Followers

Tuesday 8 February 2022

Citer Sehari Sebelum Pi Cameron Highlands 2022

Assalammualaikum Dunia.

Sebelum keluar dari Kota Melaka singgah sini dulu boh

Carik baju untuk budak budak nie 

Depa  malas nak layan omak dia

Huhuuu, plan ni dari tahun lepas, sebab masa tahun 2020, pi sat jew, maksud nyer pi hari nie, esok dah turun sebab orang ramai masa tue😜😜

Masuk tahun 2021, kita diuji dengan pendemic Covid-19 dan sebanyak 2 kali kena pkp, memang dok umah jew lar😬


Sampai slim River dah malam

Kita makan duluuuu

Apabila rentas negeri dibenarkan, dan sektor ekonomi dibuka semula, cikbunga pun mula lah merancang untuk pergi ke Cameron Highlands 🌹🌹

Cikbunga pon book homestay seminggu, tujuan untuk ajak orang kampung sekali😘 
Homestay cikbunga dapat 3 bilik, so memang berbaloi lar kan, kalau ramai ramai🌹

Cikbunga bertolak dari Melaka ke Perak, Slim River pada hari Ahad 9 January 2022, di Slim River stayed kat rumah adik😁

Esok pepagi baru gerak naik Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Oleh kerana pada masa itu ada berlaku runtuhan dan kemalangan kat Simpang Pulai, takut juga nak naik ikut situ, ingat nak naik ikut Tapah, pas tue adik kata kawan dia naik ikut Simpang Pulai seminggu sebelum cikbunga nak naik, Jalan okew... So cikbunga pun ikut Simpang Pulai 😀


Sepanjang jalan masa naik dari Simpang Pulai, kita di sajikan dengan pandangan batu kapur yang sangat terkenal disini.. 

Nampak tak signboards 👆
Masa nie, harimau masih tidak menonjolkan diri ya 🐯

Okew, ada pepokok juga... Dan kawasan sini agak berdebu yer kengkawan😬

Terdapat kuari juga disini serta kilang yang mengusahakan batu kapur ✌️

Disebabkan cikbunga pergi hari biasa,maka perjalanan pun santai jew dan tiada tekanan untuk naik ke Cameron Highlands 😜😜

Cikbunga pun memang nak santai santai jew dan alhamdulillah semuanya dipermudahkan 🌹🌹

Kemana kah hotsport yang pertama  cikbunga pergi😘😘

Nanti sambung erk... Dah panjang lebau nie} 

P/s: nampak nyer semakin hari Covid-19 semakin meningkat... Semalam 11k bai😭😭

6 comments:

  1. dah lama tak pergi cameron. bila la nak smpai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu waktu tenang🌹🌹.. Sekarang ni kes covid naik balik...

      Delete
  2. Nasib baik pergi ok sahaja ya.
    Elok pergi tidak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa.. Masa tue tak tau pun nak anjak cuti sekolah... Tetibe. Jew 10hb start sekolah😂patut nyer.minggu nie depa cuti giliran... Buat lah surat kat cikgu memasing🤣🤣

      Delete
  3. Anak-anak mana layan blog dah ciktim. Lainla cakap nak update di IG atau tiktok. Hehe

    ReplyDelete