat cikbunga simpulkan adalah, Air Terjun Panching Kuantan ini memang awesome dan tidak mengecewakan... Korang kalau dah jumpa air terjun kan mestilah syok kan... Sama lah... Menyapa alam semulajadi dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi.. 

Jom tengk pokok plak🤭🤭


Kawasan sekitar 

Boleh baca tak🙄

Pantun lama berbunyi begini, 

'Kalau ada sumur di ladang 
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang 
Boleh kita datang lagi' 

Itulah rangkap pantun yang dapat digambarkan oleh cikbunga.

Till then and 🌹🌹
Bulan nie mengundi 🤭

10 comments:

  1. haaa bestnya. dah lama tak mandi air terjun. kalau nak pergi , jauhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa..jauh... Carik yang dekat dekat jew 😀😀

      Delete
  2. Saya teringin nak repeat pergi sini, insyaallah nanti saya sampai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... Samalah kita.... Tapi jalan dia MasyaAllah... Kena. Banyak sabariah😂😂

      Delete
  3. Mesti ada orang jaga jambatan gantung untuk pastikan tidak lebih orang yang melaluinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheee, masa tue tak der... Kita baca sendiri... Sebab depa ada letak sign board kat situ.

      Delete
  4. cantiknya subhanallah air terjun! :)

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah beautiful place!. Mendamaikan.

    ReplyDelete